Wednesday, April 27, 2011

278. JJCM - Hidangan Kelantan di Hayaki Kopitiam

Nsi Dagang Ikan
Nasi kerabu
Kopi O Ais - rasa perfect!!!








Restoren Hayaki di Platinum Walk, Danau Kota tu rupa2nya Kopitiam. Baru perasan tadi masa tengok bil. Kjee yakin pemiliknya orang Melayu Kelantan atau Trengganu sebab makanannya sebahagian besar masakan dari sana. Sukalah Kjee tengok apabila pengunjungnya terdiri dari pelbagai bangsa. Lamalah bertahan kalau cam tu. Insya Allah.

Pada Kjee rahsia ramai pengjungnya dari pelbagai bangsa kerana makanan dia sedap. Nak kata mahal sangat pun tidak, murah pun tidak. Sedang sedang jer. Biasalah harga kat kopitiam. Cuma pekerjanya (yang lelaki), alahai lemah gemalai sangat. Rasanya bukan adik2 tapi kenapalah kerja slow motion?!!

Kjee order Kopi O Ais. Kjee jarang minum ais tapi hari ni panas. Dan apabila sampai Kopi O Ais dalam mug cute macam botol tu, Kjee puji sedap sangat tukang air tu buat! Kjee ni cerewet bukan saja bab makan tapi minuman. Kopi O Ais dia cukup2 pekat. Tak payah suruh dia buat kaw kaw!

Pernah Kjee minum kopi O yang rasa macam air sungai lepas tsunami! Kjee pernah rasa ke air sungai lepas tsunami? Isyhh mana ada peluang nak rasa...kan tsunami tak pernah sampai sini lagi. Ooopppps mulut celupar. Selisih!! Tapi, ala kalau rasa tak sedap tu, macam2lah perkataan keluar dari otak kan? Hehehe.

Kjee datang buat kali kedua (walaupun tahu risiko tiada parking), sebab makanan dia sudah lulus kali pertama Kjee datang dulu.

Tadi masa keluar rumah kami rancang nak pergi Pak Li Kopitiam tapi sampai Danau Kota, Kjee tanya nak makan kat Hayaki ker? Dua2 setuju. Okaylah tu kan.

Nasi Dagang dia lembut sangat. Sesuwailah untuk orang yang giginya dah tak kuat macam mokcik ni. Kjee rasa sikit Nasi Kerabu Nadia. Sedap jugak. Oklah boleh datang kali ketiga nanti.

Mesti korang tanya, Kjee ni makan2 pastu tulis dan puji2 ni, makan free ke tadi. Isyhh tak baik cakap cam tu. Kita bayar tau. Tadi bil kami adalah RM37.35 untuk 2 pinggan Nasi Dagang, 1 pinggan Nasi Kerabu dan 3 gelas air. Dua sejuk dan satu panas.

Kalau makan free, kena puji jer kan? So lebih elok bayar. Kalau tak sedap boleh titik kaw kaw! Kjee bagi 3½ bintang untuk Kopitiam Hayaki.

12 comments:

Mohamad Salleh Othman said...

Kedai ni kat area Uptown Danau Kota tu jugak ke K Jee? Dkt x dgn Pak Li Kopitiam tu?

!✿❤Cik Izan❤✿! said...

hayaki ni byk restoran dia kat kelantan..tak sangka dah sampai kl...bolehlah jenguk2 nti bebila free.. bila tgk nasi kerabu tu buat saya tak mampu menahan air liur...sedapnyaa kjee...

Kjee said...

betul tu MSO. Tapi di kawasan baru Platinum Walk seberang jalan. Yang ada Mali's. Tapi dia mengadap sebelah dalam. Dulu restoren tu Red Island kot. kedai ujung sekali.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

kak, nasi yang first tu cm ne ek.. die wat daripada ape tu?... cam menarik jerk warnanye :)

Kjee said...

tu nasi dagang Top. Kat pasar ada jual beras nasi dagang. kaler dia cam purple sikit.

YANA SHAIFUL said...

tgk nasi dagang and nasi kerabu makin rindu nok kelik pasir mas.. teliur sgt doh nii..:-)

sharifah rosidah said...

jee rugi betul aku duduk jauh kalau tak petang-petang boleh merayau cari makanan yang sedap-sedap, dah duk jauh ni kalau teringin terpaksa lah masak sendiri. nasi dagang pulak tu memang kegemaran akulah.

Ijahans said...

Salam Kak Jee... dek kerana teruja ngan blog2 seperti kak jee dan Mat Gebu, dan dan saya create blog.

Hayaki kopitiam is very famous kat kelantan. kalau long holiday balik kampung esp during hari raya, sure tempat ni full house.

Anonymous said...

sape owner kedai ni, melayu ke cina, sbb ari tu adik sya minta name card, kat kad tu nama cina, suspen la plak nak mkn kat situ..

Anonymous said...

Salam kakjee,

Owner restoran ni cina , bukan melayu . Tp tukang masak dia semua melayu ... Kat kota bahru ni ada 5dah cawangan dia . . - che nad

Anonymous said...

Yup, owner dia cina kelantan..pkerja suma melayu..cuma bahan mentah mcm ayam tu suma perlu diperiksa la halal ke x...td nampak owner dia, pastu tnya kat waiter tu ni kedai cina ke melayu..dia kata cina tu tp cina kelantan la..

Anonymous said...

Kalo restoran owner cina,,,bole blaaa...baik makan kedai mamakkk...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...