Pages

Wednesday, April 19, 2017

BUBUR JAGUNG BERSAGU






         Hari tu Kjee beli jagung masa nak buat Seafood Longgok. Nadia ke Hero Market, tak ada. Kemudian ke Fish Mart kat Taman Melawati. Satu peket ada enam biji. Banyaknya. Nak guna dua biji sahaja. Tapi tak ada pilihan. Satu peket RM6.

         Seminggu duduk melanguk dalam peti ais setelah dua biji diguna untuk masak Seafood Longgok. Kat rumah ni, kalau bukan Kjee yang merebus jagung, maka akan jadi rezeki Cik Tong. Tapi jagung bukan favorite Kjee atau UnclePali. Pagar semua dah goyang. Mungkin Nadia sahaja yang boleh makan sebab pagar dia masih muda.

         Kjee buang kulit. Memang jagung ni dah tak berapa nak remaja. Rasanya hanya boleh buat bubur. So Kjee pun decide buat bubur. Amik pisau dan kikis. Ada orang kata kalau nak cepat masak, jagung yang telah dikikis itu, kena rebus dulu. Kjee rebus dan letak sekali seketul kecik gula Melaka dan sehelai daun pandan. Sementara menunggu jagung itu lembut, Kjee rendam seketika sedikit sagu biji.

         Apabila jagung dah elok lembut, masukkan santan dan sedikit garam. Masukkan juga sagu biji yang telah ditos. Masak lagi sehingga tiada mata ikan pada biji sagu. Kemudian rasa. Kalau tidak cukup manis, tambahlah gula putih.

         Kjee suka makan kalau bubur ini disejukkan dulu dalam peti ais. Mak aiii...nyaman sekali.

     





1 comments:

erny firdaus said...

Sedapnya kak jee...bubur jagung tu mmg suka sangat...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...