Saturday, April 16, 2011

224. Rest Hayaki, Platinum Walk Danau Kota

nadia makan pulut mangga

Nasi Ulam dan Ikan Goreng ada Budu sekali

Nasi Dagang Ikan
Unclepali terliur tengok lalu order lagi satu



Kalau Kjee pergi makan buat kali pertama di sebuah kedai makan baru, omputih kata First Impression penting. Kalau kali pertama makanan dia okay, ada canlah nak singgah buat kali kedua.

Tadi Kjee pergi makan malam (eh supper lah) di Restoren Hayaki, Platinum Walk Danau, Kota Setapak. Kjee tadi singgah di blog Dr Ina Harlina sini  , adik yang Kjee sayang sangat. Kjee tengok bukan main selera lagi makanan yang ditayangkan kat blog dia. So Kjee bagitau Unclepali. Dia kata okay jom pergi sekarang.

Nak bagi tau sikit, Kjee ni memang tak suka ke kawasan situ waktu malam kerana jam giler. Di situ ada Uptowm setiap malam. Dan memang susah hendak dapat parking kerana terlalu sesak. Apapun, banyak eateries kat situ yang best2.

Tadi Unclepali round dua kali baru dapat parking. Itu pun double parking. Parking murah jer RM1.

Hayaki ni kedai orang Melayu. Tak silap Kjee orang Pantai Timur kerana makanan dia ala2 makanan Kelantan/Trengganu. Siap ada budu, Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan macam lagi lah termasuk Westeren.

Tekak Kjee memang lama dah teringin nak makan Nasi Dagang. Memanglah tak boleh tanding Nasi Dagang kat Tanjung Api, Kuantan. Tapi daripada tak ada okaylah.

Nasi Dagang dia lembut dan rasa okaylah. Unclepali makan set nasi dengan ulam dan ikan kembong goreng. Anak dara Kjee pulak diet laa konon. Makan pulut mangga jer. itu pun sedap.

Kalau cam ni boleh datang kali kedualah, Kjee kata dalam perjalanan balik dengan disambut sama oleh Nadia. Hayaki bukak 24 jam. Bagus bagus bagus. Kitaorang ni kekadang tengah2 malam buta kalau sibuk buat kerja, sebelum nak mengantuk, terus keluar cari tempat lepak. Sekarang dah ada port baru! Thnx to Dr Ina yang kusayangi.

Hayaki bukan sahaja dibuka 24 jam macam 7-Eleven yang terletak di sebelahnya tetapi juga ada free Wi-Fi. Siap promo lagi. Lain kali nak mintak tokeh dia diskaun. Hehehe

5 comments:

  1. betul. nanti dah siap kl city festival shopping mall lg bertambah sesak. skrg teksi pun kalau petang tak nak lalu situ. kena pusing jalan lain. jenuh tunggu nak masuk simpang.

    ReplyDelete
  2. K.Jee...apa kata buat entry pasal nasi dagang Tg Api tu...hehehhehe

    ReplyDelete
  3. K Jee.. Berkali2 K Jee sebut pasal nasi dagang Tanjung Api. Saya dok Kuantan pun tak tahu kedai yg mana... Tolong citer sikit exactly kedai yang mana... Nak gak rasa sbb nasi dagang yg paling best pernah saya rasa sejak 12 thn dok Pantai Timur ni ialah kat Kuala Terengganu...

    ReplyDelete
  4. cool lean: Kedai nasi dagang yang sedap tu, depan pasar Tanjung Api. Kedai yang paling hujung. Pasar yang ada jeti tu. Nama kedai dia Kjee dah lupa. nanti Kjee tengok ada tak gambar2 dia kami amik hari tu.

    ReplyDelete
  5. aduhai..hrtu bce kt blog k.ina..kli ni akk ple...huhu..npelh dh blik,bru post entry ni...sdihnyer...lmbt lgi nk blik mesia ni....trliur sye nengok...:-(

    ReplyDelete