Friday, April 21, 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


        Setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya esok kita sambut Hari Raya Aidilfitri. 
        Jalanraya khabarnya sesak dengan umat Islam yang hendak pulang ke kampung. Maklumlah dua tahun lepas kita tidak berkesempatan seperti ini. Hati2 di jalanraya. Bayangkan keluarga di kampung yang sedang menunggu.
       Kjee akan kembali posting di sini setelah mendapat tenaga kembali. Sepanjang Ramadan, kesihatan Kjee tidak begitu baik. Namun Alhamdulillah dapat berpuasa selama 27 hari. Tiga hari kantoi diserang gastrik. 
         Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada tulisan Kjee selama ini tidak menyenangkan sesiapa. Selamat Hari Raya. 

1 comment:

  1. Slmt hariraya kak jee n fmly.. maaf zahir batin.. mg kak jee sht2 sllu.. aamiin.. 🤗

    ReplyDelete