Monday, June 6, 2011

Bubur Lambuk Daging + Telor Masin

















Bubur Lambuk yang Kjee buat hari ini dihasilkan secara tidak sengaja 20 tahun lalu. Masa tu betul2 malas nak masak. Jadi cara yang paling mudah ialah buat a one dish meal. Satu menu saja dan sesiapa pun tak boleh complain kenapa tak ada lauk sampingan.

Kjee pun potong kecik2 daging, cuci segenggam beras. Campakkan daging dan beras dalam periuk pastu terus jerang sampai beras tu 'pecah'. Pecah? Hah pecah makna nasi bubur itu dah betul2 halus. Tak ada lagi nampak berasnya. Kemudian bubuh santan pekat sikit. Itu cara arwah mak. Pastu Bonda rebus telor masin. Hah makan kau adik beradik.


Tapi Kjee ni species yang terlebih malas. Nak rebus telor masin pun malas. Masuk beras dan daging dalam pressure cooker. Bila dah bunyi empat atau lima kali, bukak tudungnya dan terus biarkan bubur mendidih. Masa itu jugak Kjee pecahkan telor asin dan masukkan ke dalam bubur. Nasiblah kau. Garam tak berani bubuh sebab takut masin yang terbit dari telor asin. Pastu Kjee tumis darat bawang putih, bawang merah dan halia dan campakkan pulak dalam periuk. Siap.

Mak oi. Resipi mama yang pemalas ni, habis satu periuk dikerjakan Kjee dan Nadia. Ala periuk kecik bukan periuk besar pun. Dan sejak itu bubur yang Kjee ada hati panggil Bubur Lambuk Special ini, jadi Kjee punya signature dish. Korang nak tahu sedap ke tidak, tanyalah orang yang pernah makan.

Kjee tak letak pun bubuh garam dalam bubur ini. Tapi letaklah banyak mana pun telor asin, tak pernah pulak orang komplen bubur lambuk ni masin. Pelikkan. Kalau telor asin itu direbus macam biasa, kenapa hah masin sangat?

Kjee dah pernah masukkan entry Bubur Lambuk ini sebelum ini. Korang klik sini kalau nak resipinya. Malas nak type balik. Hehehe.

Alhamdullilah hari ini Kjee dapat kongsi bersama bubur ini dengan dua peminat tegar bubur ini iaitu Amyra Nadzri dan kakak angkat Kjee, Puan Mazia tokeh Mazia Catering. Setiap kali buat bubur ini, tak sah kalau Kjee tak hantar ke rumah dia orang. 

9 comments:

nor ashikin said...

Kak Jee..adik saya pun minat sangat makan bubur..nnt saya cadangkan dekat dia (^_^)v

Nur68 said...

Assalamualaikum Kjee

Aduh2, pagi2 lagi dah terbau2 sedapnya bubur ni, dah terasa dekat plak bulan ramadhan...

noor said...

Asalam kakjee nice sangat bubur lambuk versi kakjee nie teringin nak buat masa buka puasa nanti.

AI said...

- sedap nye kalo dapat makan bubur ni...

melawati.girl said...

betul! sedap gile bubur ni! dulu selalu beli dekat kedai kak jee :D

Aina said...

kak jee nampak recipe yg ni special betul..kecur air liur tau :)

Anonymous said...

saya mesti cube ..tq kjee cayang :-) suzi fauzi

Sisiantee said...

pergggh meleleh dah..hehe.. :)

Kasih Ibu said...

yummy..sy pose ari ni..tgh carik pembuka selera..erm rasanya boleh try ptg ni..hrp2 menjadik..sedap ni...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...