Saturday, April 2, 2011

Snek Fucuk Dumplings

Hari ini Kjee buat snek atau kudapan untuk minum petang. Walaupun nampak jer kenit2 tapi Kjee makan lima biji dah kenyang sangat. Hari tu Kjee beli yang frozen kat Sri Ternak tapi isinya ikan. Rasa ala2 fish ball.

Jadi hari ini Kjee buat bubuh isi ayam dan udang dan carrot. Kalau tak suka bubuh udang, gunakan sepenuhnya isi ayam bahagian dada. Atau boleh buat guna ikan. Ikan apapun boleh. Kalau anak2 tak suka carrot, tak payah bubuh. Kita yang buat dia.

Mestilah rasanya lagi sedap kalau buat sendiri, kan? Banyak jugak dapat hari ini. Kalau nak simpan dalam peti ais, kukus separuh masak dulu. Pastu simpan kemas2 dalam bekas kedap udara di freezer. Nak makan baru dikukus.

Jom kita tengok resipi.

BAHAN2NYA:

1 keping isi ayam (bahagian dada)
15 ekor udang sederhana besar (ikut suka)
½ batang carrot disagat halus
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 tangkai daun bawang dimayang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan (optional)
garam atau sos ikan
lada hitam
2 kepung fucuk direndam sampai lembut

CARA:

1. Ayam dibuang kulitnya dan dipotong kecik2. Pastu masuk dalam blender kering dan kisar sampai halus.   Boleh guna food processor tapi tadi Kjee malas nak keluarkan. Kemudian kisar pulak udang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan ayam kisar dan udang dan gaul sampai rata. Masukkan carrot yang telah sagat halus dan daun bawang serta minyak bijan. Gaul rata. Kemudian bubuhlah tepung jagung, serta perasa iaitu kicap/sos ikan atau garam. Kalau suka boleh bubuh sedikit msg. Gaul lagi sampai rata guna spatula. Okay paste dah siap.





2. Potong fucuk 4"x4" pelan2 takut ia koyak. Letak atas pinggan. Ambil satu sudu paste dan letak atas fucuk tadi. 











 tangan ehsan nadia. hehehe





3. Kemudian gulung.
















4. Kemaskan tepinya.















5. Susun dalam kukusan. Air mesti melegak baru dikukus.
















6. Kukus selama 25 minit atau sampai masak.










7. Makan dengan sos cili.










11 comments:

~Norul Mas Hana ~ said...

wahh..nampak sangat sedap..kena try ni =)

fara said...

kak gee.. fucuk tue tauhu yg nipis ke??

gadismaya said...

lg berselera bila npk jari2 nadia yg panjang2 n cantik 2...hehhehe

Along Maklong said...

nampak sedap..
maklong mesti try ni..

Nana Neriza said...

mana nak dapat fucuk tu? maksudnya k.Jee beli dekat mana yer?? kadang2 bahan2 mcm ni bukan senang nak cari, gi pasaraya jenuh mencari tak jumpa jugak, teringin nak buat, tapi sedih sebab bahan2 tak jumpa

Anonymous said...

resepi simple nampak sedap nak cuba ni.....norasmah

Kjee said...

fucuk susah dapat? eh kan berlambak kat mana2 supermarket dan pasar.

cek chun said...

best ni k jee. selalu dok bli yg siap jer. boleh la torai nih

Kjee said...

fara: fucuk ialah kulit tahu.

fara said...

kak gee sy dah beli kulit tauhu smlm... tgok la ptg kamg try buat... x pun esok ke... kalau free

Anonymous said...

goreng boleh ker?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...