Pages

Sunday, April 16, 2017

OTAK-OTAK BABA DAN NYONYA PERANAKAN







         Apabila kita sebut Otak-Otak, semua akan terbayang Otak-Otak yang dibungkus dalam daun kelapa. Isinya berwarna merah dan dipanggang atas arang. Banyak gerai-gerai di Kuala Lumpur sekarang, sebaik sahaja kita duduk, ada sahaja yang menghantar satu bakul kecil otak-otak tersebut atas meja. Kita makan atau tidak, dia tak kesah.

         Kemudian apabila melihat foto Otak-Otak yang Kjee buat, ramai kata itu Bobok-Botok. Sebenarnya, Kjee tak pernah kenal dekat dengan Botok-Botok. Ada sekali Kjee makan ketika baru kahwin dengan arwah bapa Nadia dulu. Kalau tak silap Kjee di Batu Pahat. Entah apa silapnya, atau mungkin Kjee tak biasa, Kjee terasa Botok-Botok itu pahit. Terus Kjee tak makan, sampai ke hari ini.

         Kjee tak ingat lagi samada Botok-Botok yang Kjee makan itu dibungkus seperti Otak-Otak Nyonya. Otak-Otak yang Kjee buat ini rasanya hanya mirip kepada Otak-Otak Thai. Cuma ia tidak diletak hirisan kobis. Otak-Otak Thai juga dikukus dalam daun pisang yang dibentuk seperti kotak. Dan konsepnya terbuka. Tidak dibungkus. Dan ia tersangatlah pedas. Tetapi kalau Kjee ternampaknya di Ekspo Thai, Kjee tetap akan beli walaupun seringkali menghabiskan seharian esoknya di tandas. Kepedasannya begitu menyengat! Tapi tak pernah kenal erti serik. Hehehe.

         Otak-Otak Nyonya hanya boleh dinikmati kalau kita ke Restoran Nyonya Peranakan Pulau Pinang atau Melaka. Disitu kita akan dapat merasai Otak-Otak Nyonya yang tulen. Dan kini harganya sangat mahal. Sebiji lebih kurang RM10 hingga RM15. Ia akan diperhangat apabila kita memesannya. Dan rasanya amat sedap.

         Sekiranya sukar mendapatkannya, maka Kjee rela membuatnya sendiri walaupun pembikinannya agak renyah. Membungkusnya juga tidak semudah yang disangka. Banyak kali Kjee buat senget benget but who cares! Yang makan kita kan? Hehehe.

         Bahan utama Otak-Otak ialah ikan. Tak kesahlah Ikan Tenggiri ataupun Ikan Merah. Tetapi ada kalanya Kjee buat Otak-Otak Udang. Sedap juga lah. Lain kali nak buat guna isi ketam. Isi aje tau. Jangan pulak ada yang bijak sangat letak seekor ketam didalamnya. Hehehe. Kelakar orang tu.










         Selain ikan atau udang, bahan-bahan lain yang perlu ialah cili merah, cili kering, cili padi, serai, buah keras, santan, bawang merah, bawang putih, sedikit belacan, telor, sedikit tepung beras, tepung jagung, daun limau purut dan juga daun kaduk selain daun pisang untuk membungkus. Nampak aje banyak bahannya tetapi taklah teruk sangat nak mencarinya.

         Sila klik SINI untuk resipi dan cara membuatnya.

         Hari ini Kjee cantumkan bungkusan daun pisang itu guna stapler sebab lebih mudah daripada guna lidi. Tetapi awas ketika hendak menghidang. Jangan termakan 'peluru stapler'. Hehehe.

         Kjee selalu buat Otak-Otak ini untuk dibekukan. Ini adalah kerana ia bukan suatu makanan yang mudah dibuat. Jadi kalau dibuat banyak-banyak, dibekukan, apabila hendak makan kita hanya perlu mengkukusnya semula.

         Kjee selalu ratah sahaja Otak-Otak ini. Tetapi ia sangat sedap dimakan panas-panas dengan Nasi Putih. Selamat mencuba.






1 comments:

Norasikin said...

Memang otak-otak nyonya ni ada rupa botok-botok. Kalau otak-otak biasa ikan dan bahan-bahan lain di kisar halus. Otak-otak thailand pun kisar halus lepas tu masuk dalam kelapa muda. Botok-botok pula mengggunakan ikan dihiris setebal 1/2 inci. Perencahnya pula lebih kurang kari. Dibungkus dengan berbagai ulam-ulam tak kira apa pun asalkan ulam. Baru dibungkus dengan daun pisang

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...