Wednesday, April 20, 2011

241. Jalan2 Cari Makan - kopitiam laa pulak...






 Sejak muncul banyak kopitiam kat Kuala Lumpur ni, Kjee pasti ramai dah ada pilihan mana nak pilih. Kopitiam maknanya kedai kopi tapi kenapa harganya tak sama macam harga kedai kopi apek? Apakah kerana ambience (suasana dalam kedai) atau banyak sangat extras berbanding dengan kedai kopi apek yang gelap dan suram? Entahlah.

Kopi yang dibubuh dalam cawan sama seperti kedai kopi apek, dijual hampir 3 kali ganda lebih mahal. Cawannya sudahlah kecik, pastu tebal pulak. Tiga kali hirup, dah habis.

Pastu roti bakar dia. Biasa kat kedai kopi apek, roti kahwin (roti bakar bubuh butter dan kaya) cuma RM1.20. Tapi kat kopitiam sampai tiga atau empat ringgit!

Tapi orang tetap pergi. Sebab apa? Status beb! Dulu kat Taman Melawati ada Bangi Kopitiam yang dikatakan dimiliki oleh Kid Search. Ada yang kata guna jer nama Kid jer. Wallahualam.

Masa mula2 bukak dulu, punyalah ramai penduduk Taman Melawati dan dari kawasan lain yang sewaktu dengannya memenuhi setiap ruang Bangi Kopitiam. Kjee pergi dua kali jer. Eh tiga kali. Kali ketiga Kjee pergi sebab Seniman buat majlis penyerahan sumbangan untuk artis kurang upaya di situ.

Sekarang Bangi Kopitiam sudah bungkus kat Taman Melawati. Sebabnya? Ramai sangat complain makanan dia tak se gah ambience restoran. Yang penuhkan tempat tu rata2 orang lepak minum kopi jer. Sebab itu bungkus. Kjee pun setuju pihak management Bangi Kopitiam kena antar chef mereka pergi kursus masakan. Oppps.

Nak pergi ke Old Town White Coffee, Kjee dah serik pulak. Tiap kali pergi ke OWC kat Rampai Business park, Kjee order toast yang bila sampai ke meja dah sejuk! Pantang nenek moyanglah kalau makanan yang sepatutnya dihantar ke meja kita panas, jadi sejuk. So, goodbye OWC.

Kemudian Kjee discover pulak Pak Li Kopitiam kat Danau Kota. Dulu Kjee pernah tengok restoren ini kat Bukit Rahman Putra.  Kjee lalu jer depan restoren tu tapi tak singgah. Hanya selepas Pak Li bukak di Danau Kota barulah Kjee jadi pelanggan tetap.

Dalam banyak2 Kopitiam, Kjee rasa makanan di Pak Li paling sedap. Macam2 ada. Nasi lemak sedap, Lontong sedap (sekarang dah tak der), toast dia sedap, air pun sedap! Hah sikit punya promo. Satu lagi, dia punya nasi ayam lemon pun kelas. Hanya bubur nasi dia ada kureng sikit. Atau apakah Kjee ni cerewet sikit. Kalau makan bubur nasi, buburnya mesti betul2 hancur dan halus.

Harganya kira kira 20% murah dari kopitiam lain. Dan toastnya dihantar ke meja kita ketika masih panas!

Itu jer, tulis lebih2 nanti, ada orang kata siapa Kjee ni? Berlagak macam pengkritik makan! Isyhh betul. Tadi ada Kjee baca komen kat FB Kjee. Susahlah sebenarnya nak puaskan hati semua yer. Habis nak buat camner. Yang buruknya selalu dari kita dan yang terbaik dari Allah Swt!

GAMBAR DIATAS SEMUA DARI PAK LI KOPITIAM, DANAU KOTA

15 comments:

Mas said...

kak jee..memang nampak sangat sedap menu2 tu...
mas tak pernah try lagi makan kat pak li kopitiam ni..boleh try nanti..
ala kak jee...betul la yg kak jee cakapkan...
klu dah tak sedappp...cakap la tak sedapp kan..buat pe menipu..kalau sedappp..kita cakap sedap sebab boleh dikongsi ngan orang lain...

✿❤Cik Izan❤✿ said...

nasi lemak dia nampak sedap betulll...

Kjee said...

memang sedap. sambal dia kaw kaw. pastu siap ada serunding ikan! kjee rasa tukan masak dia orang kita lah.

mala said...

Bangi Kopitiam Setiawangsa pun dah lengang ... tunggu hari kot :-)

maiza love said...

amboi kak jee..byk nya mamam..jeles la hehe..mesti sedap kan..nyum-nyum ^_^

cek chun said...

k jee, kalau dah makan lepas tu tulis itu sedap, itu kurang sedap, itu lagsung tak sedap, barulah boleh dikatakan mengulas secara ikhlas.

jangan sampai semua benda kerja sedap, sempoi, cukup rasa macam si Qi cakap dalam JJCM sekarang. failed.

lagipun, k jee menulis bukan dibayar oleh sesiapa kan.. just be urself.

Kjee said...

mala, sesiapa yang pernah makan kat BK yang boleh komen pasal makanan dia. I reserve mine!

secangkir madu merah said...

nampak sedap ya makanan2 tu, sudah tentu berbaloi dgn harganya kan kakG?

Kita jadi pengkritik makanan sbab itu hak kita sebagai pelanggan, sedap pun kita beritau dan yg tak sedap apatah lagi kan? kalau saya, saya rasa sepatutnya saya ucapkan terima kasih pada org sperti kakG yg rajin jalan2 cari makan dan berkongsi dgn kita apa yg sedap mana yg tak sedap.. dgn cara itu secara tidak langsung menjadikan ia sebagai panduan so that bila kita nak gi makan kita tau mana yg sedap mana yg tidak kan kakG?

.

CT NoArIzAh ArIs said...

Wahh kjee rajin jln2 cari mkn.. syukurlah akk smkin sihat skrg...:)

Kak Ezza@makcik blogger said...

saya dan suami pun selalu lepak kat pak Li..makanan dia reasonable dan portion dia pun banyak..sedap lak tu..

kopitiam lain saya tak masuk sebab tak da tanda halal...was was gak..

Suhaiza said...

Kjee, sue nak share sikit pasal Bangi Kopitiam caw Sg. Buluh. Kopitiam ni punya setup bukan main la grand, siap ada props beca lagi. Sebab dah nampak mcm best lagi pulak masa tu orang kata koptiam tu kid search punya, sue & hubby pun try la makan kat situ. Ternyata indah kedai dari makanan, kami order koetiaw sup, yg sampai koetiaw ngan air sejuk kosong. Koetiaw tu dah la x dak rasa, sup dia pulak sejuk..aduhai. Teruk betul makanan kat situ.

Kjee said...

hehehe suhaiza. itulah jugak pengalaman kjee. maleh nk cakap sebab kid kata dia punya. rupa2nya bukan. kawan kjee pernah nak bukak BK. dia kata bukan kid punya tapi orang cina! mahal giler nak dapat lesen franchaise BK. pastu mesti uruskan restoren itu sepenuh masa. tak boleh serahkan pada pekerja! terus kawan kjee tak jadi!

Anonymous said...

Dulu mmg suke gi kopitiam tapi sejak 2menjak byk sgt cite ttg keraguan dr segi pekerja, masakan, peti sejuk n bagai2 dlmi peyediaan mknan halal skrg mmg seboleh2nya x kan masuk kopitiam lagi. Yg pastinya Kedai melayu pun masih berlambak....

LindaRahim said...

bestnyer makanan...hihi...x kesah berapa rege...kalau sedap, org x komplen la...

Anonymous said...

ye la kjee..pak li kopitiam memang best..price die memang reasonable!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...