Pages

Wednesday, May 17, 2017

MLCP ATAU GULAI JERING TUA






         Dah banyak hari Kjee tak update kan! Bukan Kjee tak sihat tapi UnclePali yang tak berapa nak okay. So apabila dia sakit, kita pun jadi lemau.

         Hari ini Kjee semak galeri foto dan nampak foto lauk jering yang Kjee masa dua atau tiga minggu lepas.

         Ini makanan orang tua-tua. Budak-budak muda sekarang (kecuali Nadia) tak minat sangat rasanya. Tetapi Nadia cukup suka. Tiap kali hendak ke kedai makan masakkan Padang Anne kat Paya Jaras, kena call dulu. Kalau ada lauk jering maka dia akan pecut laju-laju. Tak kesahlah masak lemak cili padi Jering ataupun Rendang Jering. Dua-dua pun sedap di kedai Anne tu.






     
         Ala bukan lauk jering jer, apa pun masakan airtangan Anne memang sedaplah. Dia berasal dari Padang atau Bukit Tinggi, Sumatera rasanya. Sebab itu masakan dia sedap. Tapi Anne kata dah banyak disesuaikan dengan selera orang Malaysia. Nak kesana, korang pergi Sungai Buloh. Kedai Anne sebelah kiri jalan kira-kira 10 meter dari tapak Pasar Tani/Pasar Malam kat Jalan Sungai Buloh/Paya Jaras tu. Signboard dia besar. Pasti tak terlepas punya! Oh seberang jalan dari kedai Mr Cermin.

         Berbalik kepada Gulai Lemak Pedas Jering yang Kjee buat aritu. Nadia pergi ke pasar Chow Kit beli jering tua. Nak tau rupa jering tua, warnanya agak dark brown dan keras. Tanyalah pada orang yang jual. Lihat foto bawah. Kalau bukan yang macam ini, Kjee tak beli sebab jering itu belum cukup tua. Bila dah rebus nanti tak kenyal.




Jering tua

       

         Cuci bersih-bersih dan rebus dengan kulit ari (kulit yg dlm foto tu) sekali. Kjee masukkan dalam Pressure cooker dan rebus dalam 10-15 minit. Insya Allah cantik kejadiannya. Kalau rebus cara biasa, tak tau berapa lama sebab tak pernah buat. Dah keluar dari pressure cooker, kulit tu senang jer tanggal.

         Kemudian (ini sangat penting), sebiji jering itu diceraikan jadi dua keping dan DITUMBUK! Hari tu Kjee letak pos sepinggan lauk ni di FB, ada yang kata kalau ditumbuk lagi sedap. Memanglah Kjee tumbuk. Itu pesan nenek moyang. Kalau tak tumbuk, nanti 'tercepit masa nak kencing!' Apa maknanya Kjee tak pernah tau. Tetapi dalam foto Kjee kat atas sekali tu, nampak macam tak tumbuk. Kjee tak berani langgar pantang tok nenek tau.

         Masa tumbuk tu lah sedap ikut cara ini... tumbuk sebiji masuk mulut sebiji. Hehehe. Masa kecik dulu, kalau ke kampung arwah Yaie (penggilan orang Jawa untuk atuk lelaki) di Melaka, ada orang jual Urap Jering. Jering itu direbus empuk, makan dengan kelapa yang telah dicampur sedikit garam. Nyaman sekali kata orang Sarawak!

         Kalau nak resipi penuh Gulai Jering ini, korang tengok SINI. Oh ya orang Jawa panggil jering tu Jengkol tau.

         Kalau di bulan Puasa, Kjee tahu gulai ini antara yang paling laku di Pasar Ramadhan. Tapi awas, jangan kencing merata-rata. Opppsss bukan merata-rata tetapi jangan lupa siram air banyak-banyak selepas kencing. Hehehe.









2 comments:

noorhaidaz eyda said...

Lama xmerasa masakan kampung mcm ni sejak arwah mak xde.

Amanda Suria said...

SA x pernah masak jering macam ni..biasa mak buat goreng berlada ngan ikan bilis...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...