Pages

Tuesday, April 14, 2015

NASI GORENG CINA - MENU BILA MALAS









Inilah yang Kjee suka sangat makan bila mood malas melanda. Senang citer. Pada Kjee, sedap dan kenyang sangat-sangat. Kjee punya perangai, kalau makan Nasi Goreng mesti letak banyak banyak bawang goreng! Perghhh sedap sangat. Mujur UnclePali tak suka letak bawang goreng, so Kjee boleh tabur puas-puas. Hehehe.

Semua chef dan tukang masak terkenal kata kalau nak masak nasi goreng, nasinya mesti dimasak semalaman. Barulah sedap.

Tapi Bonda panggil itu Nasi Sejuk (nasi simpan semalaman) dan tidak elok sebab katanya boleh jadikan angin dalam badan. Entahlah, dia kata sikit lebih kurang camtu.

So, Kjee sebenarnya kalau nak makan nasi goreng baik yang Cina, yang kampung atau yang apa sajalah, akan masak nasi bila nak buat nasi goreng. Nasi tu harus dikurangkan sedikit airnya dari biasa. Kalau nasi biasa (Kjee suka nasi lembik), tak sedap.

Dan lepas nasi tu kering ditanak, Kjee guna garfu untuk peroi-peroikan. Lepas tu letaklah nasi tu dalam loyang atau pinggan bagi sejuk. Lebih kurang ½ jam. Pastu Kjee gorenglah.

Pada Kjee, buat nasi goreng guna nasi fresh lebih sedap dari yang dimasak malam sebelum. Tekak masing-masing kan.

Itu jer yang Kjee nak story pasal Nasi Goreng Cina yang Kjee buat aritu. Nak resipi, korang INTAI kat sini.

Maaf... bukan sengaja nak tayang banyak sangat udang tapi dah tak sengaja ada banyak udang dalam fridge. Potong cili padi dan letak kicap cari, adoiiii sedapnya!!






3 comments:

intan rh said...

Kak Jee, kalau kita pegi makan kat restoran chinese muslim, nasi goreng derang letak udang yang kecik2 tu. Tu baru nasi goreng cina pure..katanya. Tapi sy memang suka udang beso :)

Kjee said...

Ya betul intan rh... orang niaga cakap camtu tulah. letak udang besar2 rugilah pulok. hehehe

adda syuhada said...

sedapnyer...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...