Pages

Wednesday, June 3, 2015

BUAT STOK TELOR ASIN UNTUK RAMADHAN







Minggu lepas Kjee nampak kat newsfeed Kjee, ada seorang fren tayang gambar dia buat telor asin. Kjee baca semua yang komen. Dia macam buat bodoh jer apabila ada yang mintak resipi. Mungkin dia balas secara private message (pm).

Alah tak kesah lah. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ada orang tu, kita tak mintak pun dia terang-terang pos resipi kat open wall FB dia. Cam aku jugaklah.  Kalau dia orang tak bagi, mesti bersebab kan?

Anyway, Kjee tak amik peduli. Nak bagi aku amik, tak bagi aku tak kecik hati. Banyak cara kita boleh dapat kan.  Abang google ada, mak kita ada, jiran kita ada kan. Hehehe.

Kjee pun google lah. Berpuluh-puluh cara Kjee jumpa. Yang senang dan yang susah. Akhirnya, setelah Kjee amati betul-betul resipi kat Abang Google, rupa-rupanya senang sangat. Alahai, apasal nak kedekut sangat resipi kan.

Ada satu resipi tu guna 10 biji telor. Kjee fikir-fikir, alang-alang nak buat, biarlah buat banyak sikit. Bolehlah makan masa bulan Puasa. Kalau satu hari rebus dua biji, lima hari dah habis. Nak buat lagi kena peram telor sekurang-kurang dua minggu.














































UnclePali pun setuju buat 20 biji. Untuk 20 biji kena guna lebih kurang 2 kilo garam kasar. UnclePali kira-kira, kalau buat sendiri dengan yang beli, untung 10sen jer kalau kita buat sendiri. 10 sen? Alamak 20 biji baru jimat RM2. Tak payah buatlah UnclePali kata. Beli yang siap jer. Tapi korang ingat mokcik nak dengar ke saranan suami sebab hati dah berkobar-kobar nak buat? Hehehe.

So, UnclePali beli 20 biji telor kat Hero Market dan 2 kilo garam kasar. Balik rumah, Kjee terus masak garam tu. Banyak mana airnya? Kjee hantam saja. Lebih kurang ¾ periuk jugaklah. Apabila mendidih, habis percik satu dapur. Ganasnya rupanya garam kalau dimasak. Hehehe. Lepas garam dah larut, sejukkan. Sebenarnya 50% jer larut. Yang lebihnya degil. Kjee tapis airnya dan sejukkan sampai betul-betul sejuk. Sebaik-baiknya semalaman.

Telor itik kena cuci dulu. Masa cuci baru perasan ada sebiji dua yang dah retak. Hmmm tak jujur rupanya penjual telor. Dia dah bungkus siap-siap dalam plastik, mana nak sedar pecah ke tidak kan? Kalau korang beli, periksa betul-betul ya.

Apabila air garam sudah betul-betul sejuk, korang siapkan balang kaca. Sebaik-baiknya guna mangkuk tanah atau claypot. Kjee tak ada balang kaca. Mangkuk claypot kecik jer. Jadi Kjee guna periuk slow cooker kaca. Mujur muat 20 biji telor tu.







Setelah susun telor tu elok-elok dalam periuk kaca tu, Kjee curahkan air garam yang telah ditapis tu. Airnya mesti menutupi paras telor.

Tetapi peliknya semua telor tu timbul walaupun kat bawahnya ada banyak air garam. Kjee konfius. Kalau dibiarkan telor tu terapong, masin ke nanti Telor Asin aku. Jadi Kjee amik piring yang berat dan hempapkan. Barulah telor-telor tu mendap ke bawah.

Peram selama dua minggu. Kemudian test sebiji (rebus). Kalau dah elok kejadiannya, bolehlah keluarkan semua telor tu, cuci bersih-bersih dan simpan dalam bekas dalam peti ais. Kalau rasanya tak cukup masin, perap lah sehari dua lagi.

Ada kawan Kjee rebus semua telor asin (beli punya) dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan dah tak payah rebus lagi.

Kjee ada cara malas nak rebus telor asin. Cuci telor tu bersih-bersih dan letak kat bahagian bawah dalam rice cooker masa nak masak nasi. Nasi siap masak, telor pun cantik kejadiannya. Hehehe.






























1 comments:

intandayani said...

Saya kalau beli telur memang belek habis..takde main sauk je..rugi kita nanti..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...