Monday, April 6, 2015

MAHU INFAQ KE RUMAH ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/SAUDARA BARU?

























Baru-baru ini Kjee dan UnclePali singgah di restoran makanan Arab Wadi Daw'an di No 1, Lorong Bukit Keramat 5, Off Jalan Bukit Keramat, Kuala Lumpur. Sejak diperkenalkan makan Nasi Arab seperti Nasi Mandy, Nasi Kabsah serta lauk pauknya yang authentic Arab di situ, Kjee dah tak pergi lagi restoran Arab yang semakin banyak di Kuala Lumpur.

Mesti korang nak tahu kenapa kan? Well, satu sebab harga makanan yang dijual di Wadi Daw'an cukup competitive. Lebih murahlah dari restoran Arab lain kat KL ni. Tetapi korang mesti nak tahu, kalau murah, rasanya camner?

Kan dah banyak kali Kjee bagitau tekak Kjee ni cukup cerewet. Kalau tak sedap, tak akan ku ulang ke restoran tu untuk kali kedua. Harga tidak menjadi masalah besar. Kalau sedap, orang KL sanggup keluarkan belanja lebih... betul tak?

Okaylah korang fahamlah sekarang kerana Wadi Daw'an jadi pilihan kami sekeluarga kalau nak makan Nasi Arab. Sedap dan sangat kena dengan budget. Hehehe








Bayangkan... dengan harga RM6 korang boleh nikmati Nasi Mandy Ayam lengkap dengan salad, sos cili dan kuah! Sekarang ni, ada peniaga dah berani letak harga sampai RM6.50 untuk Nasi Kukus Ayam Goreng dan Nasi Ayam biasa! Mahal tu kalau bandingkan dengan harga RM6 untuk pek ekonomi Nasi Mandy Ayam di Wadi Daw'an!!

Harga tu hanya untuk pek ekonomi. Kalau makan kat Wadi Daw'an, ada banyak pilihan. Nak Nasi Mandy Kambing, Nasi Mandy Kuzi Ayam dan macam-macam lagi lah. Cukup menepati selera orang Malaysia. Yang lauk Kuzi tu, pemilik Wadi Daw'an yang jugak Chef di situ, cipta sendiri. Beliau orang Terengganu, jadi pepaham jerlah lauk Kuzi Ayam datangnya dari negeri tersebut.

Ketika Kjee di Wadi Daw'an Jumaat lalu, UnclePali amik kesempatan rakamkan gambar-gambar di dapur Wadi Daw'an. Chef Haji Kamaruddin sedang sibuk bersama pembantu-pembantunya packing 350 pek Nasi Mandy ekonomi. Bersih sangat dapurnya!!



Chef Haji Kamaruddin ahli korporat jadi Chef! Bersih dan teratur dapurnya










"Ada orang bagi saya duit suruh saya masak. Infaq (sedekah) kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan saudara baru," kata Haji Kamaruddin.

Tiap minggu alhamdullilah katanya, ada sahaja dermawan yang menyuruh dia masak dan infaq. Kadang-kadang mereka suruh Haji Kamaruddin hantar ke rumah anak yatim, golongan fakir miskin dan saudara baru yang mereka pilih. Kadang-kadang mereka meminta pihak Haji Kamaruddin yang hantar di mana sahaja mengikut pilihannya.

Pesanan minima ialah 100 pek. Penghantaran percuma di sekitar Lembah Kelang. Bagaimanapun, pek ekonomi ini jugak banyak dipesan untuk majlis-majlis kenduri, untuk jamuan pejabat, sekolah, kolej, universiti, majlis kenduri bertunang, perkahwinan dan sebagainya. Kalau mahu dihidang secara buffet, harganya boleh dirunding, katanya lagi.

Jadi kalau korang berhasrat nak Infaq untuk anak yatim, fakir miskin ataupun saudara baru, bolehlah hubungi Chef Haji Kamaruddin di nombor 013383933. Cawangan Wadi Daw'an jugak baru dibuka di Gombak. Lokasinya sila KLIK SINI. Tapi harap maklum, harga di restoran berbeza sedikit kerana kos sewa yang agak tinggi.

Kjee pernah tulis mengenai Wadi Daw'an DISINI.






0 comments:

Post a Comment