Monday, November 16, 2015

MASAK LEMAK CILI PADI TELOR ITIK SAMA BELIMBING









Kjee bukan orang Nismilan, tetapi makanan Negeri Sembilan, is very close to my heart. Kjee dan keluarga pernah habiskan sebahagian hidup kami di tiga daerah di sana, semasa kecil. Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban. Masa tu arwah bapak kerja di pejabat tanah. Seringkali pindah randah.

Ketika itu (Kjee belum pun start sekolah), Kjee tak tahulah apa yang dimasak arwah Bonda tetapi setahu Kjee arwah memang suka sangat masak lauk pauk Nismilan. Antara yang Kjee ingat arwah Bonda selalalu masak selain Masak Lemak Cili Padi (MLCP) ialah Rendang Kacang.

Itu sahaja sejarah Kjee dengan Nismilan dan lauk pauknya yang sedap dan podeh! Oh bila dah tua, Kjee adalah berlakon di beberapa lokasi di Nismilan. Dan, of course, orang kampung sekitar yang buat katering kami. Rendang Kacang satu kemestian, tiap hari!

Antara lauk Nismilan fav Kjee, UnclePali dan Nadia selain Rendang Kacang ialah Telor Itik. Kalau ke restoran Minang, MLCP Telor Itik akan menjadi pilihan.








Kelmarin Kjee dapat beli telor itik segar, murah dan terbaek dari LubukMas Farm, Bahau. Taklah, Kjee tak ke sana, tapi ownernya Khairani Dato Hj Khalid, yang hantar. Khairani turun KL seminggu sekali untuk hantar stok telor itik, itik, ayam kampung dan juga ikan keli (termasuk yang salai) ke Kuala Lumpur. Korang minat boleh contact dia di 0123397192.

Kjee beli 30 biji. Lapan biji Kjee buat lauk masak lemak cili padi dan bakinya Kjee buat telor asin. Kalau nak tau cara buat telor asin, KLIK SINI.

Pagi tadi sebelum Nadia pergi kerja, Kjee tanya dia nak Kjee letak belimbing ke pucuk ubi untuk MLCP Telor Itik. Dia kata belimbing. Kebetulan pokok belimbing jiran, tengah lebat berbuah. So pepaham ajelah. Sekarang ni musim hujan jadi pokok belimbing ramah buah.

Kjee masak cam biasa. Tumbuk cili padi dan kunyit. Dulu-dulu Kjee tumbuk sama garam. Tapi ntah kat mana blog Kjee baca, katanya emak dia kata, kalau letak garam masa tumbuk bahan-bahan, nanti kuning telor itik tu pecah masa masak. Garam hanya boleh diletak setelah telor tu mengeras. Boleh terai ni. Oh ya lepas halus bahan tumbuk tu, hempap-hempap jer 3 batang serai.

Kjee pun eksperimen lah cara blogger tu. Selama ini Kjee masak, tak lah pecah telor tu. Antara penyebabnya mungkin telor itik yang Kjee guna, masih segar. Kalau dari Lubukmas Farm, pagi tu dia orang kutip esoknya dah dihantar ke customer.









Tadi ada kata cantik kaler MLCP Kjee. Kjee guna kunyit hidup lah dik oi. Untuk 8 biji telor, Kjee guna sebanyak 1½ kotak santan cap ayam. Kjee bukan lah nak promote santan kotak cap ayam tapi Kjee serik guna jenama lain sebab rasanya ada campuran tepung. Maaf kalau silap.

Kjee jerang santan bersama bahan tumbuk sampai mendidih. Kemudian Kjee pecahkan sebiji demi sebiji telor dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Satu persatu. Susun elok-elok macam dalam gambar tu.

Masa telor itu baru masuk, korang janganlah ke hulu ke hilir dalam rumah atau layan FB. Perhati-perhatikanlah. Kalau rasa bahagian bawah dia dah keras, guna sudu terbalikkan. Insya Allah tak pecah kuning telor tu.

Kemudian Kjee masukkan belimbing yang telah dibelah dua. Bubuhlah garam ikut sedap mana. Itu jer.






2 comments:

Yana said...

Salam kak Jee..
Kalau kita masak lemak nie guna telur ayam boleh tak kak jee.. Kak jee penah cuba tak..? Saja jer nak tau..

Kjee said...

Wkmsalam. Boleh jer. Rasanya Kjee pernah buat satu ketika dulu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...