Friday, November 2, 2012

LIYANA DAN IBU SERTA JULIANA, SELAMAT DI NEW YORK







Kelmarin Kjee baca berita semua rakyat Malaysia yang berada di New York terselamat dari bencana Taufan Sandy yang sedang melanda kota kosmoplitan itu. Alhamdullilah. Mereka termasuk dua pelakon tanahair, Liyana Jasmay dan Juliana Evans.

Liyana ketika dihubungi media Malaysia memberitahu dia dan ibunya dalam keadaan selamat walaupun di luar, suasana huru hara. 

Hari ini pulak, berita terbaru yang Kjee baca, Liayana sudah berpindah ke sebuah hotel yang lebih selamat. Dan pasti Liyana tidak ketakutan sebab ibunya turut ada bersama. Khabarnya, sepanjang Liyana masa dia belajar di sana, memang ibunya berada bersamanya.

Begitulah pengorbanan seorang ibu untuk anak bongsunya. Berjauhan dari suami dan sanak saudara lain untuk memastikan anaknya selamat di luar negara.

Bacalah berita yang disiarkan mStar.



PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay mengambil langkah berjaga-jaga menginap di Hotel Lexington, Midtown, sejak Rabu lalu untuk mengelakkan berdepan dengan Taufan Sandy yang sedang melanda di New York, Amerika Syarikat.

Liyana, 24, yang tinggal di Kips Bay berkata, keputusan berpindah ke hotel itu dibuat supaya lebih mudah untuk dia berhubung dengan keluarganya.

"Kami tiada bekalan elektrik sehingga Sabtu ini dan talian telefon juga tiada.

"Jadi saya mengambil keputusan untuk menetap di sebuah hotel untuk berhubung dengan keluarga," katanya menerusi Twitter miliknya pada Khamis.

Liyana sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pengarahan dan lakonan selama enam bulan di Akademi Filem New York (NYFA) sejak Julai lalu

Pelakon itu ditemani ibu, Habsah Simpon, sepanjang berada di negara tersebut dan turut dikunjungi kakaknya, Faradilla, saat berdepan situasi berkenaan. Keluarga mentua kakaknya juga sama-sama berada di New York ketika itu.

Menerusi laporan Berita Harian pada Jumaat pula, Liyana memberitahu, alternatif keluar dari rumah dan tinggal di hotel perlu dilakukan kerana mahu mendapatkan isyarat telekomunikasi dalam memastikan interaksi antaranya dan keluarga di Kuala Lumpur (KL) berterusan.

Pelakon itu menceritakan pengalaman detik cemasnya apabila mendengar dentuman kuat dan ia datangnya daripada sebatang pokok yang tumbang.

“Kawasan tempat tinggal saya, termasuk beberapa lagi tempat, turut terjejas. Kami terpaksa bergelap di rumah, malah lebih teruk ia turut mengganggu isyarat telekomunikasi. Kawasan tempat tinggal saya sudah seperti bandar kosong yang ditemani angin.

“Malah bahagian bumbung dan tingkap bilik tidur saya sendiri hampir ditimpa pokok tumbang. Saya memang berada dalam bilik ketika itu. Saya terkejut kerana pada mulanya tidak menyangka bunyi dentuman kuat itu sebenarnya datang daripada sebatang pokok yang tumbang.

“Bunyi itu membuatkan kami terjaga daripada tidur dan ketakutan. Keesokan harinya apabila kami periksa, pokok itu tumbang bersebelahan rumah. Tak dapat saya bayangkan kalau pokok itu jatuh atas tingkap, yang kesemuanya dibuat daripada kaca,” katanya.

Kata Liyana , dia bersyukur apabila diri dan keluarganya selamat, serta tidak berdepan musibah besar dan pada masa yang sama bersyukur kerana tidak berdepan situasi cemas itu bersama ibunya saja. Sebaliknya, ada ahli keluarga lain bersama.

“Cuba bayangkan kalau saya dengan Mama saja berada di sini. Tapi Mama sendiri sangat tabah. Kami berdoa supaya sentiasa dilindungi Tuhan, begitu juga mereka yang berdepan situasi sama," ujarnya.

Tambah Liyana, ketika ini, pengajiannya tergendala seketika akibat bencana itu dan dijangka kembali ke ibu kota pada Disember depan, sekali gus menguruskan persiapan hari bahagianya, yang dijadualkan pada Januari 2013.

1 comment:

  1. ..sepupu saya - kebetulan kakaknya Dilla sekeluarga dan mak mertuanya ada bersama bercuti, sebelum tu kakaknya Abby dan Babahnya datang bercuti raya di sana ... ( maaf ya kak jee - menempek sekali )

    ReplyDelete