Pages

Wednesday, December 17, 2014

DINNER WESTERN KAT ARIMA CLASSIC


Aglio Olio, pedasnya cukup memikat

Grill Fish Nepolitan 


Fish and Chips

Mushroom Soup and Garlic Bread


Dah lama betul tak pergi makan Western Food kat Arima Classic di foodcourt yang across the road dari Asrama Felda di Keramat dan belakang Aeon Jaya Jusco. Kalau nak ke sana tak boleh pilih pada malam minggu sebab ada pasar malam di jalan besar situ.

Dua malam lepas, Kjee tunggu Nadia balik kerja. Dia whatsapp nak dinner dengan Papa dan Mama tapi tak tau kat mana. Kjee memang tak ada idea. Tetiba, UnclePali kata, jom ke Arima Classic. I follow sebab memang dah lama sangat tak ke sana.

Makanan ala Barat yang disediakan oleh pemiliknya, Arie, memang lain daripada yang kita biasa makan. Sedap betul. Kalau tak sedap, korang ingat Kjee nak ulang-ulang makan kat situ?

Dalam perjalanan, Kjee bayangkan Braised Lamb Shanks yang enak banget! Rasa macam makan di 5-star hotel. Harga less than half! Serius ni. Tapi Kjee tak plan nak order. Kalau UnclePali order, nak tumpang sekaki. Bukan Kjee pantang makan daging kambing tapi Kjee teringin sangat nak makan Grill Fish Nepolitan!

Kami sampai dengan disambut Arie yang dah jadi macam adik angkat kami.

Apapun, masa order, UnclePali mintak pulak Fish and Chips! Alahai kempunan lah den nak cilok sikit Braised Lamb Shank dia! Tunggu Nadia order pulak. Dia mintak Aglio Olio pulak dah! Well, tak maulah pulak suruh UnclePali atau Nadia order Braised Lamb Shank kan? Mesti dia orang order kalau Kjee kata nak tumpang sekaki. So dengan hati yang berat dan sedih, Kjee order Grill Fish Nepolitan. Selain itu, Kjee order jugak Garlic Bread dan Mushroom Soup. Memang itu makanan wajib order.

Dah banyak kali Kjee cerita pasal kehebatan makanan di Arima Classic ni. Kalau korang nak tahu lokasinya, KLIK SINI. Dah lama sepatutnya Arima Classic di upgrade ke sebuah restoran. Tapi Arie nampaknya lebih selesa meniaga di situ.

Okay next time pergi, Kjee akan order Braised Lamb Shank Arima yang rasanya setaraf yang dijual di Secret Recipe! Tak percaya? Hah cubalah terai test. Hehehe. Semua makanannya sedap tau.




Arie, toke Arima Classic. Masih muda belia. Hehehe

2 comments:

Aida Salleh said...

Kak Gie, saya selalu makan dekat sana. Tapi tak pernah perasan apa nama kedai tu. Hehehee...Tapi mmg superb. Paling saya suka mushroom soup dengan garlic bread dia. memang terbaik. pastu spaghetti yg kuah putih tu ala nama tak ingat plak...tu pun mmg terbaikkkkk....memang kalah restaurant besar.

Alyn Aellynn said...

Mmg favt ni kak gee
Mushroom soup pon sedap sgt
Mmg puas ati
Harga berpatutan

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...