Monday, April 18, 2011

234. Pokok Limau Purutku





Selama ini Unclepali asyik kena sengih kat jiran bila Kjee suruh dia amik daun limau purut sebelah rumah. Masam muka Unclepali bila diberi tugasan cam tu. So tadi masa dalam perjalanan ke Beranang, Kjee suruh Unclepali stop kat nurseri tepi jalan ni.

Dah dua tiga kali Kjee nampak nurseri ini tapi tak jugak singgah2. Unclepali ni kalau nak singgah, kena bagitahu awal2. Kalau tidak dia tak suka. So hari ni jauh lagi Kjee dah bagitau hasrat Kjee.

Hah dapatlah tiga anak pokok limau purut yang comel2 dengan harga RM7 satu beg hitam. Ingatkan nak beli yang dah berbuah tapi muat pulak nak masuk kereta. Lagipun, kat boot kereta dah tak ada ruang lagi sebab letak wheelchair Kjee.

Satu sen pun nyonya tu tak nak kurang. Tiga RM21 dia  kata. Langsung tak nak senyum pun walaupun Kjee sengih2 mintak belas ehsan (hehehe). Kjee bagi RM50. Kelamkabut dia tak der duit kecik. Dia keluarkan baki RM30 dan tunggu Kjee hulur RM1. Kjee geleng kepala. Akhirnya dia kata bayar RM20 jer.

Hah itulah taktik yang harus dibuat kepada peniaga yang kedekut sangat! Kalau arwah mak dia akan kata...hei takkan tak leh kurang langsung. Niaga kat supermarket ker? Hehehe kat supermarket kan dah fixed price!

So happylah Kjee dapat anak pokok limau purut ni. Tapi, jangka hayatnya tak boleh nak kata. Kalau Kjee jaga ok jugak. Tapi kalau Unclepali...oppps, perang lak nanti. Mak mertua Kjee pernah bagi banyak pokok cili api, daun kesum dan sireh. Masa gi angkut dari kampung, segar bugar. Sampai rumah kami, seminggu kemudian jadi kering kerontang! Dah malu nak suruh mak semaikan lagi pokok. Hehehe.

Dulu hobi Kjee ialah tanam pokok2 herba. Pernah Kjee tanam segala jenis tanaman herba seperti cekur, kesom, cili api, serai, lengkuas, kunyit, halia, bunga kantan dan macam2 lagi belakang rumah. Tapi apabila Kjee mula sibuk, pokok2 tu mengucapkan selamat tinggal kepada Kjee.

Kalau pokok limau purut ini sempat membesar, Kjee akan terus upload gambarnya dari masa ke semasa. Kalau sonyap jo, pepaham lah kan!

5 comments:

cik cek said...

Kak Jee...kalau cek bab tanam pokok...memang kurang sikit...sebab kalau beli yg cantik dalam pasu...pas tu bwk balik rumah...selalunya tak pjg usia...
Ckp kat mak mertua tak leh tanam pokok...tgn panas...mak mertua jwb...bukan panas tapi tak rajin....he he...ya kot...:-)

mala said...

cikcek kita mcm satu spesis hehehe.. kakjee, mala punya liau purut ada daun saja sebatang dia naik tinggi :-)

Anonymous said...

kjee mak angkat nor tanam pokok ni sambil cakap aku bukan nak makan buah dapat daun pun jadile...ha jawapnya sampei sekarang pokok tu tak pernah berbuah tapi beso nya daunnya kan main lagi...man tanam dalam pasu beso je alhamdulillah pokoknya hidup...banyak gunanya pokok ni daunnya kita tambah hiris dalam bunga rampai dan dalam masakan dah mesti ....norasmah

Kjee said...

mala: at least ada gak daun. kita tengok apa jadi kat Kjee punya nanti.
nor: nak guna petua your MIL.
cik cek: apa pun, the moral of the story is, kita kena rajin. kalau tidak, tnam jer pkok plastik hehehe

Anonymous said...

MEMANG ler KJ .. kalau berurusan dengan 'ca-ya-nun-alif' nie ... 10 sen pun tak kan dikurangnya. Melainkan dia kenal betul kita ni. Kekadang terasa macam dia nak ajar kita .. orang MElayu ni .. tapi dengan bangsa dia .. tak pasti pula .. dia berkira tak. Tapi kalau kita yang berniaga .. dia tawar sampai ke paras hidung. Paling nyakit hati .. lepas tu dia tak beli pun. Dia kata barang yang kita jual mahal tak berkualiti. CEhh !!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...