Saturday, April 2, 2011

191. Astro Akhirnya Tunduk!!

foto: ikhwanshah.com
foto: rumahselebriti.blogspot.com
Sukanya Kjee bila tengok Amy Search muncul sebagai Pengetua terakhir AF. Kjee hari tu dah teka dan tekaan Kjee tepat sekali. Aznil ketika membuat pengumuman, cuba memberi bayangan seolah2 Pengetua AF9 seorang karyawan Indon tapi Kjee tetap yakin orangnya adalah Amy.

Macam mana Kjee tahu? Kjee tengok kerusi yang membelakangkan audiens itu membayangkan pengetuanya orang yang bertubuh kecil!

Aznil mengumumkan hampir semua mantan Pengetua bergelar Datuk dan seorang Datin Seri. Yang dua tidak bergelar ialah Roslan Aziz dan Norman. Tapi Pengetua AF9 juga seorang Datuk! Aznil lupa kot Amy sudah mempunyai sorang cucu! So diapun Datuk jugaklah! Insya Allah tak lama lagi dapat gelaran Datuk pulak.

Muncul berpakaian merah putih, Amy, pada pandangan Kjee adalah pengetua yang paling ranggi dan sempoi setakat ini. Mana ada Pengetua boleh keluar memperkenalkan dirinya sambil menyanyi. Hebat giler! Pheewittt! Hidup Amy!!

Apapun, jangan ingat Kjee cakap tak serupa bikin sebab hari tu kata takkan tengok AF lagi. Kjee sejak pukul 8 malam lagi dah tercongok depan TV sebab nak tengok rancangan ulangan majlis perkahwinan anak Datuk Chef Wan di channel 703.. Habis sahaja, tangan ini terus tekan2 remote control. Kemudian tertekan channel Astro Ria.

Isyhh Tirai AF? Kata hati Kjee. Macam mana pulak Astro buat kerja. Pengetua belum diumumkan, rancangan sudah bermula. Samalah macam tak ada bapak tapi anak2 dah berderet2 keluar.

Rupa2nya nak buat kejutan. Kononnya kata Aznil, itu AF yang sentiasa penuh dengan kejutan.

Hanya dua sahaja yang menarik perhatian Kjee untuk duduk menonton seketika AF9. Satu kerana Pak Nil dan kedua tunggu munculnya pengetua. Sebaik sahaja Amy habis mendendangkan lagu Pawana, Kjee pun angkat punggung.

Walaupun ada enam lagi peserta yang akan menyanyi, cukuplah Kjee siksa telinga ini mendengar suara dan persembahan enam peserta terawal AF9. Nothing to shout about, kata omputih. Pi mai pi mai tang tu jugak!!

So Kjee dah tutup buku pasal Akademi Fantasia! Lepas ni tak nak komen apa2 lagi. Boleh percaya ker? Insya Allah!!

(Unclepali kata buat apa nak boikot? Tengoklah dan hentam bila perlu. Nadia pulak kata, daripada Mama spend 2 jam mengadap konsert bodoh tu, baiklah mama online di FB atau blog!Hmmm)

2 comments:

  1. betoi la k jee. tengok AF ni buat aku ngumpat je..hehehe
    baik tekan remote tengok cite lain

    ReplyDelete
  2. Dari tgk konsert tu..lebih baik layan 703 atau 707....takpun tgk Junior MasterChef...

    ReplyDelete