Sunday, April 3, 2011

192. Sup Ikan Merah dan Stir Fried Mix Vege

Cuaca panas melanda kembali di Kuala Lumpur? Aduh..kena stay indoors. Makan pun kena jaga2. Tak boleh makan pedas2 atau makanan berempah. Paneh nanti sampai ke malam!

Yang lecehnya musim durian pun kembali jugak. Nadia dah jeling2 kat durian2 yang berlonggok tepi jalan. Nanti dulu, Kjee kata. Tapi hari ini nak pergi Beranang. Kjee pernah makan durian terbaek di Beranang beberapa tahun lalu. Jadi, kalau terserempak je kejap lagi, mampukah aku menolaknya? Oh tidak!!

Hari ini Kjee masak Sup Ikan Merah bubuh kentang dan Stir Fried mix vege. Dua2 lauk tak pedas. Tapi sesekali makan macam ini elok juga. Bagi rehat sikit perut setelah saban minggu dan  bulan disumbat dengan makanan pedas2.

Kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.

SUP IKAN MERAH

BAHAN2NYA:

1 ekor ikan merah (+- 1.2kg)
1 labu bawang besar dimayang
4 biji bawang putih dihiris
2 inci halia (dihiris halus)
1 kayu manis
1 keping asam keping
1 sudu kecik lada hitam
2 biji kentang (potong empat)
daun bawang untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA:

Tumis bawang, kayu manis dan halia hingga wangi. Masukkan air ikut banyak mana kuah diperlukan. Biarkan mendidih dan masukkan kentang. Reneh hingga kentang separuh empuk. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong. Biarkan mendidih dan masukkan garam, asam keping, msg dan juga lada hitam. Perlahankan api dan apabila kentang sudah empok dan ikan sudah masak, padamkan api. Ketika menghidang, taburkan dengan daun bawang serta bawang goreng.

STIR FRIED MIX VEGE

Tiada sayur sayuran khusus untuk buat mix vege. Ikut suka atau apa saja ada kat rumah. Bagaimanapun, elok kalau dicampurkan sayur2 yang berwarna warni.

BAHAN2NYA:

1 batang carrot
1 pokok kecik cauliflower
1 pokok kecik brokoli
sedikit buncis
cendawan shitake
sedikit udang/ayam/daging
1 inci halia
3 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar sos nampla/garam
1 sudu besar hoisin sos (optional)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
lada putih

CARA MEMBUAT:




Tumis bawang putih hingga wangi dalam kuali. Pastu masukkan udang/ayam atau daging. Kalau nak bubuh bilis pun boleh. Goreng seketika, Pastu masukkan sayur2 (kecuali cendawan) dan besarkan api. kacau pantas. Guna tudung kuali dan tutup seketika hingga naik wap. Kemudian masukkan sos ikan (atau garam), hoisin sos, sos tiram, tepung jagung dan kira2 empat sudu besar air dan campur rata. Apabila sayur sudah hampir empuk, masukkan cendawan dan tuangkan bahan2 ini ke dalam kuali dan kacau pantas. Padamkan api dan terus hidang. Sayur janganlah dimasak terlalu lembik. Ketika dihidangkan, taburkan sedikit lada putih atau lada sulah diatasnya.

2 comments:

Nur68 said...

bukan KL je Kjee, Kuching pun dah terasa bahangnya...weekend dok kat umah, mandi pun smp 4x sehari...tubuh rasa melekit je panas2 ni...

Aslynn said...

Anak demam tp rsnya ma2nya yg gian sup ikan merah nie..TQ kjee utk resepi simple nie...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...