Monday, April 3, 2017
SAMBAL UDANG PETAI
Hari ini teringin nak makan Sambal Udang. Oleh kerana Kjee tak sihat, UnclePali kata biar dia pergi beli yang dah siap sahaja. Tetapi memang mudah aje cakap. Apakah hasilnya sama dengan airtangan kita sendiri?
UnclePali tahu Kjee cerewet. Kalau beli pun, Kjee akan adjust lagi kat rumah kalau rasanya tak kena. Bukanlah nak riak atau menunjuk yang Kjee ni pandai masak. tetapi airtangan sendiri lain daripada orang punya. Mungkin yang beli lebih sedap tetapi tekak kita dah selesa makan yang kita buat.
Mahalnya udang kasar-kasar kat Hero market. Sekilo RM38.90. UnclePali beli setengah kilo sahaja untuk sekali makan. Tetapi setelah mengadap sepiring dua orang tadi, masih ada berbaki untuk kami bertiga dinner nanti!
Turut mahal ialah petai. Tiga papan (RM6!). Matanya halus-halus pulak tu! Mujur UnclePali yang beli. Kalau Kjee, mesti penjual kat pasar Keramat tu dah kena bebel. Ini petai paling mahal setakat ini yang Kjee beli.
Anyway, tak payah nak komplen banyak-banyak. UnclePali balik tadi Kjee terus ke dapur bersamanya. Memang dia suka sangat tolong memasak especially kalau Kjee tak sihat. Memang boleh serahkan Unclepali masak sorang tetapi nanti lain pulak rasanya. So, dia tolong goreng ikan. Bab yang dia memang terer. Dia pun tolong masak nasi.
Kjee pasti ramai ada cara sendiri buat sambal tumis. Kali ini Kjee letak sedikit belacan. Stail orang Melaka, kata arwah Bonda. Korang nak resipi lengkap, sila klik SINI. Maaflah setiap kali masukkan enrty, Kjee suruh klik sana, klik sini. Jari jemari Kjee tegang sebab kena Arthritis. Nak type satu-satu entry pun dua kali ganda masa dari selalu.
Related Posts:
KARI AYAM KERING ALA RENDANG Kali ini Kjee nak kongsi bersama korang semua kari ayam kering ala rendang. Kari ini sedap sangat kalau makan dengan pulut, lempeng, ubi rebus, nasi impit, lemang, pulut kuning, capati, roti canai ataupun dengan nasi. … Read More
SAMBAL AYAM BERLADA ALA THAI Dah banyak kali Kjee buat resipi ni. Eh ayam dah ker buat. Tak perasan lak. Daging dan ikan dah ada. Oh mungkin ayam belum lagi. Apapun, ini permintaan my princess. Kjee bubuh cabai jarum (cili api) Sarawak m… Read More
112. chicken mushroom pot pielepas baca entry bantal bucuk sampai tergolek, kjee bagi resipi lak. chicken mushroom pot pie with brown sauce. nak cepat ni sebab nak masak lunch. tapi sotong baru jer rendam sebab leka blogging dan layan FB. tapi tadi kjee … Read More
DUCK STEAK WITH ORANGE SAUCE Pertama kali Chef Arie dari Arima Classic Western Food, tanya Kjee samada Kjee pernah makan duck steak with orange sauce, Kjee betul2 was was. Isyhhh oren kan manis? Camner nak gandingkan dengan steak itik. Tapi Chef Arie ka… Read More
STEAK ITIK DENGAN SOS OREN Teringin sangat nak makan hasil air tangan sendiri. Sejak dua hari lepas asyik google kat internet untuk resipi. Bagaimanapun, Kjee agak kecewa kerana 90% resipi steak itik omputih guna arak. Nasib baiklah ada satu res… Read More
ya Allahhh sedapnyeeee���� -hunnyza-
ReplyDeletezaman study, kawan yg selalu masak sambal udang petai ni. memang sodap <3
ReplyDelete