Sunday, August 2, 2015
Home »
chinese food
,
lauk pauk
,
lauk pauk jawa
,
nasi/bubur/pulut
» BUBUR NASI DAGING SAMA TELOR ASIN
BUBUR NASI DAGING SAMA TELOR ASIN
Biasanya selepas beberapa hari makan rendang, lontong dan segala yang memanaskan perut sepanjang Syawal, Kjee akan selang selikan dengan menyediakan makanan yang elok untuk perut.
Misalnya, sayur-sayuran yang masak air atau masak bening kata orang Jawa. Ataupun bubur. Tak kesahlah bubuh nasi ataupun bubur oats. Rehatkanlah sikit perut tu.
Kalau dulu-dulu, di bulan Puasa, perut sebenarnya lega sebab boleh berehat. Tapi zaman sekarang, bulan puasa, perut kena kerja lagi keras. Apa yang korang nampak kat Puasa Juadah, semua menyelerakan! Telan, telan dan telan sampailah masa untuk tidur kejap sementara tunggu sahur.
Sebab itulah, Kjee pilih juadah Bubur Lambuk jer kelmarin. Nadia dan UnclePali termasuk Kjee asyik lari ke tandas sebab perut meragam. Kalau buat bubur, fikir Kjee, bolehlah bagi perut rehat sekejap.
Hah ini bubur lambuk versi Kjee. Tak tahulah samada boleh dikeluar bubur lambuk sebab versi yang ori banyak rempah ratusnya. Versi Kjee ni simple jer. My family tak suka bau rempah yang over powering atau berlebih-lebih.
Kalau orang lain makan bubur dengan telor asin, Kjee pulak pecah telor asin ke dalam bubur masa bubur sudah elok masaknya. That means 10-15 mnit sebelum padam api. Hati-hati masa pecahkan telor tu ke dalam bubur yang tengah mendidih. Kelmarin, terpercik ke tangan kjee dan teramatlah sakit. Hehehe.
Kjee buat bubur tak letak garam sebab letak telor asin. Tapi dah berpuluh tahun Kjee buat bubur ni, tiada rasa masin walaupun Kjee letak banyak telor asin. Bila nak makan, kalau tak puas hati dengan kemasinannya, Kjee sediakan kicap cair atau nampla (Thai fish/squid sauce).
Dan kjee suka tabur banyak banayak bawang goreng macam dalam foto. Hmmmm.
Resipi korang skodeng kat SINI.
Related Posts:
CHINESE SCALLION PANCAKES Scallion pancakes ini cukup popular di kalangan Chinese food bloggers. Justeru Kjee pun excited nak cuba setelah intai beberapa resipi. Ia ala-ala roti canai. &n… Read More
UDON GORENG ALA HOKKIEN Sejak dua menjak ni, Kjee macam allergik dengan Mi Kuning. Kalau makan mesti sakit perut. Apatah lagi kalau tak dapat beli Mi Kuning buatan orang kita. Mi Kuning lain terlalu banyak boric acid.… Read More
KAILAN IKAN MASIN Ini antara sayur harus order kalau makan di restoran atau gerai jual Thai food! Kalau tak order, tertutuplah selera UnclePali. Kalau ke Hero Market pulak, matanya mesti cari sayur Kailan. Kalau… Read More
MI HAILAM Masak Mi Hailam yang simple aje arini. Main campak-campak sebab Kjee tak berapa sihat. Selalunya kalau kurang sikit sihat, Kjee hanya suka makan yang ringan-ringan. Dah lama … Read More
PAK CHOY OYSTER SAUCE Ini aje yang larat Kjee masak hari ini. Tak berani duduk lama-lama kat dapur. Bahangnya macam duduk dalam oven! So Kjee suruh UnclePali beli lauk. Sampai rumah, terkejut dia … Read More
Sedapnyaaa... nk cikit
ReplyDelete