Saturday, April 2, 2011

189. Tahu, tempe, petai, bilis goreng pedas ala jawa

Semalam janji nak post resipi ini tapi banyak sangat hal. Pastu tengah sedih sangat apabila dapat berita baby Yasmin sudah tiada.



Lauk atas ni biase2 jer. Kjee ingat ramai dah tahu buat sebab tu Kjee tak masukkan resipinya. Tapi Kjee tak tahulah samada ini makanan jawa. Mungkin sebab ada tempe. Tapi dulu ada kawan Kjee orang Jawa dari Indonesia kata tak semua orang Jawa sana makan tempe. Oh ya ke? Hmmm.

Okay kita tengok resipi dia.

Bahan2nya:

1 mangkuk tempe yang telah dipotong sebesar ibu jari
1 mangkuk tahu dipotong dadu
petai (ikut suka banyak mana.)
8 biji cili merah
5 biji cili hijau
6-8 biji cili padi
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
garam
sedikit gula
1 keping asam keping
daun limau purut

CARA:

Goreng tahu hingga setengah masak. Kemudian gorang tempe jugak. Selepas itu, goreng pulak petai setengah masak.Last sekali goreng ikan bilis. Kalau nak bilis ranggup atau garing, api mesti betul2 panas. Semua bahan2 gorengan di sejukkan seketika.

Tumbuk atau kisar kasar semua cili. Begitu juga bawang besar dan bawang putih.

Panaskan kembali minyak yang diguna goreng bahan2 lain tadi. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng sampai garing. Api jangan panas sangat. Apabila sudah garing, masukkan sekeping asam keping, garam dan sedikit gula. Orang jawa memang suka bubuh gula dalam masakan.

Apabila sudah rata, masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi dan kacau hingga rata. Apabila sudah gaul rata, perlahankan api dan masak seketika hinga dirasakan sudah sebati.

Kalau suka taburkan hirisan daun limau purut. Selain petai, bubuh jering tua pun sedap especially jering yang dah berakar tu. Jering dihiris dan goreng setengah masak. pastu campurkan ke dalam kuali bersama bahan2 gorengan lain.

6 comments:

  1. Salam Kgee.. salam kenal.

    Ya betul tu, Sambal goreng ni mmg terkenal di kalangan org jawa. Cuma kalau kami masak, kami bubuh santan, lepas semua bahan2 tu sebati (tapi bila dah mengering, santan tu tak kelihatan langsung)..cuma sekadar buat dia rasa lemak2 sikit.

    ReplyDelete
  2. itulah sam. sambal goreng jawa ada beberapa versi. yang bubuh santan tu, guna serai, lengkuas halia dan belacan. pastu dibubuh sayur kacang panjang atau buncis.

    ReplyDelete
  3. sambal goreng ....memang sedap d ratah begitu saje.....norasmah

    ReplyDelete
  4. Kak jee, saya masak lauk ni hari ni. saya suka...

    ReplyDelete
  5. memang favourite ni..hu..hu..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Great recipe but tempe reminded me of my aunt.
    Makcik saya pengusaha tempe dan makan tempe setiap hari sekarang ada kanser perut tahap akhir.
    Ada ramai pengusaha ragi yang tak ada siapa tahu apa yang sebenarnya yang ada tambahan dalam ragi.
    Pengeluar products hanya mahu membuat keuntungan tanpa Research & Development, kesan jangka panjang mereka tidak peduli.
    Sekarang semua nak cepat dan nak buat duit banyak.
    Kita sebagai pengguna harus berhati-hati ketahuilah di mana makanan anda diproses dan apa yang mereka tidak mahu anda tahu.
    Thanks

    ReplyDelete