Friday, April 22, 2011

248. Maaf yer orang Melaka

Kampung terindah di Melaka

Semalam Kjee intai blog anak muda ni. Tak silap Kjee nama dia Taufiq, asal dari Melaka. Blog dia Impianku dalam Mimpi..begitulah kalau Kjee tak silap. Klik sini  Blog anak muda luahkan isi hati dia. Best jugak. Kelakar budaknya.

Kemudian Kjee terjumpa satu entry dia. Entry 'Betul ke Orang Melaka Suka Maki'. Aiikkk. Ini satu topik yang dah lama Kjee nak tulis tapi takut. Takut sebab Kjee ramai kengkawan dari Melaka. Dan kena cermin dulu muka sendiri sebab arwah bapak pun orang Melaka.

Kjee nak tulis entry kali ini tanpa nak tapis ayat2 power yang selalu diungkap oleh orang Melaka. Bapak Kjee orang sana dan telinga Kjee ni dah lali sangat dengar dia maki hamun setiap hari. Kjee memanglah selalu jadi mangsa dia. Tapi maki hamun dia macam tak der apa bende jer. Macam biasa jer.

Oleh kerana bapak dah orang Melaka, dolu2 Kjee terbawak2 jugak dengan cara dia. Tapi itu dulu. Sekarang dah rasa malu dengan sendirinya.

Antara ungkapan yang selalu kedengaran di kalangan orang Melaka apabila mereka bertemu rakan sekampung ialah 'Hawau kau! Hidup lagi rupanya. Ingatkan dah Mampus!' Pastu kawan dia akan ketawa berdekah2 seolah-olah kata2 temannya itu tiada makna baginya.

Ungkapan itu selalunya diucapkan kepada mereka (orang Melaka) yang lama dah tak jumpa. Dan Kjee pasti mereka mesti kawan rapat! Kalau kena dengan orang negeri lain, mau benjol kepala kena batu!! Hehehe.

'Hawau', 'Celaka', 'lahanat' dan 'Sial' adalah antara perkataan 'kesukaan' mereka. Kalau yang pandai sikit berbahasa Inggeris, akan muncul lah kata2 'Hey you Son Of a Gun' dan sebagainya.

cantiknya sungai depan Kpg Morten, Melaka
Arwah bibik Kjee (makcik) yang juga kakak bapak, juga mulutnya sama laser. Tapi kalau depan arwah emak, dia akan susun ayat dia elok2 sikit sebab arwah mak ni dari species lain walaupun bapak dia jugak orang Melaka.

Kalau mak dah marah tahap gapan pun kat kami, dia akan menjerit :'Bertuah punya anak!'. Itu yang buat bibik Kjee cukup respect dengan arwah Mak. Jadi itulah sebab depan mak, dia sopan sikit. Kalau tidak, akan keluarlah kata2 dari mulut Bibik cam ni:" Kecik2 Tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang'.

Agaknya korang kenal sangat dailog tadi sebab pernah keluar dalam salah satu filem P Ramlee. Mungkin P Ramlee dapat idea masa dengar orang Melaka bercakap.

Apapun, orang Melaka sekarang taklah macam orang dulu2. Kjee ramai kawan yang elok budi dan bahasa mereka. Tapi ada jugak seorang dua kengkawan Kjee sekarang yang masih amalkan budaya lama mak bapak dia orang. Tapi Kjee yakin lama kelamaan, akan terhapuslah budaya tak elok ini.

Masa Kjee remaja dulu Kjee pernah cakap dengan arwah Mak yang kalau kahwin Kjee tak nak cari orang Melaka. Kjee takut dapat laki mulut macam bapak. Sekarang ini, Kjee pulak seringkali teringat, apakah harus Kjee katakan yang sama kepada Nadia?

Okaylah, sebelum Kjee tamatkan kisah, ini, Kjee susun 10 jari mohon ampun kepada sesiapa yang tersinggung. Tulisan ini hanya seronok2 dan suka2 jer.

Apapun, Kjee bangga tengok pembangunan Negeri Melaka yang cukup pesat dibawah Ketua Menteri Dato Seri Ali Rustam! Bersih dan cantik sekali!! Syabas Melaka!!

31 comments:

✿❤Cik Izan❤✿ said...

dah tahu dah mulut org melaka mcm tu...tapi ada jgk yg sopan santun...kalau ada yg jenis mulut laser mmg riuh...^__^

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak jee...
dulu sy ada sorang kawan sekerja yg asal dr melaka.. dah pangkat kakak dah pun.. (tp menetap di PJ masa tu) masa mula2 masuk kerja tu.. mmg terkejut jugaklah dengar cara dia bercakap/berborak sesama budak2 kerja yg dah lama tu.. hehehe.. mcm kak jee tuliskan tu.. perkataan 'nak mampos', 'celaka' & lain2 lg memang dah selalu sgt keluar dari mulut dia.. bila dah lama sy kerja situ.. barulah sy tau sebenarnya perkataan yg diucapkan tu bukanlah mendalam beserta niat dari dalam hatinya.. sebab dia sebenarnya sangat baik orangnya & sangat ambil berat akan budak2 kerja tu termasuk dengan saya... bagi saya ucapan tu sekadar gurauan semata2... tapi.. kalau org luar dengar memang kategori 'gurauan kasar' lah... hehehe.. skrg ni kawan saya tu dah mcm kakak sendiri dah pun... (sy anak sulung mmg takde kaka) dialah tempat sy berkongsi suka duka kehidupan & tempat meluahkan apa2 yg terbuku dlm hati sejak anak dara dulu sampai skrg dah beranak pinak walaupun skrg dia dah pindah ke perak.. tp kami masih berutusan & ada peluang pasti akan bertemu..

Kak Ezza@makcik blogger said...

memang melaka cantik dan maju Tapiiii tahan jem sana sini....panas hati bila mengadap jem niiii

Kasmawati Jaafar said...

ha'ah lah kak. saya pun ada kwn org melaka. mulut boleh tahan. tp saya x kesah pon sbb kwn2 dr negeri lain pun ada gak yg mulut mcm tu. kalo bercakap, ayat mmg kasar sikit. so dah biasa. gelak2 lg ada laa...

anyway, blog akak ni best. saya br jumpa semalam. byk entri lama akak yg saya selongkar balik & bila dah baca, terus follow. keep writing, sis!

Wattie said...

Salam ziarah dan ukhwah,
Seronok baca kisah orang Melaka sbb boss saya dulu pun orang Melaka. Tapi, mcm yg KJee kata, dia cuma cakap bahasa2 power to ngan member2 yang kamceng jer esp member sekampung Ngan saya tak pernah pulak dia bercakap begitu, malah baik budi bahasanya. Satu yg saya tak lupa, dia sgt2 bangga dengan negerinya Melaka......mesti nak puji Melaka hehehe

Anonymous said...

oh lahabau celako dan banyak lagi masih lagi meniti d bibir anak melaka setengah tu terikut2 je setengah tu dah tabiat....semua tu pada penerimaan kita kalau kita rasa orang tu marah kita rasa kecil hati kalu kita rasa mereka bergurau kita sama akan ikut ketawa...ape pun bahasa kita budaya kita jangan lebih2 terikut supaya kita tak d pandang tak berbudi bahasa suka kjee teringat kat sepupu2 kita punya le penat baru turun teksi ...sampai dari ipoh tengok je muka kita...celako kao lamo tak jumpo, mahu lari dengor ..norasmah

Anonymous said...

bangga sangat2 dgn ng MELAKA...nk g mane2 dlm mlka smuanye dekat..saudaramara sebelah suami slalu dtg bercuti d mlka..mereka kata org mlka peramah...rmah saye biasanye jd hotel mereka...shida sidek...

Cool Lean said...

Wakakakakakaka!!! Memang betul! Kalau org dengau, ghasa cam "Ish! Apa le diaorg ni! Dok maki hamun org aje!" Tapi itu le hakikatnya.. Saya oghang Melaka. Suami pun oghang Melaka gak. Kalau balik kg saya, ok aje sebab arwah Atuk tak suka dengau benda2 tu walaupun dia pun mmg asal sana. So, belah saya ni sopan la.. Kalau ada yg mencarut cam tu walaupun dianggap biasa kat sana, mesti mulut kena cili! Cili giling lagi! Berdesing satu muka! Tapi sebelah suami, boleh dengau lagi benda2 ni.. Tahan telinge ajelah... Kekadang, saya siap tutupkan teling anak2 selagi boleh.. TAk pun kena teghangkan kat diaoghang yg perkataan2 tu tak sesuai ... ;P

Mamasya said...

Assalammualaikum K.Jee

Sy dok melaka dlm 10 thn tp asal org Pantai Timur.mula2 dok sini dulu bila dengar org Melaka ckp kasar gini...rasa cam apasal lah kasar bahasa mmg org ni tp rupa2nya mmg dah kebiasaan..lama2 dah biasa tak rasa. cuma bila anak2 dah mula sek terikut kwn mrk ckp bahasa kasar sy tegurlah anak2....kena ckp bahasa yg sopan.
apa2 pun sy suka dok Melaka..jiran2 sy org Melaka semua baik dan peramah belaka. Melaka byk tempat menarik.hwaypun byk ..kejap je nak kemana2 sampai...
nengok anak k.Jee posing di Kg Morten, kebetulan sy ada posting entry ttg kg Morten smlm.....

♥Princess Delliza♥ said...

singgah n folow u mama jee....
salam perkenalan...

KSWSK said...

usben wa org mlaka..so ada gak la perkataan dorang yg 1st dengar mcm kasar..tp dah lelama mcm biasa je plak

Ismaliana said...

bila bace entri kak gee yg ni, teringat mase saya dok ngan mak angkat kat melaka. dia mmg org melaka..org jasin...perghhh memula menagis gak bila dia cakap lepas cam tu bila maarahkan kite...tap hatinya baik...cuma kekadang kite fikir dia marah, tap sebenarnya dia cakap bergurau..bila dah dduk johor, so rayer lepas datanglah...bagi salam terus kena kena sembur...hawau kau! aku ingat dah mampus...idup lagi rupanya kau yer...dah x jumpe jalan balik yer...haha...mak ngan abah dengar masa u tercengang...haha kelakar pun ada..dalam mase kena sembur tu tangannya tarik gak kite masuk dalam umah...pastu mak angkat saya ada cakap...klu nak belajar cakap org melaka kena lepas cakap "ulau melingko atas pagau"...sampai skrg saya fail nak cakap...dah lidah org johor, nak cakap melaka manalah pandai...tap walapn kasar tap bila diorang datang johor, ilang semua bahasa tu...hehe

MamaFaMi said...

Hi Kjee....

Ini orang MELAKA sudah mari! Hehe... Kita orang Melaka, hubby orang Melaka, anak-anak kita pun dua dua orang Melaka. Mak abah kita je orang Johor.

Tapi walaupun kita Melaka piau, kita tak de le plak guna 'bahasa lazim' tu. Tak berani oo nak guna bahasa cam tu. Alangkan baru cakap AKU, ENGKAU je, mak dah jegil bijik mata! Hehe... Apa-apa pun... hati biau baik be....

Mat Gebu said...

Salam kak jee..betul2..jiran2 kami ramai orang melaka, mengikut cerita bonda, cara gurauan mereka kasar, tapi kalau bab melayan tetamu no. 1!!, tapi ada syaratnya, kalau makanan dah terhidang, selagi koo tak "mentekedarah" sampai habis, siap lah kang....kena ngata. Kata2 aluan mereka pun hebat, bak kata kak jee macam dalam n3 tu, "hawaw, sial, celaka, lahanat tu cuma "biasa2 jeeer" bagi mereka. Walaupun kata2 mereka jenis longkang kumbahan, tapi kemesraan tu terjalin erat...siap pantun2 bagai...i likeee!!

dewi2 said...

wah.... melake yerk.... saya asal melaka...keje pon melaka...masa belajau je x dok kat melake... kalau org xkenal mmg diorang terperanjat ler...bahase melaka mmg agak kasau... tp tu sume luaran jer.... tp hati...insyaAllah...xpernah berniat mcm yang disebut.. maklom ler... nak mesra mmg kite tiau ler dulu org tu... tp pastu lelama..sure yg kena tiau n yang tiau tu..kamceng...

Anonymous said...

As salam kjee.saya bkn org melaka tp dh 7-8thn ddk sn.mula2 ddk sn,rs nk nangis kena hawau,musibat,lahanat segala benda la...rupa2 mereka bkn aje baik hati tp pembersih plak tu.rmh diorg lawa sgt.kdg2, saya plak yg lelebih plak bila dpt bckp dgn melaker.yg saya dpt bila ddk kt melaka....latah..haru biru d buatnya

Radianthijab said...

hahaha..sya da kwn org melaka..mmg agak laser gak, selaser2 org utara, diaorg lg lesar..tp,sbb dh biasa..sya xksah..hehe tp,bla pk2 kn..cm kelakar pn ada sbb diorg leh slmba jer ckp cmtu wpun jmpa tgh2 jln or org rmai..hahaa adoi..

izahdaut said...

betul tu kak jee..
saya pun pernah belajar ngan sorg lecturer dari melaka.
pun sangat pelik mula2 bila suke keluar kata2 kasar.tapi org melaka kata tu biasa.lama2 baru boleh masuk.
tapikan kak je..orang kedah pun lebih kurang jugak..hehe

CT NoArIzAh ArIs said...

Kjee... Melaka adalah negeri yg sy plg suka berkunjung sejak dr sekolah sampailah dah beranak pinak ni... x pernah jemu pun... cuma jodoh je tak jumpa dgn org melaka kalu x masak kena maki kot.. hehehe!!

Kak sy dh ambil ole-ole tu dan gantung kat blog sy.. jika sudi dtglah tgk yea... suka sgt dgn award tu.. cantik & kreatif !!

http://menuarizah.blogspot.com/2011/04/award-dari-kak-jeee-pelakon-pelawak.html

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah.. kak jee... xsnagka kak jee pon baca blog saya ek... terharunye... seorang pelakon hebat suatu mase dahulu singgah kat blog saya.. time kaseh kak jee :)

Kjee said...

Kjee seboleh mungkin nak intai semua bloggers yg sudi intai blog kjee, taufiq! selamat berkarya. jgn lupa amik ole2 dari kjee dan tampal kat 'umah' awak.

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

<-- orang melaka jugak. Hohooho, lali dah aih dengar bahasa gitu. Kalau orang luar masuk melaka mesti sentap, kalau dah biasa okey je..

*melaka makin cantikkan kjee :)

atiey azha said...

alaa Kjee . bukan kat melaka je . kat tempat atiey pun macam tu . bila dah jumpa ngan member , hah macam2 ayat yang keluar :

"woi ! aku ingatkan kau dah mampus . hidup lagi rupanya ."
"weh bodoh ! esok kita jalan kau nak ?"

huuu ~ nak tegur kang terasa hati ..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Hi kak Jee.. rasanya bukan org Melaka aje yg kasor bahasanya.. Orang Kedah mcm saya pun kasar2 juga.. tak semualahkan.. huhuhu cover cover kang tak boleh balik kampung kang haha.. Tapi bila dah dok merantau kat KL selama 17 tahun dan berkawen dgn org sini dah semakin kurang dah sikit bahasa2 kasar mcm lolaq hang.. pelaq, torak hang dll.. hehe bak kata org masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengembooo.. masuk restoran.. makan.. hehe

Miss Tira said...

Mana-mana negeri pun memang ada orang yang panas baran. Tak kiralah Melaka ke, Johor ke, Selangor ke dan lain-lain. Apa yang penting hormat menghormati antara satu sama lain. Gurau kasar tu boleh tapi kena bijaklah bergurau dengan siapa. Jangan main sembur je takut ada yang terasa hati. :)

P/s: Singgah dari blog Topimagine.

Mrs.Yie said...

kemana puan menghilang selama ni?dah lama sangat x muncul kat tv..

cik azeya said...

abg saye duduk melaka. melake best. siyes. alah k.jee. kalau kawan rapat, tak kire johor ke KL ke,, tak ada maknenye nak terase. mmg itulah adat berkawan,, bergurau cakap bukan bukan,, tp sebenarnye kite tahu hati dia macam mana.. :D

Penulis Bogel said...

salam...walaupon kami kasar berbahasa tetapi tidak pada perangai...hehe...wow, tu blog member saya taufiq a.k.a top...jemput la singgah blog saya kjee...=)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

assalam kak jee... wahhh, dtg kg morten tak singgah ikan bakar umbai lak ke...? slh 1 tmpt femes kat mlk jugak tuh^^ yummmehh~ heheh...encik taufiq a.k.a top...cik bunga kenal tuh, mamat bajet top. hehheh...suke naw cr gaduh, taw la blog die da glemer kak jee da promote kan..kan.. isk3.. takpe top, takpe... cmni ar owang kampong kann...
(cik bunga org melaka jugak) heheh :)

Kjee said...

kjee memang kaki ikan bakar. tapi satu malam tu kami makan di umbai, makanannya teruk sangat! mahal tak terkata. so kalau sekali tak sedap, kjee takkan jejak lagi tempat itu walaupun mungkin ada gerai lain yang sedap. dah serik sangat! kjee suka ke bagan lalang. lebih sedap dan jauh lebih murah! sebenarnya mahal atau murahnya makan tidak menjadi persoalan. memang dah tau harga seafood mahal. Tapi biarlah rasanya berbaloi dengan harga! Maaflah orang melayu, kalau meniaga dan customer dah ramai, jarang sangat nak jaga kualiti masakan mereka. kjee dah tanya ramai pengunjung ke Umbai. Semua komplen mahal dan kureng sedap. maaf yer orang melaka! hehehe

cik aje said...

nenek belah emak org alor gajah tp area sana ok je kut..haa..bila dapat kawen ngan org belah masjid tanah membawak ke kuala linggi..siap la ko..bahasanye...setakat dia panggil penyapu, sial, hawau, bawah tanah..ha..ha..biase je tu..dah boleh jadi bahan gelak...apa2 pun saya suka ngan orang melaka sebab walaupun kasar tp baik hati dan ramah...sekarang ni bila sebut kampung je mesti terbayang melaka...belakang umah ada laut beb..he..he..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...