Tuesday, April 5, 2011

195. 1½ Jam Rumah Digeledah Sambil Hayun Pedang Samurai!!



grill tingkap dapur dipotong. kemudian masuk dan bukak pintu untuk yang lain masuk
Sedih, takut, risau dan macam2 lagi perasaan Kjee sewaktu mengadap wajah Sharifah Rosidah, suaminya SB, dan dua anak remaja mereka malam tadi di rumah mereka di Telok Panglima Garang. Masuk jer rumah (living area), semua tersusun rapi.

Shidah, yang Kjee kenali lebih 10 tahun lalu, memang seorang wanita yang rajin dan rumahnya memang tersangatlah bersih dan disusun rapi. Banglo 1½ tingkat itu yang mempunyai 5 bilik terletak berhampiran tanah perkuburan yang berlangskapkan ladang kelapa sawit.

15 tahun keluarga 5 beranak itu tinggal disitu. Tak ada apa2 kejadian buruk walaupun jauh daripada rumah jiran2 yang lain. Tapi awal pagi Ahad 03/04 mengundang musibah apabila dimasuki penyamun 6 Jahanam. Mereka melibas parang dan mengheret anak bongsu lelaki Shidah yang berusia 18 tahun ke dalam bilik ibu bapanya.

Menurut SB, pintu biliknya memang tidak pernah berkunci sebab anak bongsu mereka mengidap lelah. Diikatnya ketiga2 beranak itu. Mata SB dan anak lelaki juga diikat dengan kain. Shidah setelah diikat diselubung dengan comforter.

Mereka berpecah dan masuk semua bilik dan geledah setiap inci!

Kemudian anak bujang Shidah kata dia tetiba dapat idea. Dia buat sesak nafas kononnya diserang lelah. Ibu dan ayahnya tidak tahu dan mereka betul2 ingat budak tu dah nak mati! Maka paniklah Shidah sehingga perompak bukak ikatan mata budak tu dan siap berikan ubat lelah! So dapatlah anak Shidah cam muka perompak!

Perompak mungkin ingatkan SB pegawai Kastam. Banyak gambar dalam frame dalam rumah itu yang menunjukkan SB bersama beberapa pemimpin negara! Jadi dia orang tak percaya apabila jumpa wang tunai RM7-ribu serta barang2 lain yang nilainya mencecah rm50-ribu.



Habis semua gambar2 perhiasan dalam frame yang tergantung di dinding diturunkan konon nak intai kalau ada peti besi tersorok macam dalam filem P Ramlee!

Apa yang dia orang tak tahu, si Shidah yang panjang sikit akal, sorokkan barang2 kemas dan duit lain di living area banglo mereka. Duit rm7-ribu tak sempat disorokkan. Hanya diletak dalam laci dalam bilik kerana pasangan suami isteri itu baru jer balik dari Perak pada jam 6 petang itu. Masih keletihan.

(Polis sahkan dalam setiap rompakan, jarang mereka mengeledah hall atau living area. Ini kerana barang2 berharga selalu disimpan dalam bilik. Ini satu idea!)

Walaupun Shidah dan SB terkilan kehilangan barang2 yang telah banyak meninggalkan kenangan termasuk jam2 berharga namun mereka bersyukur nyawa mereka anak beranak tidak ternilai!

Enam Jahanam itu jugak cuba melarikan kereta mewah SB tapi yang kelakarnya, kata SB, mereka semua masuk ke dalam rumah kembali dan bertengkar. Masing2 tak tahu nak bawak kereta SB yang automatik dan guna gear tangan! Jadi dia orang amik jer kereta proton Shidah dan tinggalkan kereta itu di sebuah pam minyak berhampiran! Dua tayar depan dipancitkan! Tapi dah jumpa balik.

Apa yang kita perlu pelajari dari pengalaman SB dan Shidah ialah turut saja apa yang dikehendaki penyamun. Jangan sesekali melawan! Jangan tunjuk hebat melainkan anda ada pistol!

Tapi yang kelakar kata Shidah, penyamun kenal barang ori dan palsu. Dia amik beg2 mahal Shidah termasuk minyak wangi berjenama! Tapi mereka campak pakaian dan barang2 seperti beg dan lain2 yang Shidah beli kat Bandung! Apapunj, mereka tak kenal kasut2 yang bernilai beribu ringgit dan berjenama Bruno Magli A.Aigner dan lain. Tapi habis semua seluar jeans disapu!!

Apapun, sebelum kami pulang, Shidah menyuarakan kebimbangannya untuk terus tinggal di situ. Takut berulang lagi peristiwa semalam. Kjee nasihatkan Shidah supaya tawakkal. Pasang alat penggera atau CCTV pun tak guna. Penyamun seperti itu cekap. Mereka masuk rumah terus cabut semua cable telefon dan internet. Profesyenal giler!!

Suami Shidah kata dia berdoa masa tu supaya polis jangan datang! Kalau polis datang, nyawa mereka tiga beranak mungkin melayang! Penyamun memang setiasa ketakutan. Bunyi alarm jam pun mereka terkejut dan letak parang pada leher SB, Shidah dan anak mereka!

Untuk pengetahuan semua, rumah Shidah baru sahaja dua bulan lepas direnovate. Polis tidak menolak kemungkinan info mengenai setiap pintu dan tingkap rumah telah disalurkan kepada perompak. Perompak terdiri dari rakyat tempatan dan Indon!
 

(MAAF GAMBAR LAIN YANG DIAMBIL NADIA SEMUA TAK CLEAR UNTUK UPLOAD SINI)

3 comments:

Anonymous said...

kjee ...lokasi rumah pun mengerunkan ni jenis 6 jahanam ala ninja buat keje sunyi je tahu2 dah dalam rumah...betol kata kjee depa ni jgn lawan sebab depa pun takut...tapi apepun syukur kaksidah sekeluarga selamat....genius juga anak nya...barang yang lesap boli d ganti walaupun ada sentimentel value ....ini iktibar untuk kita sama berhati2....norasmah

rahmah said...

Alhamdulillah k.shidah dan famili selamat....Rumah perlu dipasangkan dengan ayat pendinding. kalau perubatan shifaa teras asam jawa akan dipacakkan di setiap penjuru rumah dan di dindingkan dengan ayat A-Quraan. cara paling senang sebelum tinggalkan rumah baca 3 Qul di setiap penjuru dan tawakkal kepada ALLAH!

fara said...

kjadian sama pnah brlaku kat kdai makan mak sy.... semua prmpuan .. xde lelaki kat umah tue... perompak amik brg x tinggal satu apa pun.... letak parang potong ayam kat leher... dlm 15 minit... rm30000 habis dilarikan perompak....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...