Sunday, April 24, 2011

268. Mentor Bakal Lahirkan Bintang Hebat!

foto: limauais.com

foto: mStar


Dato Ramli MS memang terkenal sebagai juri yang 'berhati kering'. Muka dia tak pernah senyum ketika memberi komennya. Beliau telah set kan satu benchmark yang tinggi untuk mereka yang menyertai pertandingan suara.  Tapi, malam ini Dato Ramli cair.

Cair bukan kerana kejelitaan seorang wanita tetapi cair mendengar suara hebat Salma, protege Erra Fazira! Bahkan Kjee yakin bukan Dato Ramli sahaja terpukau mendengar suara Salma yang hebat tetapi semua yang menontonnya!

Dan tanpa segan silu, Dato Ramli memberitahu selama ini dia jarang puji orang tapi Salma sangat hebat!! Lemah lutut Salma dan Erra mendengarnya.

Sebenarnya, susah hendak meletakkan Salma sebaris dengan peserta2 lain kerana dia terlalu hebat. Melihatkan persembahan Salma mengingatkan Kjee ketika Jacqueline Victor menguasai pentas ketika bertanding dalam Malaysia Idol! Begitulah powernya Salma. Dan tidak keterlaluan jika Kjee kata, Salma layak duduk sebaris dengan Jac bukan peserta Mentor yang ada sekarang.

foto: iklanmasteragent.blogspot
Erra tidak perlu bekerja keras dengan Salma. Tetapi peranan Erra juga amat penting terutama sekali dalam pemilihan lagu. Silap pilih, Salma tidak akan kecundang tetapi hanya mengecewakan penonton yang sentiasa dahagakan yang terhebat dari Salma.

Kjee masih ingat suara2 sumbang yang mempertikaikan pemilihan Erra sebagai mentor. Siapa Erra? Suara dan jualan album hanya suam2 kuku. Kehebatannya hanya dibidang lakonan. Bolehkah dia menjadi mentor kepada seorang protege? Tetapi itukah yang menjadi kayu pengukurnya? Mesti berjaya dan meletup sebagai penyanyi baru boleh ajar orang lain?

Sejarah Mentor sebelum ini telah membuktikan. Diva kesayangan Malaya, Dato Siti Nurhaliza pun tidak mampu membuat protegenya berjaya. So samalah macam entry sebelum ini, kisah Ogy Ahmad Daud dan Akademi Fantasia.

Masih ada rupanya bakat2 hebat di luar sana. Tetapi kenapalah apabila ada pertandingan nyanyian, tidak ramai yang mahu ke depan. Mungkin kerana mereka merasakan diri mereka tiada pakej? Menyampahlah kalau Kjee dengar orang kata untuk menjadi penyanyi mesti ada pakej.

Wajah sebenarnya hanya bonus. Tetapi wajah boleh dibuat makeover. Kalau sudah menjadi artis, ramai yang sanggup tawar diri bantu jadikan seseorang itu cantik dan bergaya.

Salma tidak mempunyai pakej yang diperlukan tetapi dia memiliki bakat suara yang sukar ditandingi. Kjee asyik perhatikan Erra sepanjang dua lagu yang dipersembahkan Salma. Wajah Erra berseri2, dapat dilihat hatinya berlonjak2 gembira melihat kehebatan anak didiknya.

Usah gusar Salma. Wajah boleh dibentuk. Hanya pelihara dan pupuk bakat yang dikurnia Allah swt. Selebihnya bukan kerja awak. Itu kerjaNya!!

Tahniah TV3 kerana menerusi rancangan Mentor, akan lahir seorang lagi bintang hebat negara!

7 comments:

  1. ini baru rancangan realiti yang ada quality....norasmah

    ReplyDelete
  2. tapi biasanye, pemenang mentor banyak yang dipengaruhi oleh kepopulariti artis yang menjadi mentor tu kn :)

    ReplyDelete
  3. ya ke? Mas Idayu dulu tu top sangat ke?

    ReplyDelete
  4. Erra tak yah susah-susah sangat sebab Salma memang berbakat besar tak macam protege lain. Untung la Erra dapat Salma. kalau salma ni dapat kat mentor mana pun, dia tetap hebat. Cuma pendapat saya.

    ReplyDelete
  5. saya sangat suker suara salma ni kJee, sangat sedap suara belia

    ReplyDelete
  6. bagi saya suara dia bertenaga tapi KEMERDUAN tak ada. Tak boleh lawan ct, sharifah aini dan aishah yang kemerduan suara tak lekang dek panas tak lapuk di hujan. Penyanyi yang bersuara lantang tapi tak ada kemerduannya memang tak mampu bertahan lama. selepas beberapa tahun .. sure PANCIT nyerrr.

    ReplyDelete
  7. siapa kite nk tentukan salma boleh bertahan lama atau x? sume 2 Allah yg tentukan....kite juz doakn semoga bakat die terus b'sinar...salma sorg yg amat2 berbakat...syg kalo bakat die d'persiakan..tambahan dgr c azmeer komen yg salma boleh pergi ke tahap antarabangsa kalo kena cara nya...

    ReplyDelete