Pages

Thursday, July 10, 2014

TELOR ITIK MLCP STAIL ORANG BANDAR








Apabila bulan Puasa, ramailah rindukan masakan Bonda di kampung. Masakan Melayu jati yang ada pucuk-pucuk kampung dan sebagainya.

Maaf Kjee tak dapat nak senaraikan makanan kampung fav ramai orang sebab Kjee tak asal dari kampung. Nama jer duduk kat Kampung Baru tapi ia sebenar-benarnya di tengah-tengah bandar Kolumpo. Huhuhu.

Justru, Kjee tak dapat merasakan kenikmatan makanan kampung ori seperti yang disediakan oleh bonda-bonda korang. Ini tidaklah bermakna arwah mak hanya sediakan makanan ala Western tiap hari kerana duk bandar. Oh tidak tidak tidak. Jauh sekali. Tapi makanan kami orang yang bukan duduk di kampung ni lain dengan mereka yang nak makan apa jer, boleh petik boleh kait mahupun boleh gali.

Semalam Kjee masak lauk Telor Itik Masak Lemak Cili Padi (MLCP) dengan pucuk ubi. Kjee tayang kat FB sebelum berbuka dan semua terliur. Kjee tahu sebahagian besar mereka yang terliur itu orang Nismilan. Maklumlah itu antara lauk pauk kegemaran mereka.


Walaupun telor itik bukan dihasilkan dari ladang sendiri tapi Kjee rasa 20%  lauk Kjee semalam Ori sebab pucuk ubi UnclePali yang tanam di luar pagar depan rumah. Hohoho.

Kjee tak terer buat lauk ni. Adalah pernah buat sekitar 6 atau 7 kali dalam hidup ini. Banyak kali gak gagal sebab kuning telor tak masak betul. Hingga satu ketika Kjee putus asa dan buat ala-ala poached egg (celur dulu telor sampai masak dalam air panas) barulah Kjee masak.












Tapi semalam, Kjee masak cara betul. Kjee tumbuk cili padi dengan kunyit hidup sampai halus, titik tiga empat batang serai dan masukkan dalam periuk beserta santan cair. Kjee didihkan. Kemudian bila dah mendidih, Kjee pecahkan telor satu demi satu dalam mangkuk baru dimasukkan ke dalam santan cair tadi. Perlahankan api dan biarkan telor tu (especially kuningnya) masak ¾ keras.

Kjee dah celur pucuk ubi kemudian perahkan airnya dan diricik kasar-kasar. Kemudian Kjee mayang dua helai daun kunyit. Ini wajib untuk naikkan bau lauk tau.

Setelah dirasakan kuning telor dah elok masaknya, baru Kjee masukkan santan pekat. Biarkan didih seketika pastu masukkan pucuk ubi dan daun kunyit.

Kacau manja-manja tau. Janganlah masa ni kau nak pamer kejantanan kau. Buh jugak sekeping dua asam gelgugur. Kjee tak buh garam sebab masa tumbuh cili, Kjee dah taruk garam dalam lesung siap-siap. Ini petua orang tua-tua. Petua apa aku tak ingat. Arwah mak buat, Kjee pun buat jer.

Dah elok masak, padam ler api. Takkan itu pun nak kena bagitau kan. Hehehe.

Orang Nismilan kalau masak lauk ni, dia orang letak cili padi banyak-banyak. Kepedasan ikut tekak memasing yer. Kau orang masak pedas-pedas, perut tak tahan, aku tak ada kena mengena tau.




3 comments:

umi's cup cake said...

kak jee memang pandai mengoda la..

Mummydearie said...

Salam KakJee ....

Rumah saya ni tengah minggu MLCP tak kiralah ayam ke, daging salai ke, udang ke, yang penting ada cili padi. Nasib baik perut boleh tahan, sayalah... orang lain dalam rumah pandai-pandailah nak hidup :)

Anonymous said...

mak sy kata, kegunaan garam ms nk tumbuk cili tu, supaya cili x tlompat2 kuar @ mercik.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...