Pages

Sunday, April 12, 2015

PULUT MANGGA MANIS ALA THAI. AIR TANGAN WONG JOWO












Setelah dua hari keliling KL ewah ya lah tu cari buah mangga manis, akhirnya hari ni mendapat. Punyalah suka. Memang betullah orang kata, kalau kita tak nak beli sesuatu, hari-hari dia lalu depan mata. Bila kita nak beli, tetiba punyalah susah nak jumpa.

Musim mangga manis sudah kembali. Dan inilah masanya nak makan dengan  pulut ala resipi Thai...Sticky Thai Rice With Mango.

Buatnya punyalah mudah tau. Tapi kena ada kerajinanlah yer. Kalau pandai buat tahap manapun kalau malas, bukan masalah mokcik ler.

Hari ni mokcik kukus pulut. Kalau nak tanak pun boleh. Air sukatan tanah hanya 1 inci atas paras pulut ya.
















Since Mokcik kukus tadi, mokcik cuci pulut, buh dalam kuksan dan kukus lebih kurang 30 minit. Pastu Mokcik keluarkan, tuang dalam besen dan letak ler air biasa ramas-ramas manja supaya air tu basah kat merata pulut, pastu kukus lagi setengah jam.

Lepas tu amik sikit rasa. Kalau dah cukup lembut, maka dah siaplah. Kalau tak, korang titiskan lagi air bagi rata dan kukus lebih kurang 20 minit.

Untuk sos santan tadi, mokcik guna 1 kotak setengah santan kotak. Mokcik letak kira-kira 4 kotak sama air. Kemudian bubuh lebih kurang 2 sudu besar tepung jagung. Kacau bagi rata, pastu buh garam hingga naik rasa lemak dan lebih kurang 1½ sudu gula. Jerang atas api sederhana sampai likat sikit. Kalau korang rasa pekat sangat, buhlah sikit air panas nak bagi dia cair.

Itu jer. Bab seterusnya korang fikir lah sendiri. Hehehe.

Nak cara mokcik pernah buat sebelum ini KLIK SINI.

Gambar tak lawa sebab mokcik amik sendiri. Hehehe







4 comments:

cazamiya said...

wowwww!!! sedappp giler nampak. dan gambar tu nampak sangat eklusif. hihi jemput intai entry baru syaza yeee

makcikkantin said...

Kak Jee....you sudah buat ayaq lioq ni......aduhai...baru potong mangga nak makan....

macam nak kena keluaq pi cari pulut & mangga dah ni......drooling drooling...

Anonymous said...

kenapa kena sebut air tangan wong jowo? hina sgt ke bangsa jawa satu ketika dulu? padahal bangsa jawa lah bangsa penyelamat sejak kedatangan wong jowo ke tanah melayu.

Kjee said...

Excuse me tukang komen yang tak reti nak letak nama, awak faham baahsa Melayu tak? Ada Kjee hina orang Jawa? Kjee orang Jawa justru Kjee letak air tangan orang jawa. Salah ker?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...