Pages

Saturday, April 11, 2015

SAMBAL TUMIS BILIS DAN TEMPE GARING










Pagi tadi seorang kawan call tanya samada Kjee ada stok Sambal Fucuk Jawa. Dia nak gi overseas. Sambal tu tak der. Mana boleh mintak last minute. Sekurang-kurangnya dua hari sebelum. Macam hampa jer suara dia. Kjee cadang Sambal Tumis Kering Bilis dengan Tempe.

Punyalah dia happy. Kjee tanya nak bubuh petai? Isyhhh tak mau lah... mampus nak menjawab nanti kalau pergi tandas. Hehehe. Bagus lah jugak. Petai tengah mahal sangat-sangat sekarang.

So lepas hantar Nadia pagi tadi, Kjee suruh UnclePali singgah beli tempe. Bilis memang banyak stok. Sampai jer rumah, terus tukar uniform dapur.

Kjee hiris nipis-nipis 4 peket tempe. Kemudian goreng garing dan sejukkan. Kemudian goreng bilis. Tips nak dapat ikan bilis tu garing ialah, api kena panas. Macam kita goreng keropok... kalau api cantik panas, masukkan satu keping keropok terus dia kembang cantik.

Hah macam tulah kalau nak goreng bilis jugak. Tapi jaga-jagalah jugak. Kjee perlahan api apabila tengah goreng dalam 5minit. Ini untuk elak bilis hangus dan jadi pahit. Sejukkan... jangan habis masuk mulut. Hehehe.








Pastu tadi Kjee hiris lebih kurang 5 biji bawang besar. Saja bubuh banyak-banyak sebab cili kering yang Kjee blend aritu boleh tahan pedas. Semua bahan-bahan korang agak-agak jer lah yer.

Kjee tumis bawang sampai layu, pastu masukkan cili. Kjee perlahankan api dan masak lebih kurang ½ jam guna api yang slow. Bubuh asam keping, garam dan 1 kuib bilis. Jangan bubuh garam sebab bilis kan dah masin.

Apabila sambal tumis dah cantik masaknya, serta terbit minyak, Kjee sengetkan kuali dan biar minyak tu berkumpul. Dalam ½ jam jugaklah. Pastu kaup minyak tu dan buang.

Masukkan bilis dan tempe ke dalam sambal dan gaul sampai rata. Insya Allah bilis dan tempe akan kekal ranggup. Simpan dalam bekas-bekas kecik.

Kalau nak bubuh petai, Kjee selalu goreng petai tu separuh masak. Pastu gaul bersama sambal tumis, tempe dan bilis.

Sedap makan dengan nasi panas. Ratah pun okay.

Kjee pack dalam bekas-bekas kecik untuk sekali makan. Okay nak pack untuk kawan Kjee yang order tu.

Hari ni mood UnclePali tak elok. Penat kot tolong vakum rumah. So amik gambar pun tak berapa nak cantik. Jadi ler. Hehehe




2 comments:

huda said...

sambal ni saye suke ratah je sedap sangat...

dinas zafran said...

wah kak jee...ni la my all time favs!

http://zafranzafrina.blogspot.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...