Wednesday, April 6, 2011

200. Salahkah Ibu mengandung?

Sembang Abby Fana di Sinar fm hari ni buat Kjee sebak.  Tajuknya: "Bagaimanakah hubungan anda dan adik beradik anda setelah ketiadaan ibu & ayah?".

Mula2 dengar Kjee senyum, pastu sebak, pastu tiba2 terlebih emo pulak. Kenapa Kjee mesti bersedih sampai meleleh2 airmata. Unclepali yang duduk sebelah Kjee di opis kami yang kecik di rumah ni, terkejut. Dia ni kalau tengok Kjee menangis, mesti ingat Kjee sakit.

Kjee tak boleh keluarkan kata2. Hanya Kjee kata sebak dengar lagu Merisik Khabar. Why pulak sedih, dia tanya berulangkali. Selalu awak dengar lagu tu tak menangis cam hari ini? Ala banyak lak soalan orang tua ni.

Semalam Kjee intai wall FB adik bongsu Kjee. Dia MC sampai bulan September! Wow lamanya. Dia ni pesakit kanser payudara tahap 4. Kanser tu dah merebak ke tulang temulangnya dan yang terbaru ke otaknya. Kanser kat otak sudah dioperate baru2 ini.

Wah camner Kjee tahu sedangkan Kjee tak pernah berkomunikasi dengan dia? Hantar mesej kat fon pun tak balas. Hmmm zaman teknologi canggih sekarang ni, apa pun boleh jadi. Kjee hari2 intai FB dia. Walaupun tak add dia sebagai FB fren, tapi nasib baik dia tak block wall dia.

(Sebijiklah macam lirik lagu Merisik Khabar. Boleh mengong dengar lagu tu)

Masalahnya, dia tak aktif update FB hari2. Tapi Kjee tak pernah gagal intai FB dia setiap hari. Kekadang apabila hati Kjee tak sedap, Kjee terus baca apa2 doa yang patut. Kjee rasa sebagai kakak sulung, seperti ada 'link' yang dasyat antara Kjee dengan adik bongsu Kjee ni. Pernah masa Kjee baik dengan dia dulu, Kjee sms dia sebab sepanjang malam tak boleh tidur ingatkan dia. Itu last dia balas. Rupa2nya dia memang betul2 sakit!

Masa dia operate kanser di otaknya pun, Kjee dapat tahu melalui wall dia. Dapatlah Kjee tengok gambar dia dengan kepala berjahit. Apa yang boleh Kjee lakukan melain mendoakan yang terbaik buatnya dari jauh!

Begitu juga dengan adik beradik yang lain. Ada seorang abang dan seorang lagi adik. Last jumpa abang masa pergi ziarah ke rumah Hani Mohsin enam tahun lepas ketika ibunya meninggal. Abang nampak Kjee, terus belah. Cian Unclepali. Dia tidak pernah berbual dengan abang ipar sendiri.

Stress kan hidup Kjee? 

Tapi apapun, Kjee bersyukur. Alhamdullilah Kjee disayangi suami, anak dan juga kawan2. Sekurang2nya kalau Kjee tak der nanti, Kjee yakin ramai kengkawan2 akan sedekahkan doa dan fatihah untuk Kjee. Terima kasih in advance!

13 comments:

  1. Mesti ada sesuatu yang buat perhubungan jadi jauh dan tak mesra..hanya kjee dan sibling saja yang tau....jangan jemu berdoa kjee agar tali yang putus dapat bersambung balik...bak kata pepatah..air di cincang tak kan putus.

    jaga diri baik baik kjee..cuaca pun panas semacam ni walau pun hujan...migrne suka menyerang time macam ni

    ReplyDelete
  2. lama dah tak terbit airmata bila baca wall blog kjee kesah ni menjurai airmata turun takpe le kjee kongsi lah dengan nor, nor akan selalu ikut ceta kjee.. kjee kuat tabah ceria dan mungkin ada juga rasa takut cepat sedih...tulah ungkapan kasih saudara masa berada.....norasmah

    ReplyDelete
  3. Salam, Kjee.
    Sorry to hear that. Saya tak tahu apa masalah Kjee adik-beradik. Tapi apa-apapun, sabarla, ye. Panjatkan doa kepadaNYA supaya ukhuwah Kjee dan adik-beradik dapat dieratkan. Hal serupa terjadi dlm family saya baru-baru ni dan ada seorang insan ni dah menjauhkan diri - boleh kata putus hubunganla sampai pindah negeri. Alhamdulillah, saya tak terlibat dalam salah-faham ni. Tak seronok kan bila usia dah meningkat, a small misunderstanding buat orang berbalah dan merajuk. Since I was not in the picture when it happened, I feel responsible to rapatkan kembli jalinan persaudaraan ini. Hari-hari berdoa and kekadang tu call or sms insan ni, walaupun tak berbalas. Saya ada amalkan satu doa ni, but my other half yg mimpikan insan ni, bukan I. Marilah kita sama-sama berdoa Kjee, moga-moga Allah buka pintu hati mereka untuk berbaik-baik semula dengan keluarga. Amin.
    Quoting the English adage: Let bygones be bygones.

    ReplyDelete
  4. Kjee..jgnlah sedey2 yer..kami ada..kjee bnyak memberi kami nasihat n tunjuk ajar secara langsung ataupun tidak..kjee juga bnyak mengajar kami tentang erti kehidupan, masak yg best2 n pengajaran dari pengalaman kjee sndiri. Tak ternilai ilmu yg kjee berikan. Sematkan didalam hati yang kami SAAYYANGGKAN kjee. Jgan terlalu stress nanti kjee sakit. Take care..muaahh :)

    ReplyDelete
  5. assalam kak jee..sedeyyy bca n3 kak jee nie..sebenarnya..kisah cmnie nie pn sedang terjadi dlm keluarga sya..kakak & adik perempuan sya tak bertegur sapa since thn lepas..sya hnya berdoa diorang akan berbaik semula..dh nama adik bradik kan..kak jee jgn bersedeyy sgt ye..jga kesihatan diri..cayangggg kak jee..;)

    ReplyDelete
  6. as salam kak jee ... saya dapat rasakan apa yang KJ rasai tentang adik beradik yang tak ' ngam ' ni .. saya sendiri ada seorang adik yang asalnya berbual, bergelak ketawa seperti saudara-saudara yang lain juga. tetiba satu hari .. dia bersikap pasif dan diam dengan semua orang orang termasuk mak dan ayah ( al fatihah untuk arwah ayah ). dia buat kami kecuali adik bongsu ( mereka ni memang rapat ) macam orang asing. Langsung tak di tegur dan kami tegur pun dia pun dekkk je. kini dah lebih dari 10 tahun dia bersikap dingin terhadap kami terutamanya saya. saya dah bertanya kepada adik yang bongsu ( yang rapat dengannnya ) dia pun tak tahu kenapa dan dia pun tak berani nak tanya kepada kakaknya kenapa tak mesra dengan mak dan saudara-saudara yang lain. asal kejadian dia bukan jenis pendiam pun. saya dah puas berikhtiar cara kampung .. tapi setakat ni tak berjaya. Kami tinggal dengan mak sekarang ni .. bilik sebelah menyebelah tapi tak bertegur sapa. Saya dah kering air mata mengenangkan sikapnya. Kalau nak dengar suara dia pun .. tika bersalam bermaaf-maafan di hari raya ( itu pun sepotong ayat je ditututkannya ) dan tika saya phone ke rumah .. dia yang angkat . Pendek kata .. bualan secara tak sengaja atau terpaksa. Kini saya dah mati akal .. tak tahu nak buat apa dah. Suami saya sendiri tak pernah di tegurnya .. apatah lagi berbual .. dan kami dah nikah 10 tahun pun.

    ReplyDelete
  7. salam..sedih apabila membaca coretan kak gee dan a few pengomen kat sini yg mengalami mslh dgn adik beradik..terutama selepas kematian org tua..setiap org ada mslh sendiri..walau apapun, sebaiknya bagi yg masih berupaya, sambungkan kembali silaturrahim kerana bimbang sebagaimana sabda nabi saw, bimbang jd penghalang untuk masuk syurga..

    ReplyDelete
  8. syahdu lak saya baca kisah k jee adik beradik...Apa agaknya ya yg nyebabkan break-off cam tu skali.?

    ReplyDelete
  9. kami pun dlu adik beradik pecah belah gak....tp bila dh umor meningkat ni (tua la tu) saling cari mencari (perempuan je la- 12 adik beradik, hanya 5 org je pompuan)

    ReplyDelete
  10. sedih pulak baca kak g nya cerita ni..tiba2 mcm nak nangis lak.....

    ReplyDelete
  11. betul la kak jee...adik beradik ni..kalo masa kecik selalu gelak ketawa...bila da besar...masing2 semua buat hal sendiri...

    ReplyDelete
  12. sebak baca luahan hati kjee ni..sue tahu rasanya cam na..walaupun dalam keadaan yng berbeza ngan kjee..kita tak leh puaskan hati smua org..bila nak sesuatu akan cari kita,if not,mereka akan cari silap kita..betul cakap kjee..selagi suami dan anak2 yng disayangi tetap bersama,serta Allah swt masih menyayangi..itu pada sue yng utama.

    ReplyDelete
  13. Arwah mak meninggal tahun 2008. Kami adik beradik seperti anak ayam yang kehilangan ibu walaupun ada abah. Terasa sangat ketiadaan mak, rumah sunyi. Abah asyik termenung merindui mak. 2 thn kemudian abah menyusul. Lagilah rasa kehilangan. Walaupun masing2 ada family sendiri tapi bila parents takde sangat lain. Kami 10 adik beradik semuanya perempuan. Alhamdulilah masih berhubungan dan menziarahi.Mesra tapi tidak seakrab semasa parents ada.... Rindu saat kegembiraan - sebuah rumah teres 3 bilik yg menjadi tempat berkumpul kami adik beradik + abg. ipar + anak saudara... bayangkan tapi boleh muat pulak semua....:)

    ReplyDelete