Thursday, April 21, 2011

244. Sambal tempoyak...perghhh pengsan jap


Bagi korang jamu mata sekejap. Rasa2nya kalau sambal tempoyak ni, ikan sepat pekasam dan terung bakar tu, berapa pinggan agaknya, korang boleh habis. Hehehe. Susah nak cakap kan? Apalagi kalau ada sambal ayam yang kaw kaw punya!!

Hah inilah lunch Kjee dan Unclepali tadi. Walaupun sibuk, Kjee curi2 masa gak ke dapur. Isteri Mithali lah pulok..perasan. Mulanya suruh Unclepali goreng ayam jer sebab nak buat sambal. Nak makan dengan Nasi Impit yang rebus malam tadi. Pagi tadi dah pekena nasi impit dengan serunding daging. So tengah hari nak gak pekena sambal yang pedas sikit.

So sementara Kjee layan buletin tengah hari tadi, Unclepali dulu masuk ke dapur goreng ayam. Lepas tu Kjee pulak masuk dapur. Blend semua yang diperlukan untuk buat sambal dan mulalah menumis sambil duduk. Duduk? Hah OKU kenalah duduk sambil masak kan!

Masa Kjee menumis, Unclepali duk selongkar fridge. Satu demi satu barang dia keluarkan. Aisey man dia keluarkan mangkuk tembikar yang mengandungi tempoyak yang Kjee buat. Pastu dia tayang lak terung. Nak bakar dia kata. Pastu ada lagi yang lagi gempak! Ikan sepat pekasam!

Unclepali goreng dulu ikan pekasam. Kemudian dia capai lesung dan tumbuk cili api. Kemudian bubuh dalam piring dan angkat tutup bekas tembikar yang ada tempoyak. Masa tu jugak perut Kjee terus berkeroncong. Habis Kjee siap buat sambal ayam, Terus bakar terung.

Dah siap semua, Unclepali boleh tanya pulak...nak makan sekarang ker? Eh kenapa lak nak tanya kan? Anak2 meow Kjee dah berkerumun kat dapur sebab bau ikan pekasam yang amat dasyat.

Maka duduklah kami suami isteri mengadap makanan yang tertera ini. Apapun, Kjee tetap maintain. Nasi separuh pinggan jer. Sedap macam mana pun, susah nak tambah sebab perut ni memang dilatih macam tu. Unclepali siap tambah lagi. 

First time buat tempoyak yang diajar oleh adik2 page Kongsi Resipi di FB. Sedap betullah. Masih terasa durian yang fresh. Tak masam. Memang Kjee akan terus buat tempoyak sendiri kalau musim durian.

Hari tu ada kawan FB kata anak2 dia kalau siap jer tempoyak yang dia buat, masing2 bawak piring untuk ratah. Kjee rasa pelik masa tu. Ratah tempoyak? Now I know why..eh makan tempoyak masih boleh cakap omputih lagi. Hehehe.

Itu jer lah nak gormal. Jap lagi nak rehat pastu sambung ketuk skrip. Jauh lagi perjalanan ku. Layannnnn.


11 comments:

anymz said...

aduh kjeeee,terliur kecur habih dah ni hah..dah makan lapar balik..:)

('',)kapie_art'sLover('',) said...

wahhhhhh..!!! sedappppp..!!! sy pon nak pengsan jap...!!! godaan ni... nasib bek ni bukan bulan puase... huhuhu.. :)

Ibu Nor said...

Assalam~~~perrrrggggggggg gerammmm tengok n3 kjee harini.........perottt dah mengeluarkan bunyi-bunyiannnnnn. adehhhhhhhh. Nak bagi info pada kjee, ibu pernah beli ikan pekasam kat pasar tani hari ahad pagi di danau kota (tempat yang sama dgn uptown)OK juga ikan nya....tapi dah lama ibu tak p sana, sbb hari ahad bz mengemas rumah daaaaa.huhuhu :-)

anakbulan said...

Kak Jee, nampak menyelerakan. Sungguhpun lauk pauk simple tapi klass! Bila tgk ikan pekasam, teringat kat kampung. Aduhai~ hehe ;).

Ija Zambry said...

kak jee!! (nangeesss..nangessss...nangess...) tempoyakkkk ohhhh mane nak cari ni

Anonymous said...

perghhhhhh!!!!..ngencessssss

~Norul Mas Hana ~ said...

kak jee,
pantang saya ngan tempoyak ni...pantang nampak....sedapnyerrrrr!!!

Anonymous said...

kak jee ... minta lerr resepi sambal ayam tu ... tak pernah makan n buat pun

Anonymous said...

kjee nor memang tak makan durian tapi dek sebab tak tahan kena kata gan keluarga mertua yang tua2 le kalu yang muda dah ku bagi penumbuk nor cuba le makan tempoyak dengan syarat rasa durian dan bau tu dah hilang bau masam je yang ade....lama gak nak kenal hampir 10 tahun lebih sekarang ni nor dah boli makan tapi kena masak le kena gaya nya nor makan tak kalu jangan semawa le...ini lah pengalaman bernikah dgn orang baling yang banyak dusun.....nanti tahun depan man dah pencen rumah nor dah siap kjee datang lebih lagi masa musim buah nor jamu kjee durian dan bawak balik tempoyak....masak sambal bilis tempoyak, masak sambal daun kayu tempoyak,buat masak asam rebus ikan darat tempoyak....norasmah

Kjee said...

resipi sambal ayam? ala kjee buat sambal biase. blend cili kering, bawang putih dan bawang merah. pastu tumislah. bila dah garing, bubuhlah perasa. garam, asam keping dan pak aji. pastu masukkan daun limau purut yang dah diricik halus2. kacau. pastu masukkanlah ayam yang dah digoreng terlebih dulu. itu jer.

Eja said...

kjee..cemana wat tempoyak yg best tu pulak..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...