Tuesday, April 12, 2011

213. Ketuk Jangan tak Ketuk!!

Salam semua. Tengah Kjee sibuk buat skrip Drama Bersiri 13 episod, semalam dapat call dari produser dari SM untuk teruskan buat skrip drama komidi 13 episod yang proposalnya mereka hantar ke sebuah stesyen TV swasta dua bulan lalu.

Ini yang Kjee malas. Sekali hantar proposal sampai banyak2. Ya lah mana nak tau yang mana satu nak kena kan? Tapi yang paling menakutkan ialah apabila semua jawapan dapat hampir serentak. Tak menang tangan nak buat babe!

Tetapi dalam hal keputusan atau greenlight datang sekali gus, Kjee selalunya amanah. Yang dulu didahulukan. Atau tengok mana yang nak segera start shooting.

Sejak dua atau tiga minggu kebelakangan ini, Kjee sudahpun mula menulis untuk satu skrip 13 episod jugak untuk stesyen tv lain. Dah hampir separuh jalan. Sebab itulah Kjee jarang update blog. Kalau update pun entry masakan sebab tak perlu guna sangat otak. Otak dah hampir kering menulis skrip.

Skrip 13 episod komidi terbaru ini cukup dekat di hati Kjee. Dalam banyak2 skrip komidi yang Kjee hasilkan, Kjee rasa ini yang paling mencabar. Tapi Kjee tak naklah ceritakan kisah apa. Nantilah bila dah start shooting, Kjee baru war warkan.

So have a nice week semua. Dalam Kjee sibuk mengetuk (bahasa wartawan untuk menaip),  Kjee sekali sekala singgah jugak di sini dan di FB. Mana boleh tak say hello kat korang. Rindu tau!!! Hehehe.

Dalam pada itu, nak mintak maaf banyak pada director kesayangan Kjee, Norliza Ismail sebab terpaksa tolak satu job buat skrip untuk beliau sebab kesuntukkan masa. Sepatutnya pagi tadi, jam 10am ada meeting dengan Liza dan Dato produser. Tapi semalam Kjee call Liza and told her my problem. Sayang Liza sebab tak marah.

Anyway, tak guna tamak kan? Kalau ada rezeki lebih diagih2kan kepada kengkawan penulis skrip lain.

3 comments:

MamaFaMi said...

Dearest Kjee,

I really salute you la Kjee. Boleh tulis skrip banyak-banyak macam tu, and yet, still ada idea lagi nak menulis di blog. Kita ni, nak tulis yang seciput kat blog tu pun, terkebil-kebil nak cari idea!

Anyway, kita doakan segala usaha Kjee untuk menyiapkan apa yang telah diamanahkan pada Kjee dipermudahkan dan memperolehi hasil yang terbaik. Amin.

Chaiyok Kjee!!!

Anonymous said...

hari2 intai oo blog kjee....walaupun pun pendek ade je sturi...ketuk kjee itu job makna ade pulush nor doakan kjee tak kering idea ..kalu keren cari je kami kat fb....norasmah

Kjee said...

thnx MamaFaMi thnx Nor. you all inspire me to write.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...