Saturday, April 9, 2011

209. Sup kaki ayam, sayur campur dan siakap berlada








Lunch kami hari ini. Simple tadi sedap jugak kan. Teringat kalau makan cam ni selalu Kjee buat untuk sahur. Bulan Ramadhan pun dah tinggal lebih kurang 4 bulan. Tak sabar rasanya.

Mula tak rancang nak buat sup kaki ayam. Ntah kenapa tetiba teringat masa tengah goreng ikan. Nasib baik ada stok dalam freezer. Mujur jugak ada pressure cooker. Kalau tidak kena rebus tiga atau empat jam. Makan nasi kalau tiada kuah atau sup, kekadang boring gak kan?

Sejak akhir2 ni Kjee seronok lak tengok Unclepali dah suka makan sayur. Kjee dan Nadia memang hantu sayur. Tadi goreng simple jer campur buncis, carrot dan cendawan shitake.Pastu campakkan beef cube. Siap.

8 comments:

maiza love said...

ni bukan simple nih..macam2 ada hehe..sedapnya sup kaki tu,tp kan maiza lebih suka makan leher ayam hehe..sedapnya..

cek chun said...

sup kaki memang peberet nih. kalau buat kerabu lagi umphh..
nak tengok jugak k jee punya version of kerabu kaki ayam ni

Along Maklong said...

sup memang feberet maklong..
x kira sup ayam ke daging ke ikan ke.. janji sup..

cik cek said...

Emmmm....sedapnya kak jee....macam2 ada ni....tambah2 nasi kalau makan lauk cam ni...

Cik Tanah said...

sedapnyaaa.. k.jieeeeeeeeeeeeee mahuuuuuuu!!!

MamaFaMi said...

Esh, reti bahasa betullah perut kita ni... bila nampak gambar menu Kjee, tetiba perut ni rasa lapar... hihihi...

ida @ 1001resepi said...

salam kJie,

sedap nampak hidangan tu, tapikan sup kaki ayam makan macam mana ya...tak pernah cuba lagi...:)

Kjee said...

ida: makan kaki ayam camner? ngap jer lah..hehehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...