Thursday, April 28, 2011

280. Datin Orchid Abdullah pula kena kanser

Beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan berita Dato Sarimah Ahmad baru sahaja pulih dripada penyakit kanser yang dihidapinya. Pagi ini Kjee terkejut apabila membaca akhbar mStar secara online. Datin Orkid Abdullah pula sedang menderita kanser atau tumor di perut beliau.

Mungkin ramai anak2 muda sekarang tidak kenal siapa Datin Orkid Abdullah. Beliau adalah penyanyi asal lagu Penawar Rindu yang cukup pupular di tahun 70-an. Datin Orkid juga seorang pelakon dan seorang pesara guru.

Sama2lah kita doakan agar Datin Orkid segera sembuh daripada penyakit yang dialaminya, Insya Allah. Ikuti cerita yang Kjee petik dari mStar online.

Penyanyi Orchid Abdullah Terlantar Sakit Akibat Tumor
Rakan artis iaitu Datin Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Datuk Sarimah Ahmad serta Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez melawat penyanyi Datin Orchid Abdullah di rumahnya di Dataran Ukay, Ampang, Rabu. - Foto RAJA FAISAL HISHAN
AMPANG: Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah,64, yang popular dengan lagu Penawar Rindu berada dalam keadaan uzur akibat menghidap penyakit tumor yang dikenali “paraganglioma” sejak beberapa tahun lalu.
Menurut anaknya bongsunya Eenaz Mokhtar, 31, keadaan ibunya semakin kritikal selepas menjalani pembedahan di perut pada Februari tahun lalu dan mula tidak boleh bergerak beberapa bulan selepas itu.
"Selepas ibu menjalani pembedahan dia mula sukar bergerak. Doktor mengesahkan dia mengalami penyakit “paraganglioma” yang jarang berlaku di kalangan pesakit.
“Kata doktor penyakit ini hanya boleh dirawat di Hospital Putrajaya sahaja," ujarnya yang bergilir-gilir menjaga Orchid bersama-sama dua abang dan seorang kakaknya.
Tambah Eenaz doktor menasihati ibunya dibawa ke sebuah hospital di Maryland, Amerika Syarikat tetapi keadaannya tidak mengizinkan untuk bergerak jauh.
Anak bongsu Orchid, Eenaz tidak dapat menahan sebak melihat keadaan ibunya.
“Untuk membawa dia mengambil angin di luar rumah pun dia tak tahan, apatah lagi nak membawanya menaiki kapal terbang. Jadi, kami hanya melakukan rawatan tradisional seperti memberinya jus beri, sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.
Terdahulu Persatuan Karyawan Malaysia bersama rakan-rakan artis turut melawat Orchid di rumahnya di Dataran Ukay di sini, Rabu
Kunjungan tersebut turut disertai Presiden persatuan itu Datuk Freddie Fernandez, Datuk Sarimah Ahmad, Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Shamsudin Lamin.
Freddie serta empat artis tersebut turut menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada Orchid selain mendoakan kesihatan Orchid agar cepat sembuh.
Sementara itu menurut Freddie, skim pencen Karyawan untuk artis veteran terpaksa dihentikan sementara kerana persatuan itu mengalami masalah kewangan.
Katanya, skim yang telah dianjurkan sejak enam tahun lalu itu ditangguhkan sejak enam bulan lalu untuk membolehkan pihaknya mencari semula dana.
Sebelum ini, lebih 30 artis veteran telah menerima sumbangan berupa pencen bulanan berupa wang tunai sebanyak RM500 sebulan.
"Kami akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pesta lawak “The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada Jun ini untuk mengumpul dana skim tersebut.
"Kami tahu ramai artis veteran yang mengeluh kerana tidak menerima sumbangan sebanyak RM500 sebulan seperti yang diberikan sebelum ini. Bagaimanapun kami berharap mereka bersabar," ujarnya.

6 comments:

  1. Salam Kak Jee...terkedu kejap..sbb akak sudi jadi followers saya...!! :))

    Marilah kita sama mendoakan kesejahteraan Datin Orked....semoga Datin cepat sembuh...Aminn..

    ReplyDelete
  2. Semoga Datin orked cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. doakan semoga datin orked cepat sembuh kan.... aminnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  4. Kak Jee
    thanks sudi jadi followers awok.
    Moga Datin Orchid cepat sembuh dan tabah mengahadapi ujian ni...

    ReplyDelete
  5. Semoga Datin Orkid segera sembuh...masih teringat2 lagik suara merdunya membawakan lagu Penawar Rindu...semoga rindu kami terubat bila Datin kembali sembuh...

    ReplyDelete
  6. aku pun terkejut masa baca suratkhabar pagi tadi tak sangka pulak dia kena kanser sbb tak pernah dengar berita tentang dia.

    sama-samalh kitaa berdoa agar Datin sembuh seperti biasa, insyaallah.

    ReplyDelete