Pages

Tuesday, December 9, 2014

SAMBAL JENGKOL TUA + TEMPE + IKAN BILIS





Kalau yang muda, tak best. Tak lemak. Tapi kalau dapat yang tua, alahai, maleh nak citerlah. Lagi tua lagi best.

Apa hal ni? Ada kena mengena dengan usia ker? Sebab tu ramai anak muda pilih yang dah tua? Oppppsss jangan nak main-main. Tak ada kena mengena dengan sabjek anak muda kahwin orang tua. Ini Kjee citer pasal jengkol atau bahasa Melayu, Jering.

Dah dekat sebulan Kjee round kat Pasar Chow Kit, kat Pasar Selayang dan jugak Pasar Keramat. Semua penjual geleng kepala bila Kjee mintak jering tua.

"Susah nak dapat. Yang ada muda saja."

Pagi tadi Kjee terjah Pasar Keramat. UnclePali tak sihat. So dia duduk dalam kereta. Kjee keluar dan jalan perlahan-lahan ke tempat minah Indon jual jering dan ulam-ulaman lain. Kjee nampak 3 longgok jering tua. RM2 sepiring. Kjee rembat semua. Satu sen tak boleh kurang. Kalau orang kita yang jual, bolehlah kurang 50 sen.

"Susah nak dapat. Seharian saya pilih, baru dapat yang ini," katanya cuba yakinkan Kjee kenapa dia jual Jering Tua, mahal.

Tapi, kalau dah set dalam kepala nak buat Sambal Tumis Jering Tua campur tempe dan ikan bilis, redho ajerlah.

Balik rumah, Kjee tukar uniform dapur dan mulalah projek sorang-sorang sebab UnclePali tengah projek buat penghadang supaya kucing-kucing dia tak keluar rumah.

Resipi korang tengok KAT SINI. Dah banyak kali buat. Malas nak taip balik.

Sedap makan dengan nasi panas. Ratah gitu pun okay. Tapi hari ni Kjee buat super duper pedas. Campur 15 biji cili Bangla yang pedas berasap tu. Naseblah kan!






2 comments:

Anonymous said...

salam Kjee...
sedapnya...nnti boleh la sy cuba... :-)

adda syuhada said...

sedapnya...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...