Tuesday, January 17, 2017

LODEH JAWA DAN LONTONG KERING







      Kalau dah tekak Jawa, pusing tang mana pun mesti nak cari tempe kan? Sebenarnya tempe tak elok untuk mereka yang sakit sendi sebab bahan asasnya kekacang. Kacang soyang. Tapi makan sekali sekala ok lah kot. Kjee makan pun dalam setahun tu, adalah dua tiga kali sahaja. Itu pun tetap sakit-sakit sendi.

      Lauk lodeh kering ini kalau tak letak tempe memang, kata orang, macam tak cukup korum. Kjee buat ni pun, yang mudah-mudah aje. Apa yang ada dalam peti ais.

      Semalam UnclePali pergi Hero Market untuk beli tempe, tahu, kacang buncis dan udang. Mahalnya udang sekarang! Yang tak berapa kasar dah RM36 sekilo. Maklumlah dah dekat Raya Cina. Udang antara bahan wajib untuk menu mereka.  Kali ini, Kjee guna perencah udang sajalah. Selalu letak hati ayam dan pedal. Apabila dah siap masak, baru UnclePali kata kenapa tak letak hati ayam. Ada dalam freezer. Hmmmm.






      Resipi lodeh kering ini atau arwah Bonda panggil Sambal Goreng Sayur, bolehlah korang intai SINI. Dah banyak kali mokcik buat dan tayang kat sini.

      Kalau buat lodeh kering ini, seorang lagi anak Jawa dalam rumah Kjee (Nadia lah sapa lagi), hanya ratah aje. UnclePali tak berapa gemar. Nasib baik lah kan. Kalau tidak, luaklah pulak satu portion lagi.

      Semalam Kjee makan ala-ala Lontong Kering. Ada sambal tumis dan serunding ikan. Sebenarnya, kalau ada Serunding Kelapa dan Kuah Kacang, lagi lengkap. Tetapi apabila intai dalam peti ais, ternampak Serunding Ikan. Hmmm guna itu ajelah. Kelapa parut simpan dalam freezer. Lain kali buat sekali kuah kacang.







Related Posts:

  • MASAK LEMAK CILI PADI BIASA BIASA JER Tadi pergi pasar dengan tujuan nak beli daging, petai dan telor itik. Plan nak masak lemak cili padi telor itik bubuh belimbing. Tapi puas pusing-pusing, tak nampak orang jual telor. Akhirnya, beli ikan mabung. Kjee … Read More
  • NASI AYAM SAMBAL IJO Kjee sekeluarga bukan peminat nombor satu Nasi Ayam. Justru, kami hanya makan Nasi Ayam dua atau tiga kali setahun. Ada banyak lagi makanan lain di Malaysia ni yang kami minat. Hehehe. Kalau UnclePali tapau Na… Read More
  • ASAM REBUS DAGING SAMA KENTANG Rupanya macam Asam Pedas tapi ia bukan Asam Pedas. Arwah Bonda kata Asam Rebus. Rasa sikit lebih kurang macam kuah Laksa Utara cuma bahannya bukan ikan tapi daging. Kjee suka sangat Asam Rebus ni terutama… Read More
  • NASI PADANG SEDAP DI JALAN PAYA JARAS, SG BULOH One Man's Meat Is Another Man's Poison... kalau nak terjemah bahasa Melayu sikit lebih kurang camni... Aku punya tekak aku punya sukalah. Kalau aku makan rasa sedap, kau makan kata tak sedap, ade aku kesah? … Read More
  • DAGING BERLADO DENGAN PETAI Ahad lepas Kjee bertiga pergi makan di Restoran Minang favorite kami di Paya Jaras. Kami ke sana dalam pukul 3 jadi makanan pun banyak dah habis. Maklumlah hari Ahad, jadi ramai customer beli bungkus kata pe… Read More

2 comments: