Pages

Wednesday, February 7, 2018

AYAM PEDAS THAI




     Assalammualaikum. Lama betul Kjee tak update blog ni. More than a month. Well I've been busy. Sibuk jugak dengan kerja-kerja translation dan editing. Dan banyak kala jua, dalam mode malas selain tak sihat.

     Apapun, I'm back. Insya Allah... on and off. Kalau tak update itu maknanya, adalah kerja-kerja lain yang perlu dibereskan.

     Beberapa hari yang lepas, resipi Spicy Thai Chicken ini menarik perhatian Kjee. Kebetulan tengah fikirkan apa hendak dimasak dengan ayam yang secoit dalam freezer. Ada dua full chicken legs yang UnclePali beli kat Ayam Mas. Biasanya di hari malas, Kjee buat goreng kunyit letak kacang panjang dan carrot sahaja.

     Tetapi setelah Kjee scroll resipi Spicy Thai Chicken ini yang muncul kat my newsfeed, Kjee macam tertarik. Actually, Kjee suka sangat lauk pauk Thai dan juga Chinese. Kalau nampak mesti Kjee spend a few minutes membaca.

     Dan Kjee dapat bayangkan mungkin resipi ini sedap dan bahan-bahannya mudah diperolehi. Semuanya ada di dapur, kecuali daun limau purut yang kena petik kat tanah sekangkang kera di luar pagar rumah kami.

     Setelah semua bahan-bahan disediakan dan siap dimasak dalam masa yang cukup pantas, Kjee tak silap rupa-rupanya ia memang sedap!! Apatah lagi kalau diletak lebih sedikit cili padi. Lagi pedas lagi sedap!

     Bahan-bahan yang diperlukan hanya ayam yang dipotong-potong kecil-kecil, 2 ulas bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci belacan, cili padi (Kjee letak 10 biji), sedikit sos tiram dan sedikit sos ikan atau Nampla serta dua atau tiga helai daun limau purut. Daun ini penting kerana ia akan menaikkan aroma masakan. Bahan-bahan yang Kjee gunakan Kjee main agak-agak aje mengikut ayam yang ada. Kjee pasti korang pandai lah ya adjust.

     Tumbuk cili padi, belacan, halia, 1 biji bawang besar dan dua ulas bawang putih sehingga lumat. Sebiji lagi bawang besar dipotong bulat-bulat. Tumis menggunakan sedikit sahaja minyak sehingga garing. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong, dicuci dan ditos kering. Masak sehingga ayam kecut dan hampir kering. Kemudian masukkan air untuk terus masakkan ayam itu. Jangan banyak sangat air.

     Apabila air sudah hampir kering, ramas-ramaskan daun limau purut dan masukkan kedalam kuali berserta ayam tadi. Perasakan dengan sos tiram dan kicap cair atau sos ikan.

     Hidang panas-panas. Elok sedap kalau dihiris daun limau purut dan ditaburan diatas lauk. Resipi asal lauk ini harus kering tetapi Kjee buatkannya lembab-lembab berkuah sedikit. Sedikit sahaja tau.

     Selamat mencuba. This recipe is for keeps.






2 comments:

Fisya said...

Wah macam sedap ayam pedas thai ni.Tak pernah makan lagi.Boleh la cuba buat.

Ahmad Munir said...

Lama kakjee tak update blog, sy tak pernah makan lagi masakan thai ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...