Pages

Tuesday, April 28, 2015

DAUN ULAM RAJA GORENG PEDAS









Pagi tadi ketika nak pergi Pasar Keramat untuk beli daging tetel nak masak Asam Rebus, Kjee terpinga-pinga fikir nak masak sayur apa. Kalau tanya UnclePali, dia mesti kata Kacang Buncis sebab dia pandai goreng sayur tu. Kjee angkat kening. Boring lah asyik makan kacang buncis kannn.

Masuk pasar, masa nak keluar, ternampak gerai sayur kampung. Kjee singgah beli serai pastu ternampak Daun Ulam Raja. Wahhh lamanya tak buat goreng sayur ni. So Kjee rembat 3 ikat. Satu ikat kenit pun dah RM1 sekarang!

Sampai rumah, Kjee petik daunnya dan rebus. Rebus kena lama sikit sebab daunnya liat. Lepas rebus, di bubuh kat sinki, toskan airnya dan rendam air seketika. Dah sejuk, perah airnya sampai kering. Pastu, riciklah. Tak payah halus sangat. Sedang-sedang jer.

Masa rebus daun tu, Kjee tumbuk cili padi. Ikut suka nak buat pedas mana. Tapi lagi pedas, sedap sikit kan. Kemudian tumbuk sekali 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Dah halus tumbuklah manja-manja sedikit ikan bilis.

Tumis bahan-bahan ini sampai garing. Bila dah garing, masukkan daun ulam raja yang telah diricik tadi. Gaul rata pastu rasa garam. Bubuh garam dihujung-hujung takut ikan bilis tu dah masin.

Itu jer Ulam Raja Goreng Pedas yang Kjee belajar dari maid Indon, kawan baik Kjee, Norliza Ismail. Maid tu kata ini favorite orang kampung dia. Okaylah... dah jadi kesukaan Kjee jugak.

Selamat lah korang cuba...mudah-mudahan. Aaminnnn. Ewah hehehe.





Petik dan basuh




Pastu rebus


Perah air dan ricik



3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Latifah said...

Menarik la kjee. boleh cuba nie. selalu mkn ulam mcm tue jer..

LatifahFazri

intandayani said...

Nak cuba lah k.jee..nmpk sedap cam maman ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...