Pages

Friday, January 27, 2017

NASI GORENG KAMPUNG BONDA









      Kekadang apabila duduk mengelamun fikir apa nak dimasak, seringkali teringat masakan airtangan Bonda. Yes she was good cook! Anak mana tak nak mengaku masakan Bonda paling sedap kan? Campak-campak pun sedapp.

      Kjee cukup bangga kalau Nadia kata.."Eh Mama masak lagi sedap lah. Mama ingat tak Nasi Goreng Telor ala scrambled egg lepas tu mama letak kicap. Fuyoooo sedapnya!"

      Sebab itu hari ini Kjee masak Nasi Goreng Bonda. Yang biasa-biasa aje. Tumbuk cili hidup, cili padi, bawang dan ikan bilis. Pastu tumis garing-garing bahan-bahan tersebut, masukkan sebiji telor dan goreng lagi sampai telor tu masak. Kemudian campakkan kacang panjang. Goreng seketika dan masukkan nasi. Kacau sampai mesra. Kemudian rasa. Masa tumbuk bahan-bahan Kjee dah letak sedikit garam. Dan ikan bilis pun dah masin. So, secukup rasa bila sudah masak. Jangan lupa buat telor dadar.

      Biasa aje kan? Tetapi sangat luar biasa bagi Kjee.



   



      Bonda tahu anak-anak dia suka makan Nasi Goreng dengan timun yang telah dimayang halus. Caranya seperti diatas. Lepas dihiris nipis, digulung dan dimayang. Makan dengan Nasi Goreng...perghhhh memang tak hengat dunia lah. Cubalah!

      Ini jugak cara timun dihiris untuk Laksa Johor. Rahsianya supaya hiris tidak putus-putus ialah timun itu harus berada pada room temperature. Kalau letak dalam peti ais, ia akan menjadi rangup dan putus-putus bila dihiris.

      Tadi apabila UnclePali balik Masjid, dia tanya ini Nasi Goreng apa? Nasi Goreng Kampung Bonda kata Kjee. Diam jer dia makan. Tak kena kot dengan citarasa dia tetapi tambah pulak dua kali. Hehehe.

      Sambil makan Kjee hantar foto ke Nadia. "Wahhhh sedapnya. Tinggalkan sikit untuk kita tau! Timun tu pun nak!"













 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...