Sunday, April 17, 2011

232. Rest Minangkabau Upik, Jln Raja Alang

camni lah rupanya restoren atau gerai upik


restoren ni memang ramai pengunjung

Miu...tokeh muda yang suka senyum

antara lauk pauk

antara lauk pauk

antara lauk pauk

lompat tikam. rm1 satu. sedap sangat.



Tekak Kjee tiga beranak sama jer. Kami semua suka makanan India, Cina, Jepun, Mamak, Minang, Thai, Arab dan Western. In fact semua sukalah, senang nak citer. Makanan Korea pun fav jugak. Janji rasanya cukup.

Kjee dan Nadia lagi adventurous dari Uncepali. Semua kami pulun. Unclepali bab makan memilih sikit especially ikan. Ikan sungai dia tak makan. Kalau makan pun sebab nak amik hati Kjee. Kjee dan Nadia pantang semua...pantang tengok!!

Kalau maleh nak masak,  kami tiga beranak selalu bertekak. Bila Kjee tanya nak makan apa, dia orang diam. So Kjee setkan lah nak makan kat mana. Kalau dia orang komplen, time Kjee pulak mengamuk. Habis tu kita tanya nak makan apa, dia diam. Bila kita dah cadang pandai2 laku nak tukar kan?

Hari ni Nadia kata nak makan luar. Mama tak payah susah2 nak masak. Since kitaorang nak pergi Mesjid India beli tudung, Kjee suggest makan kat restoren Upik, masakan Minang.

Masa dalam perjalanan nak pergi, lalu depan LRT Keramat, Kjee nampak gerai2 dalam pasar yang jual nasi. So Kjee ceritalah dulu masa arwah bapak Nadia ada, dia suka makan kat situ. Nasi Kandar Suberi, Kjee kata. Unclepali tetiba kecur lak dengar Nasi Kandar. So dia suggest gi Nasi Kandar Kudu kat Jalan TAR. Oklah. Sedap gak.

Kjee kata nanti kat Kudu amik gambar sebab ada citer pasal kedai itu. Itulah kedai nasi Kandar favourite allahyaham P Ramlee. Sampai depan Kudu, ramainya manusia. Parking tak der. So memang hari ni rezeki nak makan minang.

Kami pun ke sana. Lauk banyak belum siap. Maklumlah belum pukul 12tgh. Tapi okaylah. Apa yang kami nak semua ada kecuali ayam kampung bakar ala percik. Best sangat.

Lepas pilih lauk pauk, duduk kat meja terus pulun. Lapor sangat. Unclepali lupa nak amik gambar hidangan kami. Hehehe. Tadi Kjee makan nasi separuh (itu tak habis) dengan ikan keli masak lemak cili api dan kacang buncis goreng berlado. Pastu amik sepiring jering masak rendang. Selalu jering masak lemak. Tapi yang ni best gak tau.

Unclepali makan otak lembu, ikan tenggiri dan bergedil. Nadia pulak makan lauk jer. Ikan masak gulai dan sayur buncis cam Kjee punya. Tapi dia makan dua mangkuk lompat tikam.

Kjee bagi 4 bintang kat restoren ini. Nak kata restoren taklah taraf restoren tapi taraf gerai yang besar. Makanan dia sedap dan amat berpatutan. Tokeh dia, Miu (baru tadi tahu nama dia) anak muda yang sangat mudah lemparkan senyuman. Kita nak makan pun rasa senang hati.

4 comments:

kak ina kl said...

wah boleh singgah ni..sebab suka gak makan masakan minang..al maklumlah duk kat kawasan kampung orang minang..

seronok gak baca kisah-kisah kak jie..

Anonymous said...

salam kak jee. minat masakan minang ye. pernah tak cuba yg kat gombak batu 5 (tak salah nama kedai dia rose)? opposite kedai nasi ayam mengcongkam. sebelah kiri dia masjid sebelah kanan (jauh sikit) pasar gombak yg ada maybank tu. lauk cincang dia lebih sedap dari minang saiyo. teh tarik dia mmg antara attraction dia dah berpuluh2 tahun.

Mama Nazhan said...

Salam kak Jee. Saya orang minang dan memang suka mencari makan di kedai-kedai minang..thanx for info. :)

LugieAmir said...

salam k.jee... saya setiap minggu sekali mesti ke UPIK.. for your info sekrg UPIK dah berwajah baru..kedai dah cantik! makanan...errmm masih tiptop cam dulu..& si MIU mmg peramah seperti selalu :-)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...