Thursday, November 12, 2015

BUBUR NASI KETIKA TAK SIHAT







Hari ni Kjee buat Bubur Nasi sebab sejak dua tiga hari lepas, Kjee kena serangan gastrik. Serangan kali ni luar biasa. Faktor usia agaknya. Jenuh UnclePali dan Nadia ajak gi jumpa doktor tapi Kjee tak nak. Nak tunggu sampai hujung nafas baru pergi kot. Hehehe.

Kjee telan Zantac sebiji pagi sebiji malam. Tak nampak pun reda lagi. So, Kjee amik keputusan tak mau makan makanan yang keras-keras. Makan bubur nasi atau oats sahaja, sementara waktu ni.

Pagi tadi Kjee rendam beras. Kjee memang cerewet bab bubur nasi. Kalau beli kat restoran makanan segera tu, ada jer tak kena. Berasnya tak dimasak cukup lembut atau bahasa arwah bonda, berasnya belum pecah.

Bubur yang Kjee suka haruslah halus. Kjee hangin kata bubur tu masih berbiji-biji berasnya!

Jadi, cara paling mudah, buat sendiri. Rendam beras selama sejam dua. Hari ni Kjee tak masak guna Pressure Cooker sebab Kjee rasa beras yang direndam dah cukup kembang. Kjee guna beras tempatan yang tinggi kandungan kanjinya.









Satu periuk Kjee masak beras bersama carrot yang telah didadu kecik-kecik. Carrot kecik jer. Dan satu periuk lagi Kjee rebus ayam. Kjee guna suku ekor sahaja. Bahagian kaki. Dalam rebusan ayam itu, Kjee letak satu kayu manis dan satu bunga lawang. Rebus sampai ayam itu masak.

Apabila air nasi dah hampir kering, Kjee masukkan pulak air rebusan ayam. Dan rebus lagi. Ayam itu Kjee sejukkan dan carik-carik.

Masak bubur hingga tidak lagi kelihatan biji-biji nasi. Maknanya, dah jadi bubur yang halus. Kemudian Kjee letak satu kiub ayam. Kalau tak cukup masin, tambah kicap cair. Kalau nak letak garam pun bolehlah. Padam api.









Sementara tunggu bubur tu masak tadi (lebih kurang 45 minit), Kjee hiris halia muda, bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai garing dalam minyak yang sedikit. Kjee campur minyak bunga matahari dengan sedikit minyak bijan. Toskan gorengan itu. Minyak dimasukkan ke dalam bubur.

Cara menghidang ialah letak beberapa senduk bubur didalam mangkuk. Letak ayam carik diatasnya, diikuti gorengan halia bersama bawang putih dan bawang merah. Last sekali tabur daun sup dan daun bawang.

Inilah comfort food Kjee kalau tak sihat. Kalau korang sihat boleh makan dengan chilli flakes. Sedap.

Mat Salleh panggil bubur nasi ni Congee. Tak salah Kjee, orang sebelah utara panggil Kanji. Sapa tiru sapa? Hehehe

Kjee jugak ada resipi Bubur Lambuk Daging letak telor Asin. Nak try, KLIK SINI.






2 comments:

Nisha said...

Uishhhh rajin nya kak jee masak bubur nasi dan rebus ayam asing2. Selalu nya saya masuk je ayam dan beras satu periuk dan masak je sekali... Hehehe

nurul fatin adiana said...

semalam baru buat bubur nasi...leh try plak resepi ni....sedapnya bubur...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...