Wednesday, April 13, 2011

217. Kisah Artis dan 'Awnings'

teringin gak kjee nak guna awning camni hehehe - foto cik google



awning boleh butakan mata? foto cik google


Walaupun sibuk dan tak berapa nak okay hari ni sebab stress agaknya (terlalu lama mengadap PC), Kjee tetap jugak nak masukkan entry ini sebelum masuk tidur. Memang plan nak tidur awal sebab esok nak bangun pagi nak terus ketuk sebab takut tertinggal 'deadline'.

Apa hal yang Kjee sibuk sangat ni? Cerita penting sangat ker? Tak lah penting tapi cerita kelakar. Sepatutnya tak bolehlah nak ketawakan dia ni sebab dia tengah kesakitan. Tapi Kjee taklah nak ketawa berdekah2 tapi senyum simpul jerlah ya.

jelitanya wajah tanpa awning - foto cik google
Korang mestilah tahu ada tiga empat kerat artis yang tidak boleh lekang ngan 'awning'. Tahu ke apa itu awning? Laa bukan awning yang depa dok lekat kat luar rumah untuk elak sunshine. Tapi 'awning' yang ada segelintir species manusia yang dok lekat kat mata.  Konon nak bagi mata nampak lebih menggoda!

Ya ke kalau pakai awning nampak lebih menggoda. Isyhh kalau gitu esok Kjee nak ajak Unclepali pi Chokit pi carik sepasang dua, untuk nampak mata yang dah season ini lebih menggoda. Kahkahkah.

Apapun, alkisahnya, pagi tadi Kjee terbacalah kisah ini dalam sisipan akhbar The Star iaitu Mstar. Klik sini . Kjee harap korang sendiri baca sebab malaslah nak tulis panjang lebar pasal insiden itu.

Rupa2nya awning yang diharapkan dapat jadikan wajah ataupun lebih tepat mata semakin jelita rupa2nya boleh bawak padah! Siap ko artis2 seangkatan yang tak pernah lekang dengan awning! Kalau shooting adegan tidoq pun tak nak bagi mekap artis buang awning!

Species kaki awning ini ingat muka depa lagi lawa ker kalau pakai awning? Tadi Kjee duduk depan TV tengok filem omputih. Tak der pun artis2 barat guna awning! Kalau dia orang guna alat palsu, Kjee rasa hanya rambut jer kot sebab nak sesuaikan dengan watak.

Pastu Kjee bukak gak channel Hindustan kat Astro...apa nama dia channel Zee? Hah Kjee tengok tak der pun artis Bollywood yang guna awning.

Jadi, apa ke jadah artis kita (species awning lah tu), yang duk tayang awning siang malam kat tv tanpa buat homework samada penggunaan awning sesuwai ke tidak dengan watak?

Hah kan sekarang dah sakit. Kalau sakit boleh diubat tak per lah. Tapi camner kalau melarat sampai buta? Suami, anak2 dan keluarga jugak yang susah. Betul apa. Mata itu pancaindera paling penting. Jangan dibuat main2.

Kudung kaki boleh guna kaki kayu atau wheelchair (wilcha?), kudung tangan leh guna tangan besi tapi kalau mata dah tak nampak, pernah tak dengar ada spare part yang boleh bagi kita nampak?

Hai renung2kanlah.

11 comments:

Anonymous said...

hahhh .. ini kali ke 3 saya check ada citer baru tak dari KAK JEE. he he .. betoi dah kemaruk ngan blog KJ nie. Sukernya .. dapat juga baca celoteh KJ malam ni. Betoi cakap KJ ..artis Malaysia ni OVER sangat dengan pemakaian awning nie. Rasanya RCW yg jadi trendsetter nya ... ( sorry kalau salah eja tu ). zue ...

Anonymous said...

kjee awning ni pernah cuba pakai tapi takleh pedih...... takyah awning hujanpanas kena gak....artis atas sejadah pun awning maintain apelah tipu je tak re...al langsung....ade tu macam penyapu..macam burung merak pun ade...norasmah

mama ju, said...

Aslkm Kak jee

Salam sayang dr saya. Hehe first time masuk tu pun baca kat En Mat gebu kita. Salam kenal, nanti saya explore lagi, saya dah list blog ni. bye

mala said...

assalamualaikum kakjee - awning rumah dengan tudung tau la hehehe

Kjee said...

alamak mala. bahagian depan tudung pun orang panggil awning gak kan. wah versatile sungguh perkataan tu. hehehe

izahdaut said...

betul tu kak je..kadang2 drama jadi org kampung pakai awning..marah mak saya..hahhaa

Ummi said...

Hahahhaha...nak tergelak gak...ayat k.Jee berdesup masuk jantung...hehe..tp tu la kan..sapa makan cili dia terasa pedas...last2 pedih mata eks...tp kalau dah sampai boleh bawak hilang penglihatan tuh...adeeeiii..kesian sungguh la kan.. Mmg perasan kan, ada beberapa kerat artis yg xleh lekang dgn awning ni...Ummi xleh lekang dgn awning dapur (hud dapur) jek...hahahhaha...

~Norul Mas Hana ~ said...

first time saya tau benda alah tu dipanggil awning jgk yer...haha..sblom ni saya tau awning umah ngan tudung je...hahaha

Isteri Yang Comel said...

owh kak jee nama dier awning yer.. baru tahu, baru nak berjinak try pakai, cancel terus nak pakai

Iza Akma said...

fuhh...tajam betul cerita kjee nie..sapa mkn cili dia lah rasa pedasnya...tp mmg betul kjee, bukan awning jek...pakaian pun masyaallah dah sendat nak sendat lagi...kita yg perempuan ni pun tengok malu...rasa malu depa tu letak kat mana ek...??

btw, seronok baca tulisan2 kjee..kekadang tu tersenyum sendiri..

perfumemj said...

hi..baru terjumpa blog ni..byk cite2 menarik i folllow u...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...