Friday, September 28, 2012

JENGKOL MASAK LEMAK CILI API





Masak Lemak Jengkol. Kacang Botor sebelah tu asben kita yang tanam. Hehehe



Orang kita panggil Jering, orang Jawa panggil Jengkol. Dua2 nama itu menjurus kepada benda yang sama. Tapi tak semua orang suka makan terutama sekali generasi sekarang. 

Kalau muda, enak dibuat ulam makan dengan sambal belacan. Bab buat ulam ni Kjee tak berapa suka walaupun ada jugak sesekali Kjee makan. Tetapi kalau dibuat gulai atau dimasak goreng berlada, hmmmm memang pantanglah...hehehe pantang tengok.

Sekarang ni agaknya musim jering. Sana sini Kjee tengok ada orang jual jering. Malah, jiran sebelah pagar Kjee pun ada tanam 2 atau 3 pokok. Kekadang ada jugak dia orang hulur.




Kalau nak buat masak lemak cili api, jering yang digunakan mesti betul2 tua. Kalau tidak, tak sedap. Kekadang Kjee makan di restoran2 Minang, jeringnya kurang tua. Kekenyalan jering tu tak ada. Kalau nak buat goreng berlada, sedap kalau yang dah keluar akar tu.

Dan satu lagi cara menu jering yang sangat2 enak ialah Urap Jering. Kjee dah lama sangat tak makan Urap Jering. Last masa Kjee tinggi 4 kaki kot. Masa tu makan di Melaka, tanah tumpah darah arwah bapak. Pepagi lagi ada budak2 bawak raga jual keliling kampung.

Urap jering ialah jering yang telah direbus hingga empuk dan dimakan dengan kelapa parut muda yang dicampur dengan sedikit garam. Sedap sangat2. Sekarang ni kalau nak makan kena buat sendiri kot. Tunggulah nanti. Bila beli jering selalu lupa nak buat.




Berbalik kepada masak lemak cili api jering hari ini, Kjee rebus dalam pressure cooker selama lebih kurang 20 minit. Apabila dah lembut, Kjee ceraikan jering itu menjadi dua belah dan tumbuk sedikit. Tak tahu kenapa mesti tumbuk atau hempuk sikit. Orang buat, Kjee pun buat ler. Hehehe

Kemudian Kjee tumbuk cili api (mestilah banyak sikit sebab sedap pedas kaw kaw), bawang merah dan sedikit ikan bilis serta kunyit hidup. Kalau guna kunyit serbuk pun boleh. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat, bubuhlah serai dan daun kunyit serta jering tadi dan jeranglah.




Apabila mula mendidih, perlahankan api, bubuh 1 keping asam gelugor, garam serta pak aji, kalau guna. Biarkan ia mendidih perlahan. Kemudian padam api.

Makanlah dengan lauk2 sampingan yang simple seperti ikan ikan kembung goreng, ikan kering, sambal belacan serta ulam2 lain. Punyalah sedap, mak mertua lalu belakang pun tak nampak. Tapi kalau lalu depan, gerenti nampak. Hehehe.


Kacang botor atau kacang botol atau kecipir yang dalam gambar itu Unclepali yang tanam.










4 comments:

Ezza Muffinbiru said...

Hari ni pun saya masal sambal jering kak...Oh ya..gulai jering ni kak kalau di tambah dengan pucuk ubi dan ikan tamban kering lagi power kak....

Irfa said...

buat sambal pun sedap ni

wati said...

salam kak jee...

rasanya ditumbuk sbb nk bg lebih lembut..

Anonymous said...

Salam kak jee,

urap jering tu masih ader jual di pasar malam Duyong @ Air molek kat Melaka lah - klu tgh musim jering.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...