Pages

Tuesday, March 31, 2015

MASAK LEMAK REBUNG MADU NGAN RANGKA AYAM








Dah seronok pulak pergi pasar tiap pagi. Masa Kjee muda-muda dulu, selalu Kjee tegur Bonda kenapa mesti pasar tiap hari. Mentang-mentanglah Pasar Basah kat Jalan Othman, Old Town Petaling Jaya tu dekat sangat dengan rumah. Sepelaung  dan seberang jalan jer. Belilah banyak-banyak dan stock up dalam fridge kan. Taklah penat pergi hari-hari.

Now I know why. Seronok rupa-rupanya. Apa lagi kalau penjual ikan, sayur dan daging kat pasar jadi kawan kita. Sambil beli, boleh borak-borak, gossip dan juga kenyit mata boleh dapat harga murah. Hehehe.

So pagi tadi, Kjee ajak UnclePali singgah pasar Keramat. Konon nak beli bawang goreng satu balang kecik. Tapi last last banyak jugak yang terpaksa UnclePali hangkut. Hehehe.

Masak Lemak Rebung Madu ni tak ada dalam plan masa ke pasar tadi walaupun aritu singgah kat Pasaraya Segi kat Ampang dah ternampak. Tapi bila belek-belek macam mahal jer. So letak balik.

Hari ni ke Pasar Keramat, gerai pertama yang Kjee nampak menjual rebung. Rembat setengah kilo RM5. Ewah bestnya kalau masak lemak cili padi bubuh daging atau babat. Tapi bila lalu depan gerai jual ayam ternampak pulak rangka ayam. Eh dah lama tak masak rangka ayam dengan rebung. So belilah dua rangka. Abang tu yang dah mula kenal, turut masukkan sekali kaki ayam dan tengkok ayam. RM2 jer katanya sambil senyum dia tambah... harga sebelum GST. Yo lah.

Sampai rumah, Kjee cuci rangka ayam yang abang tu dah potong-potong dan masuk dalam pressure cooker. Biar cepat sikit lembutnya sebab balik rumah pun dah lewat.

Maka terjadilah lauk yang sedap sangat ini sampai UnclePali makan dua pinggan! Kjee taklah buat pedas sangat sebab haritu buat rendang kacang, Nadia complain pedas. Lagipun, Bonda dah pesan kalau masak lemak buh rebung, jangan pedas-pedas sangat sebab rebung tu agak bisa. Well.

Korang nak cuba buat, bolehlah KLIK SINI. Mokcik dah kenyang ni. Nak rehat lepas solat Zohor. Babai.





2 comments:

paridah said...

ASSALAM JEE...SEDAP REBUNG MADU CMPUR RANGKA AYAM...RASANYA ELOK KALAU TANAM REBUNG MADU BELAKANG RUMAH KAK PIDAH TU YA...LUAS KWSNNYA YG DH DIBERSIHKAN.

Chevy said...

Ala kak Gee..terliurnya rasa..dah la kat tempat saya ni susah nak dapat rebung madu..

Silent Reader

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...