Saturday, December 6, 2014

BAJU SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK YATIM










Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri. Derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi.
Suka sangat lagu dendangan Hermantino ni. Amat menginsafkan.

Kjee pasti rakyat Malaysia, bab hulurkan derma ni, jatuh nombor satu terbaik di dunia! Kalau tidak, takkan ramai rakyat asing datang ke Malaysia dan bawak pulang puluhan ribu ringgit untuk keluarga di negara mereka. Hasil sumbangan rakyat Malaysia. Kita hanya tahu jumlah 'pendapatan' mereka setelah mereka diberkas pihak berkuasa.

Kjee mohon, luaskanlah kuasa menderma anda kali ini untuk Projek Titian Kasih 2014 (Program Baju Sekolah). Usaha mereka ini rasa Kjee, adalah kali pertama. Ia lanjutan daripada usaha Sehelai Baju Buat Menyapu Si Airmata. Team sama yang buat. Dan usaha mereka amat terpuji.

Perlu diingatkan, team ini bukan memohon baju sekolah terpakai. Kalau mahu mendapatkan info lebih lanjut bagaimana anda boleh menderma, sila ke Facebook Ahmad Bin Sa'abun.

Kjee dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kjee tak dapat bayangkan kegembiraan anak-anak yang tiada ibu, tiada bapa mengenakan pakaian sekolah baru di penggal persekolahan 2015. Budi baik anda, Insya Allah akan mendapat ganjaran setimpal dari Yang Maha Esa. Aaamin. Alhamdullilah.
 





Related Posts:

  • KALAU DAH KEMARUK SANGAT NAK JADI PELAKON...Kjee copy paste entry bawah ni dari blog Media Permatang Pauh. Kjee pun belum tonton filem yang ramai kata sampah. Tetapi apabila tengok gambar dalam entry MPP, sakit sangat hati Kjee. Pelakon tambahan (dalam gambar) tu, kal… Read More
  • SELAMAT PENGANTIN BARU NORANIZA IDRIS Ani bersama suami barunya Jefri gambar2 ehsan google Semoga kekal ke akhir hayat. Itulah doa Kjee buat Noraniza yang Kjee panggil Ani setelah berjaya menamatkan zaman solonya bersama Jefri Hudi dari Singapura. Ini adalah … Read More
  • PANAS!!!!! KELAB TAAT SUAMI KELUARKAN BUKU PULAK!Dua hari lepas Unclepali tanya Kjee samada ada baca berita dalam Malaysian Insider mengenai Kelab Taat Suami yang telah menerbitkan sebuah buku "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia".Apa hal pul… Read More
  • EKSKLUSIF!! ANA DAHLIA DIJANJIKAN HANTARAN RM30,000? Bertuahnya badan Ana Dahlia! Lebih bertuah dari anak dara! Kjee dapat tahu Ana akan menerima hantaran sebanyak RM30,000!! Agaknya kalau Ana tu belum pernah berkahwin, mau hantarannya dua kali ganda. Oppsss! Tarikh bertunang… Read More
  • AKHIRNYA ANA DAHLIA MENGAKU DAN TAMATLAH KONTROVERSI Chef Wan bersama Serina dan Riz - ehsan google Akhirnya setelah beberapa kali menepis khabar kononnya dia janda, Ana Dahlia mengaku kepada Chef Wan statusnya yang sebenar, Ketelusannya menyebabkan chef selebriti itu meneri… Read More

0 comments:

Post a Comment