Sunday, April 10, 2011

210. Ahad - Cuti Umum Ibu!


foto: ehsan cik google



Setuju tak kalau Kjee cadangkan  hari Ahad dijadikan cuti umum untuk semua suri rumah - isteri dan ibu?! Penatlah kami asyik kerja hampir 20 jam setiap hari. Kerja menjadi berkali2 ganda di hari Ahad.

Walaupun Kjee tahu semua wanita bertaraf DO (dapur officer) setuju tetapi sanggupkah mereka mengambil cuti di hari Ahad? Mungkin 99% tak sanggup (1% itu Kjee jer hehehe) sebab kalau mereka tidak turun padang, kucar kacir rumah tangga mereka.

Jadi untuk berlaku adil, apa kata dibuat mesyuarat agung bersama famili. Kalau tidak mahu bagi ibu atau isteri cuti, tugas2 di rumah dibahagi-bahagi sama rata. Sekurang2nya ringan sikitlah beban ibu/isteri.

Yang penting dalam agenda mesyuarat ialah tunggak utama famili iaitu ayah/bapak mesti turut segala garis panduan yang telah dirangka oleh DO. Kalau ayah/bapak tidak menunjukkan contoh untuk ikut pelan yang telah dirangka, satu kerja pun nanti tidak akan menjadi.

Semua kerja hendaklah dilakukan oleh bapak dan anak2 secara gotong royong. Dan ibu2 bertindak memantau keadaan. Atau dalam kata lain, jadi mandor.

Bolehkah korang lakukan semua tugasan itu yang selama ini dipikul di bahu ibu ataupun isteri? Hah baru korang sedar betapa berat kan? Habis selama ini korang tak kesian ke kepada wanita yang bergelar ibu ataupun isteri?

Tugasan anak2 yang boleh ringankan kerja2 ibu dihujung minggu ialah cuci kasut sekolah, gosok baju sekolah, vacum rumah dan mop lantai, cuci pinggan mangkuk dan sapu halaman.

Kaum bapak pulak apa salahnya di hujung minggu bangun lebih awal dan siapkan sarapan. Tahulah awak tak handal macam Chef Wan ataupun Chef Zam...tapi takkan setakat buat roti bakar, goreng telor atau buat air milo, pun tak reti kan?

Pastu untuk lunch, isteri bolehlah turun dapur sama2 membantu. Tapi kalau ramai tangan yang menolong - sorang masak nasi, seorang siang sayur, sorang siang ikan dan sebagainya, pasti kerja menjadi lebih ringan. Dan yang penting menyeronokkan.

Untuk minum petang pulak, fikirlah menu yang mudah2 seperti goreng keropok atau buat cekodok pisang. Semuanya harus jadikan usaha gotong royong.

Begitu jugak kalau untuk makan malam. Paling mudah menu makan malam ialah nasi goreng atau buatkan burger.

Jadi, apabila sudah dilatih seluruh keluarga untuk sama2 gotong royong sehari dalam seminggu ini, Kjee pasti selepas 4 atau 5 minggu, semuanya sudah jadi kebiasaan. Dan masa itulah, ibu2/isteri2 dapat berehat sepenuhnya pada hari Ahad.

Janganlah kita nak pentingkan diri sendiri. Memang hari Ahad adalah hari berehat untuk semua. Tetapi kenapa SEMUA itu tidak termasuk Dapur Officer?!

So renung2kanlah. Mungkin boleh mulakan saranan Kjee ni minggu depan. Lakukanlah ia sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan bukan untuk membebankan sesiapa! Kalau kita tak latih seisi rumah membantu menjalankan kerja rumah walaupun sehari dalam seminggu, sampai bila kita sahaja yang harus melakukannya?

Atau mungkin suami dan anak2 nak lihat kita terlantar sakit, barulah nak fikir hendak membantu!

6 comments:

cik cek said...

Setuju ngan saranan kak jee...cuma camana eek nak merealisasikannya....masih dok terpikir2 lagi ni....he he....

Along Maklong said...

maklong setuju..!! anak n menantu tak dapat cuti hari ahad.. (kerja pasar raya).. dorang cuti hari jumaat.. jadi pada hari jumaat jugalah hari cuti maklong.. dapatlah berehat..

Kjee said...

cik cek...kita dulu pernah didik oleh ibu kita kan? so macam mana mereka didik kita, follow jer lah. memang tidak boleh dibuat semalaman. tapi jgn give up mendidik mereka membantu kerja2 rumah!

Anonymous said...

kak jee..

saya memang train anak2 saya buat kerja rumah.. sekarang ni.. saya dah tak menggosok baju sekolah.. itu tugasan utk abang nak kakak.. (kira sorang gosok utk 2 org).. yang kakak akan tolong menguruskan adik2 yang kecik (5 tahun & 1 tahun) abang pulak buang sampah.. monitor adik2 yg darjah 3 & 4.. so fair n square kann.. part vacum kena ikut giliran.. kalau yg drj 3 vacum.. yg darjah 4 kena bukak hanger n gantung kat tempat yang sepatutnya n sebaliknya.. utk kerja2 dapur.. si abang n kakak 2-2 boleh diharap.. cuma saya lebih train abang utk masak memasak, sebab si kakak lebih sabar melayan karenah adik2 kecik tu.. so far.. ok.. walaupun ada masanya ibu jadik macam tarzan.. sekarang ni.. kalau ada tetamu.. saya tak payah sibuk2 buat air.. si kakak dah pandai settlekan semua tu.. segala apa yang ada kat dapo.. abes semua dikeluarkan..

hari minggu.. memang hari yang double busy.. sebab anak2 semua kat rumah.. disebabkan masing2 tolong ibu buat kerja rumah.. maka ibu akan reward dalam bentuk, masakkan apa2 yang diorang ni nak makan.. so, sapa nak ibu masak apa yg dia nak makan.. kena laa double rajin kann.. sapa malas, ibu pun malas nak layan (wpun tak sampai hati.. but have to, kena ajar semua ni.. time ibu ada, boleh la semua ibu buat.. kalau ibu takder.. macamana pulak kan..) yang pelik nya.. tiap2 kali buat makanan.. masing2 sibuk nak tolong kat dapur.. sampai kena halau.. (bukan taknak bagi.. tapi.. kalau dah sampai 6-7 orang punya tangan.. aiseh.. apa je laa yang boleh dimakan nanti..)

*abang baru tingkatan 1 & kakak darjah 6..

saya amat2 bersyukur sebab anak2 boleh diharap untuk membantu.. alhamdulillah..

kak jee.. kawan2 saya kata.. saya rajin memasak.. tapi.. sapa2 pun kalau berada di tempat saya.. akan jadi macam ni juga (unless kalau jenis yg 'menggenggam tangan'.. dengan anak 6 orang.. semuanya nak membeli.. parah juga.. kena berjimat cermat..

~ nana ~

Kjee said...

tahniah nana. patut dijadikan CONTOH!

perfume merahjambu said...

seronoknya hari minggu sebab selalu x pyh masak sbb klu tak mkn luar, ada kenduri, tak pun balik kg..mak lak yg masak :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...