Tuesday, April 5, 2011

196. Nasi Goreng Kampung






Hari ini hari paling malas dalam hidup Kjee. Dahlah tak sihat sangat sebab gastrik. Nak keluar makan pun tak larat. Kemudian teringin lak nak makan nasi goreng kampung. Malam tadi masa jumpa Shidah, dia orang ajak makan dekat food court berhampiran rumah dia. Unclepali makan nasi goreng kampung yang tak berapa kena dengan selera Kjee.

So Kjee masak nasi dan intai2 dalam fridge. Ada ikan cencaru goreng seekor, ada petai rebus. Ayoyo Aci, ini sudah ada baguslah. Boleh kasi taruh itu petai macam itu Mat Gebu punya nasi goreng laa. Ada jugak sambal belacan power Unclepali yang dia buat semalam. Cantik!

Rupa2nya Unclepali masa nampak Kjee tanak nasi, dah keluarkan ikan pelaling 6 ekor. Dia nak simpan balik tapi Kjee kata okaylah kalau makan ikan tu goreng garing2 dengan nasi goreng.Orang kata nasi goreng sedap kalau buat guna nasi sejuk (nasi semalam). Tapi arwah mak kata 'nasi sejuk ada banyak angin'. So Kjee guna nasi fresh. Sedap giler beb!

Maka mulalah  Kjee projek nasi goreng kampung. Dah lama betul tak buat nasi goreng ala2 kampung yang original. Fikir2 nak bubuh udang kering ke bilis? Akhirnya pilih bilis. Okaylah kita intai resipi.

BAHAN2NYA:

2 mangkuk nasi (Kjee guna beras wangi. Masak biar keras sikit)
4 sudu besar sambal belacan
2 biji cili merah (ditumbuk)
sejemput ikan bilis
seekor ikan cencaru  atau ikan apa2 baki semalam. Tak de no hal. (dicarik2)
1 labu bawang besar dihiris bulat2
2 biji telor
petai rebus (optional)

CARA:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cili merah yang telah ditumbuk kasar bersama bilis dan jugak sambal belacan. Tumis hingga garing. Masukkan garam dan serbuk perasa kalau guna.

Kemudian masukkan telor, biarkan telor keras sedikit, kacau2 dan masukkan nasi. Kalau nak masukkan ikan goreng lebihan semalam, carik2 dan masukkan.

Goreng sampai rata selama kira2 10 minit. Masukkan petai rebus. Pastu hidang bersama ikan goreng atau ayam goreng. pasti sedap. layannnnnnnnnnnnn.






8 comments:

Ummi said...

Salam kak Jie...waaah tengok nasi goreng kampung kak Jie adeeiii, leh ancusss diet Ummi...tutup mata la cepat2...btw, happy cooking k.Jie..hehe

cek chun said...

cannot tahan the petai..

Nin said...

Salam, Kjee. Ikan pelaling tu mcm mana? First time dengar.. Ada nama lain ke?

Kjee said...

nin: ikan kembong yang kecik2. kekadang orang buat laksa guna ikan pelaling.

Mat Gebu said...

Salam kak jee....Fuu yooooo!!!..apa2 yg ada petai ni memang menggoda kann....haha

Susall said...

yak eh....sdp nyer...

Susall said...

hmmm.....

Buzz Editor said...

Oooh.... this looks SO good. I hope I can translated it.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...