Wednesday, April 27, 2016

IKAN SALMON PANGGANG





Ada merasa pelik apabila Kjee seringkali tayang apa yang Kjee masak. Dan Kjee kata, buat ratah aje. Serius... Kjee memang dah lama tak masak nasi dalam rumah Kjee. Hanya masak nasi untuk anak-anak bulus Kjee.

Tetapi ini tidak bermakna Kjee tak makan nasi langsung. Adalah makan kat luar seminggu sekali. Itu pun susah nak dihabiskan. Malam tadi Kjee makan Nasi Goreng Kampung kat Fatihah Cafe, Taman Melawati. Kjee makan empat lima suap dah tak habis. Waitress tanya kenapa tak habis? Tak sedap? Hmmm kalau tak sedap, sentuh satu suap dah stop. Hehehe.

Kalau ada Grilled Salmon atau Ayam serta Daging, memang laju Kjee habiskan.

Grilled Salmon ini kejadian minggu lepas.  My lunch. Oleh kerana Kjee tak boleh hidup tanpa sayur, maka Kjee goreng kacang buncis bersama bawang Holland yang banyak. Kemudian diratah dengan ikan Salmon panggang ni. Ikan Salmon agak hanyir, jadi harus diperah lemon sebelum makan. Sedap dimakan dengan sos cili atau mayonaise.

Bagi Kjee, sepinggan ini amat mengenyangkan. Ada kata ala-ala Atkins Diet. Hehehe Kjee dah intai cara pemakanan Atkins tu. Isyhhh tak lalu kalau bertelor rebus siang malam. Hehehe.

4 comments:

  1. betui la kak jee saya kekunun nak atkins diet la sangat. makan telur masuk hari ke-2 dah nak muaal. lgi orang x pndai masak tak leh nak variety masakannya

    ReplyDelete
  2. Ikan salmon tak hanyir... yg hanyir ialah apabila kita beli yg kurang segar.. ikan salmon segar yg bagus kualitinya tak hanyir (esp yg dibekukan sejurus selepas ditangkap dan dipotong, ia lebih baik dr salmon yg segar di beli di pasar).

    ReplyDelete
  3. Hi, I come from a Salmon country, but for some reason or other not too keen on the fish. I find its a bit oily. But your grilled salmon looks really good. Ada sambal belachan to go with it? Ha ha.
    Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete