DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, November 30, 2019

SUSU KACANG SOYA

SUSU KACANG SOYA
   Ini antara minuman yang segar dan sangat berkhasiat. Sebagai ganti susu untuk orang yang lactose intolerance atau alah kepada susu haiwan. 
   Masa my doter Nadia kecil dulu, doktor telah menasihati agar dia diberi susu tepung yang diperbuat dari kacang soya. Kjee tak ingat alahan dia ketika itu. Mahal sangat susu tepung soya zaman itu. Tetapi demi anak...
  Anyway, walaupun ada budak pacak kemah jual Soya Bean Milk berhampiran rumah Kjee, namun Kjee tetap nak buat sendiri. Halal dan bersih kalau home made. Dan tersangat lah murah! 
   Malam tadi, sebelum masuk tidur Kjee telah rendam kacang soya.ada berbaki satu kilo setengah daripada buat bulan lepas. Simpan kacang itu dlm fridge kalau mahukan ia tahan lama. 
   Setelah direndam dalam air yang banyak, esoknya ramas dan buang kulitnya. Ramas dan bilas berkali-kali sampai puas hati kulit dah tak ada. Kemudian diblend. Sukatannya satu cawan kacang (yg telah di rendam) dengan dua cawan air.
   Lepas dikisar halus, tapis. Kjee guna kain kasa (muslin cloth). Kemudian Kjee tapis sekali lagi  guna tapis teh kain yg mcm restoran mamak. Kjee beli aritu satu rm5.90. 
   Kemudian dijerang guna api sederhana. Letak ler sehelai dua daun pandan. Mesti kacau selalu. Apabila mendidih tunggu seketika dan padam api.
   Sukati lah letak gula masa ini atau ditambah dengan sirap gula putih masa nak hidang. Sirap gula Melaka pun sedap. Sejukkan kemudian masuk dalam peti sejuk.
   Kjee buat tercair sikit so minum apabila dah betul2 chill. Tak payah tambah ais.
   Satu setengah kilo kacang dapatlah dalam satu setengah atau 2 liter. Perlu dihabiskan dalam masa sehari dua kerana tiada bahan pengawet. 
   Cubalah. Puas hati tau.

Friday, November 29, 2019

Hello I'm back!!

   Assalamualaikum. Hello everbody. 

   Dah dekat dua tahun Kjee tak singgah sini kan? Terima kasih semua yang masih jenguk blog ini sehinggakan page views semakin meningkat. That's how I know you all masih berkunjung.

   Dua tahun... hmmmm lama kan? Kalau ada anak, di usia ini, dah seronok ajak main-main. Dan mulut dia mesti tak berhenti-henti bebel. Tanya itu tanya ini. Rindunya nak ada anak kecik. Oppppsss. 

   Anyway, mesti korang nak tau apa Kjee buat sepanjang tak jenguk sini. Well, selain makan tidur, tidur makan... hehehe sebenarnya Kjee ada buat kerja2 menulis. Actually selepas pencen jadi wartawan, Kjee galak buat Translations. Boleh tahan lah jugak untuk buat Kjee sibuk.
    Alhamdulillah syukur rezeki Allah tak pernah salah alamat. 

   Tetapi dalam pada itu, Kjee curi-curi juga memasak. Dan selalunya Kjee post kat my other page iaitu "Sembangresipi". Senang post kat situ. Kjee rasa ada juga frens di sini yang follow page itu.

   Since Kjee dah lama tak singgah sini, Kjee berazam untuk menulis dan post food recipes. Nak jadi balik Story Teller atau Pencerita macam mula2 dulu. Ada banyak yang Kjee lalui dalam hidup sepanjang 64 tahun ini (yes I'm already 64!), yang boleh dikongsi dengan semua. 

   So doakan Kjee sihat dan bersemangat untuk blogging ya. 

Wednesday, February 7, 2018

AYAM PEDAS THAI




     Assalammualaikum. Lama betul Kjee tak update blog ni. More than a month. Well I've been busy. Sibuk jugak dengan kerja-kerja translation dan editing. Dan banyak kala jua, dalam mode malas selain tak sihat.

     Apapun, I'm back. Insya Allah... on and off. Kalau tak update itu maknanya, adalah kerja-kerja lain yang perlu dibereskan.

     Beberapa hari yang lepas, resipi Spicy Thai Chicken ini menarik perhatian Kjee. Kebetulan tengah fikirkan apa hendak dimasak dengan ayam yang secoit dalam freezer. Ada dua full chicken legs yang UnclePali beli kat Ayam Mas. Biasanya di hari malas, Kjee buat goreng kunyit letak kacang panjang dan carrot sahaja.

     Tetapi setelah Kjee scroll resipi Spicy Thai Chicken ini yang muncul kat my newsfeed, Kjee macam tertarik. Actually, Kjee suka sangat lauk pauk Thai dan juga Chinese. Kalau nampak mesti Kjee spend a few minutes membaca.

     Dan Kjee dapat bayangkan mungkin resipi ini sedap dan bahan-bahannya mudah diperolehi. Semuanya ada di dapur, kecuali daun limau purut yang kena petik kat tanah sekangkang kera di luar pagar rumah kami.

     Setelah semua bahan-bahan disediakan dan siap dimasak dalam masa yang cukup pantas, Kjee tak silap rupa-rupanya ia memang sedap!! Apatah lagi kalau diletak lebih sedikit cili padi. Lagi pedas lagi sedap!

     Bahan-bahan yang diperlukan hanya ayam yang dipotong-potong kecil-kecil, 2 ulas bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 inci belacan, cili padi (Kjee letak 10 biji), sedikit sos tiram dan sedikit sos ikan atau Nampla serta dua atau tiga helai daun limau purut. Daun ini penting kerana ia akan menaikkan aroma masakan. Bahan-bahan yang Kjee gunakan Kjee main agak-agak aje mengikut ayam yang ada. Kjee pasti korang pandai lah ya adjust.

     Tumbuk cili padi, belacan, halia, 1 biji bawang besar dan dua ulas bawang putih sehingga lumat. Sebiji lagi bawang besar dipotong bulat-bulat. Tumis menggunakan sedikit sahaja minyak sehingga garing. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong, dicuci dan ditos kering. Masak sehingga ayam kecut dan hampir kering. Kemudian masukkan air untuk terus masakkan ayam itu. Jangan banyak sangat air. Masukkan pula gula Melaka atau gula merah lebih kurang dua sudu makan. 

     Apabila air sudah hampir kering, ramas-ramaskan daun limau purut dan masukkan kedalam kuali berserta ayam tadi. Perasakan dengan sos tiram dan kicap cair atau sos ikan.

     Hidang panas-panas. Elok sedap kalau dihiris daun limau purut dan ditaburan diatas lauk. Resipi asal lauk ini harus kering tetapi Kjee buatkannya lembab-lembab berkuah sedikit. Sedikit sahaja tau.

     Selamat mencuba. This recipe is for keeps.






Saturday, December 16, 2017

OTAK-OTAK SEAFOOD NYONYA






          Kekadang apabila apa yang kita rancang tidak menjadi, maka timbul lah kekecewaan yang bukan sedikit. Hehehe poyo aje bunyinya. Actually, Kjee begitu excited nak buat Otak-Otak Nyonya macam cara orang Thai. Dibuat dalam kelongsong atau kotak yang diperbuat daripada daun Pisang.

          Kenapa lah kalau orang lain buat, nampak senang? Dah banyak kali Kjee usaha buat kotak dari daun pisang ini. Masa buat untuk Kuih Tepung Pelita dulu, macam okay aje. Kjee rasa dah amat berjaya apabila cuba buat kelongsong untuk Otak-Otak tadi. Lihat foto bawah. Cantik sangat kejadiannya. Rupanya hanya cantik sahaja tetapi apabila dituangkan adunan menyah Otak-Otak, terus bocor dan meleleh!

          Kjee salahkan diri Kjee kerana tak perasan daun pisang yang UnclePali ambil belakang rumah kami itu, nipis dan masih muda. Baru teringat, tiga minggu lepas UnclePali tebang semua pokok pisang tu. Dan walaupun muncul daun baru tetapi ia masih terlalu muda!



Projek yang gagal
       

          Biasanya, kalau terjadi macam itu, Kjee akan abandon project. Buang sahaja. Tetapi kerana sayang usaha yang telah dibuat, Kjee pun revert to plan B. Kjee keluarkan bekas taufoo faa. Hehehe.

          Kjee lapik bekas taufoo faa itu dengan daun kaduk dan selamatkan bahan-bahan yang hampir dibuang. Dan Kjee kukus macam biasa. Alhamdullilah kejadiannya cukup memuaskan. Sedap macam nothing happened half an hour ago. Hahaha.

          Korang nak resipi, please klik SINI.

          Kali ini Kjee campur ikan Mackerel dan Udang. Jarang ada orang buat Otak-Otak Seafood. Kalau ada kepah dan sotong pun sedap juga digunakan ya. Oh ya kalau buat Otak-Otak ini terlajak pedas pun okay. Otak-Otak Thai kat Thai Food Festival, lagi meletup pedasnya!!!





Ratah aje macam biasa

Wednesday, December 13, 2017

ROTI JALA CICAH KARI AYAM










          Alhamdullilah percubaan selepas lama tak buat, menjadi. Roti Jala ni sebenarnya kerja UnclePali. Kalau dia ada rumah tadi, pasti Kjee tak boleh dekat. Kari ayam pun dia terer buat. Maklumlah masa meniaga dulu, itu 'department' dia.

          Sekarang semua tinggal kenangan. Masa order masuk menimbun-nimbun, UnclePali guna sekali gus empat kuali, empat dapur di foodcourt Anjung Melawati. Dia buat sorang. Hanya kerja melipat dibuat oleh Saniah, maid Indon kami. Kjee? Jadi supervisor aje. Hehehe.

          Sehingga ke hari ini Kjee masih dapat orders untuk Roti Jala especially untuk Open House. Alahai sejak stop niaga, semua aktiviti menjala sudah dihentikan. Tetapi apabila buat sorang-sorang tadi, rasa macam teringin nak ambil order semula. Oppppsss kalau UnclePali dengar, mesti telinga dia keluar asap. Hehehe.

          Tak susah sebenarnya nak buat Roti Jala. Tak perlu tahap kesabaran yang tinggi. Cuma harus guna teknik. Kalau mahukan hasil Roti Jala yang halus, adunan tidak boleh lebih daripada separuh acuan. Jika terlebih, adunan akan keluar laju. Kalau pandai kontrol (iaitu terus dijala laju-laju) okay lah. Jika tidak, hasil Roti Jala menjadi tebal. Tak sedap sebab rasa macam lempeng.

          Adunan yang dicipta sendiri UnclePali ialah 2 cawan tepung, 1 cawan air, 1 cawan susu cair dan sebiji telor. Letak sedikit garam dan pewarna egg yellow. Masuk semua bahan dalam blender dan trrrr sehingga halus. Boleh terus menjala.

          Actually Kjee hanya teringat nak buat Roti Jala ini semasa selongkar laci kabinet dapur beberapa hari lepas. Tiba-tiba ternampak acuan lama plastik tu. Ingatkan dah humban entah kemana. Hehehe.

          Kalau mahu Roti Jala sentiasa lembut, setelah ia sejuk, terus simpan dalam bekas kedap udara. Insya Allah ia tidak akan menjadi kering.






Pasal jumpa acuan ni dalam laci kabinet buat Kjee teringat nak buat.


Tuesday, December 12, 2017

BUBUR BUTIR NANGKA






          Antara bubur yang mudah sangat disediakan. Macam-macam nama diberi tapi arwah Bonda kata Bubur Biji Nangka. Kjee tengok ramai yang kata Bubur Butir Nangka, maka Kjee pun follow lah.

          Kjee tak berapa sihat hari ini, so kalau korang nak resipi, klik SINI.

          One thing yang Kjee perasan, orang Cina pun suka bubur ini. Justeru sekiranya korang google, ada sahaja Chinese food blogger yang buat. Mungkin ada persamaan dengan dessert ala Nyonya Peranakan. Baru Kjee terfikir mungkin ini adalah makanan asal mereka. Tetapi orang Thai juga ada resipi yang sikit lebih kurang serupa.

          Okay, that's all for today. Nak rehat.

Sunday, December 10, 2017

MURTABAK DAGING






          Terliur tengok Chef Marinka dari Indonesia buat Murtabak (AFC) kelmarin, maka terus register dalam otak nak buat sendiri. Tadi Kjee selongkar peti ais sebelum pergi breakfast. Teringat masih ada satu peket kulit popia. Kalau belum expired, boleh guna. Kalau tidak, kejap lagi boleh pergi beli.

          Alhamdullilah, tempoh luput bulan Jun tahun depan. Kemudian baru cari bahan lain. UnclePali kata ada patti burger yang dia buat hari tu. Ada enam ketul katanya. Kalau nak guna, ambil lah, Orite. Kjee tanya apa dia letak dalam patti burger tu? Dia kata bawang besar, bawang putih dan cheese! Hah?!! Patutlah burger dia sedap!

          Kjee cilok 3 keping patti burger. UnclePali buat guna daging kisar Ramli. Kjee keluarkan dan letak diatas meja dapur untuk nyahbeku. Lebih kurang 1 jam gitu. Kalau korang nak guna ayam pun bolehlah. Tapi kena cincang halus-halus.

          Chef Marinka guna kentang untuk Murtabak nya. Tetapi Kjee nak ikut cara Murtabak orang kita. Hanya guna daging dan telor. Kjee dadu sebiji bawang besar. Panaskan dua sudu minyak dalam kuali dan masukkan bawang tadi. Apabila bawang itu dah sedikit lembut, masukkan  sudu makan rempah daging. Kjee juga letak 1 sudu makan serbuk cili. Apabila sudah agak garingkan, masukkan daging dan goreng bagi rata dengan rempah tadi.

          Perlahankan api. Letak sedikit garam dan serbuk perasa kalau guna. Masak sehingga daging itu cukup masak. Kjee tolak tepi kuali inti itu untuk toskan minyaknya. Lebih kurang 20 minit. Kemudian kaup perlahan-lahan ke dalam mangkuk. Pukul dua biji telor. Masukkan separuh daripada inti tadi. Gaul rata.

          Panaskan kuali. Kjee guna kuali non stick. Letak sedikit sahaja minyak. Ambil sehelai kulit popia dan letak atas pinggan. Sudukan satu atau dua sudu inti dan lipat kemas. Kemudian letak perlahan-lahan dalam kuali. Boleh goreng hingga 3 keping pada satu masa sekiranya kuali cukup besar. Tunggu sehingga satu bahagian garing baru diterbalikkan. Keluarkan apabila sudah cantik warna keemasannya dan tos atas tisu dapur.

          Sedap dimakan ketika panas dengan sos cili. Kjee makan begitu sahaja.








Friday, December 8, 2017

AGAR-AGAR MILO






          Kejadian Agar-agar Milo atau Jeli ini kerana Kjee sudah tak lalu nak tengok agar-agar tali duk terperuk dalam pantri. Mujurlah agar-agar tali bukan jenis bahan masakan yang boleh basi. Malam tadi Kjee jenguk Milo. Ada dalam 8 sudu besar. Maka terjadilah Agar-Agar Milo ini.

          Resipi yang Kjee buat untuk Agar-Agar Milo ini simple sahaja. Just Milo, setengah tin susu manis, Agar-Agar Tali dan air. Eloklah pun sebab itu aje bahan yang ada dalam simpanan.

          Mula-mula dijerang agar-agar tali bersama 1.5 litres air. Jerang guna api sederhana kalau tak mau ia melimpah. Macam mokcik tadi.  Sementara menunggu agar-agar larut, masukkan 8 sudu besar Milo bersama ½ tin susu manis. Kacau sehingga larut. Kalau nak campur sedikit air panas pun okay. Kjee hanya ambil satu senduk air dari dalam periuk jerang agar-agar. Kalau nak manis, boleh tambah lagi susu manis ata gula tetapi untuk tekak Kjee, rasa macam dah okay aje. Milo tu pun dah manis kan?

          Pastikan agar-agar tali sudah benar-benar larut baru dimasukkan campuran Milo dan susu manis tadi. Kacau sehingga sekata. Masak gunakan api kecil selama lebih kurang 5 minit, kemudian padam api. Hati-hati curah ke dalam acuan.

          Apabila sudah sedikit sejuk, masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia sejuk dan mengeras. Terbalikkan dan tunggu apa lagi. Hehehe. Mudah kan? Mokcik memang suka resipi yang mudah-mudah. Lain kali nak buat Agar-Agar Horlics pulak.