Saturday, April 16, 2011

Cekodok Jagung bubuh Sotong





Kalau tekak dah teringin tu, eloklah cepat2 turun ke dapur buat kan? Kalau tidak, nanti kempunan. Kjee dah tiga hari tiga malam nampak tin jagung manis kat pantry, tapi tangan ni berat benor nak buat cekodok ni.

So, pagi tadi, di celah2 kedinginan pagi ekoran hujan lebat ntah dari pukul berapa, Kjee pun projeklah sorang diri kat dapur sebab dua penghuni lain tengah ngorok lagi.

Bukak freezer, udang tak der. Adoi...rosak ler program cam ni. Tetiba teringat semalam dah keluarkan sotong tapi tak jadi nak goreng. Sotong tu Nadia bubuh dalam peti ais. Hah, ada idea. So sotong tu Kjee hiris hiris.



Kemudian selongkar lagi peti ais sebab malas nak tumbuk cili. Kjee tahu ada cili hidup campur cili api bersama bawang yang Kjee dah blend dua hari lepas. Konon nak buat nasi goreng tapi tak jadi sebab Unclepali masak nasi lembik. Hah ada pun! So masukkan jugak cili blend tu lah.

Selongkar pantry jumpa tepung gandum. Nasib baik ada kalau tidak, aku balun tepung roti. Janji nama dia tepung kan?

Kjee guna dalam 4 cawan tepung. Pastu jagung manis (bukan yang berkrim) yang ada separuh tin yang Kjee simpan dalam bekas dalam peti ais, Kjee keluarkan. So dah ada jagung, cili, sotong dan apa lagi hah? Garu2 kepala dan nampak lak Maggie Chicken Granules. Hah itu pun akan ku jadikan mangsa.

Kjee masukkan tepung dalam besen, bancuh dengan air, masukkan sotong, cili blend dan jagung. Pastu masukkan juga kira2 dua sudu besar chicken granules. Rasa sikit. Bubuh lak sikit lagi garam. Okay dah siap.


Bubuh frying pan atas dapur, tuang minyak, tunggu minyak panas dan tuang satu demi satu sudu bancuhan sampai penuh pan. Kemudian slowkan api. Itulah cara nak rangupkan cekodok. Api tak leh besar tak boleh kecik sangat. Sedang sedang saja.
 
Itu jer. Tak sampai setengah jam, dah boleh makan. Kalau bubuh daun bawang yang dihiris pun okay gak kan? Tapi tadi lupa lah. Kalau nak cuba, silakan. Tak paksa.

3 comments:

KSWSK said...

slalu jumpa cekodok jagung tp ni 1st time ada sotong skali..

Iza Akma said...

wahh, ini dah lain drpd kebiasaan...selalunya buh udang...tp yg ni ada sotong...bagus2..dpt idea baru..tentu sedapkan...dah sotong goreng tepung pun sodap...ini kan dah jd cucur lg lah sodap..

Mama Sally said...

askum kak Jiee....mohon share resepinya ya..tima kasih kak jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...