Thursday, April 21, 2011

246. Jom makan durian

Nadia minum guna pangsa durian

gambar gelap

yang longgok ni elok buat tempoyak

Hmm dalam masa dua minggu dah tiga kali makan durian. Nasib baik lah dua tiga hari hujan memanjang. Sejuklah sikit badan kan. Tadi lepas Isyak, kami pun keluarlah cari durian. Nadia yang kata nak makan. Kjee ni kalau anak sebut jer nak makan, seboleh manapun, Kjee cuba tunaikan permintaan anak.

Kami pergi ke gerai durian tepi jalan kat sebelah Dewan AU5, Keramat. Intai dulu kat situ. Kalau tak ada disediakan meja, kami akan ke Taman Melawati pulak. Tadi semasa keluar, Nadia kata kat Taman Melawati ramai orang.

Oklah jugak harga kat AU5 berbanding kat Seri Rampai hari tu. Di sana RM15 sekilo paling murah dan RM25 sekilo paling mahal. Tapi kat AU5 tadi, yang mahal pun baru RM13 diikuti RM8, RM6 dan RM2.

yang mahal duduk atas rak
Tadi Kjee pilihlah 3 biji yang RM8 sekilo. Semuanya RM36. Kira murahlah jugak. Dua biji sedap, satu tawar tapi dia orang tukar buah lain. Kjee tengok orang tu jual manggis satu ikat (kira2 12 biji kot) sampai RM9.

Teringat masa balik kampung arwah bapak Nadia kat Batu Pahat dulu. Tanya mak kenapa tak jual jer manggis yang berlambak2 tu. Dia kata nak jual macam mana kalau sebiji peraih Cina nak beli dengan harga 2 sen. Sedihnya Kjee dengar. Tapi sekarang dah naik kot. harap2 begitulah. Kesian orang kampung.




Kjee tak suka beli durian bawak balik makan kat rumah. Satu sebab kalau durian tak elok, tak boleh tukar. Dan dua, tak sanggup kereta bau durian. Kalau bau durian fresh tak per...ini ala2 durian busuk!



yang lebih mahal duduk atas meja!




Apapun, minggu lepas masa beli kat Semenyih (nak buat tempoyak), Kjee suruh Unclepali beli roti. Roti itu di susun sekeping2 dalam kereta. Susun kat dashboard dan juga kak boot belakang. Tak sampai dua tiga jam, habis bau durian disedut oleh roti. Tak percaya cubalah.

14 comments:

CT NoArIzAh ArIs said...

Pasni nk buat mcm cara akklah mkn kt gerai tu je x yah bw blk klau dpt buah yg x manis leh tukar... pastu siap bw tupperware skli x hbs leh bw blk !

Kjee said...

betul betul betul. cerdik sangat2. kjee pun buat cam tu jugak hehehe

Anonymous said...

kami 9 berdik nor dan yang bongsu tak makan....nor kawin gan orang dusun durian,adik keje d grik orang asli pekerja dia hari2 bagi durian dia ambek tapi tak makan...norasmah

Kjee said...

ayoyo ruginya kalau tak makan.

HaSue said...

pernah gak try petua gitu kjee..tp lama dulu dah..mmg x lekat sangat bau duyan tuh..agaknya ltk x cukup byk kot,tu yg melekat sikit2..lekat sekali kat duriannya kn?

terlopong jap nih nengok durian n murahnya n tengok yg berlonggok2 tu..huwaaa...beshnyerr wat tmpoyak..beshnyer mkn terus situuu...kalo dekat,mmg dah parking belakang tepi sikit keta kjee td kot.hehe..

NaDia CoMaNeCi said...

sedapnye kak jee...

Kjee said...

apakan daya HaSue. Bukannya dekat kan...nak kene naik belon! hehehe kalau tidak, kjee boleh belanja.

Kak Sam said...

Assalamualaikum....
Saya ngan hubby suka makan durian yang disejukkan. Biasanya beli, kupas dan masukkan dalam bekas. Simpan kat dalam esbok. Untuk kurangkan bau letak le roti kat dalam peti ais tu. ermmm sedap sgt.

Mas said...

bestnya durian...mas suka cara kak jee..tapi hubby suka makan kat rumah....
boleh masak macam2 katanya...he..he...

Hayati said...

saya tak suka sangat durian. paling banyak 3 ulas saja boleh masuk mulut tapi hubby suka. kat rumah ni dia saja yang makan durian dengan ghairahnya tapi dia bukan pemakan orangnya. cuma 5, 6 ulas. itupun dah menunjukkan dia suka makan durian.kami beli setakat sebiji dua saja. kalau 3 biji, mesti akan jadi tempoyak.2 biji tu pun nak habis, saya masak pengat atau apa-apa saja campur durian.

Sebenarnya nak bagitau kjee, terimakasih jadi follower blog saya. terkejut sangat bila nampak muka kjee dalam senarai follower saya. maklumlah, blogger yang very low profile, tiba-tiba ada blogger besar masuk situ. Terimakasih kjee. terimakasih banyak.

Isteri Encek Bard said...

Kjee hari tu ada gak beli durian kat area KL, sangat mahal harganyer.. 2 biji dah RM60.00, tapi sayang, biler bawak balik jer 2, 2 biji tak elok... Menyesal sangat, lepas nie mesti kene makan kat kedai tu, baru puas agaknyer

nur easy said...

y mahal duduk rak atas ya.. hehe

Anonymous said...

Kjee, lagi satu petua nak hilangkan baru durian di tangan, letak air paip dlm kantung durian tu, (alahh camna nak cakap ya, yg biasanya kita letak air dlm pelepah dia tu pastu minum utk taknak panas badan), pastu cuci tangan pakai air tu, mmg hilang. pelik dan ajaib kan?

selalunya lepas mkn durian, saya minum air dari kulit dia tu, pastu letak air lagi and cuci tangan saya. try ler.

Anonymous said...

alamak, lupa plak letak nama saya, nama saya Sheila kak Jee, peminat setia Santan Berlada dolu2... :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...