Pages

Friday, July 31, 2015

LODEH KERING LETAK PETAI








Orang Jawa harus kenal lauk ini. Kalau tak kenal, maka dia bukan orang Jawa piau (pure). Kjee kenal lauk ini sebagai lodeh kering atau Bonda panggil Sambal Goreng.

Menu ini wajib bagi Nadia di pagi Raya. Masa kecik-keciklah. Dah tua-tua ni, dia tak pulak request suruh buat. Hehehe.

Pernah Kjee merajuk di pagi Raya apabila my MIL kata tak payah masak Sambal Goreng sebab dia orang tak reti makan. Punyalah hancur luluh hati Kjee dan Nadia. Dalam diam, Kjee amik bahan-bahan yang Kjee dah sediakan dan buang dalam tong sampah. Tak tahu kenapa... mungkin terasa jauh sangat hati ni...

Anyway, naseblah kan my MIL dapat menantu orang Jawa. Species yang tidak boleh dipisahkan dengan tempe.

Hari ni Kjee buat kering sikit. Saja. Kalau tidak, mesti lembab-lembab sikit. Yang pasti Kjee letak banyak cili padi merah yang pedas menyala tu selain cili hidup. Tu yang UnclePali bagi two thumbs up... kekadang dia tak berapa minat lodeh kering. Agaknya arini pasal ia pedas sikit.

Tadi Kjee nampak rebung yang masam tu kat Hero Market. Ingatkan nak letak rebung. Kjee tak pernah masak lodeh ni letak rebung. Biasanya letak petai jer. Tapi, my cousin pernah buat. Makan kat rumah dia masa Raya entah berpuluh tahun lalu. Sedap tau bubuh rebung. Ada orang Jawa letak jugak sohun tapi Kjee tak suka.

Itu jer nak story. Hari ni tak sihat sangat. Tapak kaki berdenyut-denyut. Ada dua open house nak pergi Sabtu dan Ahad. Tak tahu samada kesihatan mengizinkan.

Kalau nak resipi Lodeh Kering ni, korang klik jer SINI.



1 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer lodeh kering...rajin betul kak jee nih..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...